Pengenalan

9
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1. Pendahuluan Seseorang pemimpin perlu berkomunikasi dengan anggota organisasinya untuk memperolehi kerjasama bagi menjayakan pencapaian matlamat organisasi. Begitulah juga dengan aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga yang memerlukan sokongan dan kerjasama daripada ahli yang berada dalam Rukun Tetangga meliputi pelbagai lapisan kaum. Di dalam memimpin sesebuah Rukun Tetangga, maka peranan kepemimpinan kawasan Rukun Tetangga (KRT) adalah penting dalam usaha menjayakan keharmonian dan memupuk semangat sayang pada Malaysia. Sebagai perantara antara kerajaan dan rakyat serta memupuk dan mempertingkatkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini, maka Rukun Tetangga mempunyai tanggungjawab besar di dalam merealisasikan perancangan kerajaan khususnya, kerajaan persekutuan. Peranan mereka menjadi lebih penting di dalam menjayakan dan merealisasikan integrasi nasional serta perpaduan kaum di Malaysia. Kerajaan pastinya tidak akan dapat menjayakan segala perancangan dan pembangunan yang diunjurkan bagi menjadikan negara ini maju dan berjaya dari segi keterlibatan pelbagai kaum tanpa bantuan dan sokongan Rukun Tetangga. Justeru, Rukun Tetangga dapatlah dianggap sebagai

Transcript of Pengenalan

Page 1: Pengenalan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1. Pendahuluan

Seseorang pemimpin perlu berkomunikasi dengan anggota organisasinya untuk

memperolehi kerjasama bagi menjayakan pencapaian matlamat organisasi.

Begitulah juga dengan aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga yang

memerlukan sokongan dan kerjasama daripada ahli yang berada dalam Rukun

Tetangga meliputi pelbagai lapisan kaum. Di dalam memimpin sesebuah Rukun

Tetangga, maka peranan kepemimpinan kawasan Rukun Tetangga (KRT) adalah

penting dalam usaha menjayakan keharmonian dan memupuk semangat sayang

pada Malaysia.

Sebagai perantara antara kerajaan dan rakyat serta memupuk dan

mempertingkatkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini, maka

Rukun Tetangga mempunyai tanggungjawab besar di dalam merealisasikan

perancangan kerajaan khususnya, kerajaan persekutuan. Peranan mereka menjadi

lebih penting di dalam menjayakan dan merealisasikan integrasi nasional serta

perpaduan kaum di Malaysia. Kerajaan pastinya tidak akan dapat menjayakan

segala perancangan dan pembangunan yang diunjurkan bagi menjadikan negara

ini maju dan berjaya dari segi keterlibatan pelbagai kaum tanpa bantuan dan

sokongan Rukun Tetangga. Justeru, Rukun Tetangga dapatlah dianggap sebagai

Page 2: Pengenalan

2

wadah kepimpinan yang merupakan jentera utama kepada masyarakat dalam

membawa arus perubahan kepada rakyat pelbagai lapisan kaum di negara ini.

Komunikasi kepemimpinan adalah satu aspek khusus yang akan diberikan

penekanan dalam kajian ini. Persepsi komuniti setempat terhadap amalan

komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga yang berurusan secara langsung

dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional akan diberikan perhatian.

Kajian literatur banyak menunjukkan peranan dan kepuasan gaya komunikasi

kepemimpinan dan tahap komitmen yang ditunjukkan memberi banyak pengaruh

dan implikasinya kepada seseorang dalam komuniti rukun tetangga.

Dalam konteks ini, keberkesanan gaya komunikasi dan komitmen kepemimpinan

Rukun Tetangga akan memberi impak pada penglibatan serta sokongan komuniti

setempat terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga. Dalam

merealisasikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum, maka kerajaan tentunya

mahukan satu jentera pengurusan Rukun Tetangga yang cemerlang, gemilang dan

terbilang. Kerajaan sewajarnya tidak boleh kompromi dengan tidakcekapan dan

kelemahan dalam kepemimpinan Rukun Tetangga yang amat penting ini.

Banyak kajian menghasilkan dapatan yang menyebut bahawa komunikasi

kepimpinan adalah pemangkin yang menjana pada kecemerlangan sesebuah

organisasi. Di antaranya, kajian oleh Syd Abdul Rahman (2003) yang mendapati

wujudnya hubungan signifikan antara gaya komunikasi kepemimpinan dengan

kepuasan dan komitmen Pegawai Sokongan 1 dalam jabatan kerajaan. Manakala

Page 3: Pengenalan

3

Noran & Habibah (1999), dalam kajian mereka tentang sistem penilaian kerja

dalam jabatan kerajaan, mendapati motivasi dan kemajuan kerja mempunyai

hubungan dengan gaya komunikasi kepemimpinan. Justeru, kajian untuk

mengenal pasti hubungan gaya komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga

dengan kepuasan serta komitmen komuniti setempat perlu dirintis bagi

merealisasikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

1.2. Permasalahan kajian

Gaya komunikasi kepemimpinan seperti sikap bertimbang rasa, keterbukaan,

memberi sokongan dan menggalakkan penyertaan pekerja sokongan semasa

melaksanakan tugas adalah di antara gaya komunikasi kepemimpinan yang

seharusnya diamalkan oleh pemimpin dalam organisasi. Dalam kajian-kajian yang

lepas, didapati masalah komunikasi kepemimpinan ini selalunya berpunca

daripada konsep serba tahu pemimpin dan tidak wujudnya interaksi dengan

orang lain dalam organisasi. Ada kalanya wujud banyak halangan komunikasi

dalam jalinan hubungan sehingga sering berlakunya kegagalan untuk

berkomunikasi di antara pemimpin dengan pengikutnya. Pola interaksi anggota,

khususnya komunikasi pemimpin dengan pengikut sesebuah organisasi terhasil

daripada gaya komunikasi yang bersifat keterbukaan, kesanggaan, mudah

dihubungi, kerjasama dan penglibatan bersama dalam usaha pencapaian matlamat

organisasi (Down dan Hazen,1977). Ia merangkumi perkara-perkara yang

Page 4: Pengenalan

4

membantu dalam mengalakkan proses komunikasi antara anggota organisasi sama

ada pada peringkat atasan, bawahan dan mendatar.

Daniel, Spikers dan Papa, (1997) pula memerihalkan perlakuan-perlakuan

komunikasi yang membentuk amalan komunikasi menyangga berdasarkan kepada

kriteria-kriteria berikut :-

a. Komunikasi yang fleksibel dengan mempunyai saluran yang terbuka

dan penyebaran maklumat dari berbagai arah (atas, bawah dan

mendatar).

b. Mempunyai maklumat yang tepat dan mencukupi, menyeluruh

mengenai aspek- prosedur kerja, penilaian prestasi, polisi organisasi,

keputusan dan aspek lain yang berkaitan dengan tugas.

c. Saling percaya mempercayai, keterbukaan dan sokongan dalam

komunikasi antara pegawai atasan dengan pekerja bawahan.

d. Penglibatan dalam membuat keputusan, penyelesaian masalah dan

lain-lain yang berkaitan dengan tugas dan kepimpinan yang

demokratik.

Dalam usaha mengelolakan aktiviti kerja yang selari dengan matlamat yang di

sasarkan, perkongsian maklumat dan keterbukaan adalah dua aspek utama dalam

interaksi dipelbagai peringkat anggota kerja. Proses perkongsian maklumat yang

disalurkan mengenai peranan kerja individu dibuat sama ada melalui media

bercetak dan media elektronik serta interaksi peribadi. Berbanding dengan saluran

Page 5: Pengenalan

5

maklumat bertulis, maklumat yang disampaikan secara lisan akan memberi kesan

yang lebih kepada perlakuan interaksi anggota kerja organisasi.

Di samping itu, penyaluran maklumat lisan berbentuk dua hala yang dilakukan

dapat mengurangkan darjah ketidakpastian, yang akhirnya akan boleh

mempertingkatkan penyelarasan tugas pada pelbagai peringkat dalam organisasi.

Di samping itu, mempertingkatkan pula penyertaan dan penglibatan mereka

dalam proses pencapaian matlamat penubuhan sesebuah organisasi.

Oleh itu, bagi mendapatkan jawapan mengenai persepsi gaya komunikasi

kepemimpinan Rukun Tetanga mempengaruhi kepuasan dan komitmen dalam

perhubungan dan perpaduan masyarakat, maka persoalan berikut cuba dicari :

1. Apakah persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap gaya komunikasi

kepemimpinan secara menyeluruh?

2. Apakah tahap kepuasan komuniti terhadap ciri-ciri bertimbang rasa,

keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan dalam kalangan komuniti

Rukun Tetangga setempat?

3. Apakah persepsi responden kajian terhadap tahap komitmen yang

diamalkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga berdasarkan ciri-ciri empati,

perkongsian, berwawasan dan semangat berpasukan?

4. Apakah kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman di dalam menjana

keberkesanan komunikasi kepemimpinan dan komitmen yang diamalkan

Rukun Tetangga dari perspektif komuniti setempat?

Page 6: Pengenalan

6

5. Apakah persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap aktiviti-aktiviti yang

dijalankan oleh Rukun Tetangga serta matlamat pencapaiannya?

1.3. Objektif Kajian

1.3.1. Objektif Umum

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengenal pasti persepsi gaya

komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga serta komitmen kepimpinan

terhadap komuniti Rukun Tetangga setempat di Malaysia.

1.3.2. Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini ialah untuk :

a. Meninjau persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap gaya komunikasi

kepemimpinan secara menyeluruh.

b. Mengenal pasti tahap kepuasan komuniti terhadap ciri-ciri bertimbang

rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan dalam kalangan

komuniti Rukun Tetangga setempat.

c. Mengenal pasti persepsi responden kajian terhadap tahap komitmen yang

diamalkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga berdasarkan ciri-ciri empati,

perkongsian, berwawasan dan semangat berpasukan.

d. Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman di dalam

menjana keberkesanan komunikasi kepemimpinan dan komitmen yang

diamalkan Rukun Tetangga dari perspektif komuniti setempat.

Page 7: Pengenalan

7

e. Meninjau persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap aktiviti-aktiviti

yang dijalankan oleh Rukun Tetangga serta matlamat pencapaiannya.

1.4. Kepentingan Kajian

Kajian ini diharap dapat memberikan penjelasan mengenai ilmu dan maklumat

berhubung gaya komunikasi kepemimpinan, iaitu bertimbang rasa, keterbukaan,

memberi sokongan dan penyertaan yang boleh diamalkan oleh pemimpin Rukun

Tetangga agar dapat mempengaruhi kepuasan komuniti setempat. Selain itu kajian

ini juga akan memberi manfaat dalam aspek mengenal pasti tahap komitmen

yang ditunjukkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga. Begitu juga dengan persepsi

komuniti Rukun Tetangga terhadap segala rancangan dan aktiviti-aktiviti yang

dijalankan oleh Rukun Tetangga untuk memupuk dan mempertingkatkan

keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Dengan adanya kajian ini diharap akan dapat membantu pihak Jabatan Perpaduan

dan Integrasi Nasional untuk mengubal serta merangka strategi perlaksanaan yang

mampu menjana keharmonian pada peningkatan perpaduan masyarakat.

Maklumat-maklumat yang diperolehi khususnya mengenai amalan komunikasi

kepimpinan dan komitmen pemimpin boleh dijadikan asas dalam membentuk

kurikulum kursus yang berwajaran dengan matlamat pembangunan komuniti yang

di harapkan oleh kerajaan. Melalui analisis situasi yang dilaksanakan ianya boleh

Page 8: Pengenalan

8

dijadikan panduan serta pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan sesuatu

komuniti.

1.5. Kesimpulan

Dalam kajian ini terdapat lima bab kesemuanya, iaitu dalam Bab Satu akan

membicarakan mengenai pengenalan terhadap subjek yang akan difokuskan

dalam kajian ini dan ianya meliputi latar belakang kajian, pernyataan masalah,

objektif kajian yang umum dan khusus serta kepentingan kajian ini. Manakala

dalam Bab Dua pula akan dibincangkan kajian-kajian lepas yang meliputi ulasan

tentang teori hubungan kemanusiaan, dapatan-dapatan kajian serta pandangan

para sarjana tentang gaya komunikasi kepemimpinan, komitmen pemimpin dan

seterusnya hubungan dengan pencapaian matlamat penubuhan Rukun Tetangga.

Seterusnya, dalam bab ini akan diutarakan mengenai pembinaan kerangka

konseptual kajian yang dijalankan.

Menerusi Bab Tiga pula, terdapat metod kajian yang akan memuatkan tentang

konseptualisasi dan operasionalisasi kajian. Ini termasuklah perbincangan

mengenai kesemua pemboleh ubah kajian dan faktor-faktor demografi seperti

jantina, umur, bangsa, jenis rumah kediaman, kelulusan dan penglibatan komuniti

setempat dengan aktiviti Rukun Tetangga dalam masa setahun. Selain itu, bab ini

juga akan membicarakan tentang persampelan, sumber data, pengukuran,

penganalisisan data, lokasi kajian dan batasan kajian.

Page 9: Pengenalan

9

Manakala dalam Bab Empat pula akan membincangkan hasil kajian yang

telah ditemui dalam penyelidikan ini dan disertakan dengan perbincangan atau

ulasan mengenai penemuan tersebut. Manakala dalam Bab Lima, iaitu bahagian

terakhir dalam penyelidikan ini yang akan merumus atau membuat kesimpulan

mengenai penyelidikan yang telah dilakukan. Ini termasuklah gambaran ringkas

kajian, penemuan utama kajian, implikasi kajian, limitasi kajian serta arah tuju

penyelidikan yang boleh dijalankan pada masa akan datang.