Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

download Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

of 17

Transcript of Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    1/17

    1.0 PENGENALAN

    Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan satu komponen penting

    dalam sistem pendidikan negara. Di Kementerian Pendidikan Malaysia, PTV dikendalikan

    oleh Jabatan Pendidikan Teknikal yang diterajui oleh Timbalan Ketua Pengarah

    Pendidikan Malaysia (Teknikal). Jabatan Pendidikan Teknikal yang telah wujud sejak

    tahun 1995 merupakan kesinambungan daripada Bahagian Pendidikan Teknik dan

    Vokasional melalui pembangunan dan pembaharuan sistem organisasi profesional

    Kementerian Pendidikan pada masa itu. Dalam proses perancangan dan pelaksanaan

    PTV ini, pelbagai elemen seperti demografi, gaya pembelajaran, bakat, sikap dan tahap

    pembelajaran pelajar perlu diambil kira. Selain itu, faktor persekitaran dan keperluan

    pekerjaan juga perlu difikirkan. Justeru itu, kualiti kecemerlangan merupakan kunci

    utama pelaksanaan PTV ini.

    1

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    2/17

    2 .0 PERANCANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

    2.1 Pembentukan PTV

    Morris (1961) dalam buku Pendidikan Teknik dan Vokasional, menyatakan:

    With a well thought out theory or philosophy of vocational education an individual

    knows what he is doing and why. And it is when our practical conduct becomes more

    and more rational, i.e., increasingly subject to critical theory, that we say it becomes

    more and more professional in character. The truly professional teacher is the individual

    who tempers ana redirects native impulse with the rational theory of his craft. (Hal. 8)

    Setiap individu yang terlibat dalam PTV memerlukan satu falsafah. Untuk

    pengetahuan anda, falsafah adalah penting kerana ianya boleh dijadikan:

    Pegangan dan panduan untuk hala tuju

    Asas untuk membentuk tujuan, matlamat dan objektit PTV

    Panduan untuk tindakan yang perlu diambil bagi membuat perubahan; panduan

    dalam membina kurikulum yang bersesuaian

    Membantu dalam membuat keputusan, memilih aktiviti pembelajaran, dan

    penyediaan sumber

    Rajah 1: Proses Pembentukan Falsafah PTV

    2

    ANDAIAN

    TEORI

    PRAKTIS

    FALSAFAH

    FALSAFAH

    DEDU

    KTIF

    INDU

    KTIF

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    3/17

    Rajah 1 mengambarkan proses pembentukan falsafah bagi PTV. Dalam Kedua-

    dua kaedah, induktif mahupun deduktif, tiga elemen utama iaitu andaian, teori dan

    praktis dalam proses pembentukan falsafah harus wujud secara harmoni sebelum

    falsafah boleh dibentuk.

    Pembentukan falsafah PTV boleh dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu:

    1. Kaedah Induktif - kaedah daripada dalam ke luar merupakan kaedah yang

    melihat senario dalam dunia PTV sebelum membentuk fasafah. Langkah-

    langkahnya adalah seperti berikut:

    a. Mengenalpasti praktis sedia ada dalam PTV yang selalu diamalkan

    b. Menentukan teori pendidikan yang menjadi asas praktis-praktis tersebut;

    dan

    c. Mengekstrak daripada teori tersebut pandangan atau andaian mengenai

    realiti kebenaran dan nilai.

    2. Kaedah Deduktif - kaedah daripada luar ke dalam bermula dengan melihat dunia

    luar sebelum membentuk falsafah. Langkah-langkah dalam kaedah ini adalah

    seperti berikut:

    a. Membentuk pandangan atau andaian yang menyeluruh mengenai realiti,

    kebenaran dan nilai,

    b. Menghurai teori pendidikan yang tersirat dalam andaian-andaian tersebut.

    c. Mengambarkan tingkah laku guru, tujuan pengajaran dan hasil

    pembelajaran yang diharapkan iaitu mengenalpasti praktis yang

    seharusnya diamalkan.

    Bagi kedua-dua kaedah, langkah terakhir yang mesti dilakukan sebelum

    pembentukan falsafah adalah memastikan bahawa praktis dan teori pendidikan adalah

    konsisten dan koheren dengan andaian yang dibuat. Perbezaan dan ketidaksesuian yang

    wujud perlu diselesaikan.

    3

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    4/17

    2 .2 CIRI-CIRI PENDIDIKAN VOKASIONAL2.2.1 Elemen-Elemen Penting Dalam Perancangan Kurikulum PTV

    Harmon (1968) dalam buku Pendidikan Teknik dan Vokasional, telahmenyimpulkan bahawa kurikulum PTV perlulah mengambil kira keperluan pelajar di

    samping memikirkan tentang keperluan sektor pekerjaan.

    Menurutnya terdapat beberapa kategori keperluan yang perlu dipertimbangkan

    dalam merancang kurikulum PTV iaitu:

    (I) Kehendak Sosial (stakeholder)

    Ia berkisar terhadap apakah bentuk pendidikan atau latihan yang dikehendaki

    oleh masyarakat (termasuk ibu bapa) setempat pada ketika ini. PTV juga menghadapi

    masalah imej di kalangan sesetengah ahli masvarakat.

    (II) Keperluan Sektor Pekerjaan

    Faktor ekonomi juga memainkan peranan yang penting di mana pusat pendidikan

    perlu peka terhadap permintaan sektor industri pada masa sekarang dan juga akan

    datang.

    (III) Kos Efisien

    Pendekatan kos efisyen juga perlu diambil kira supaya pelaburan dalam

    pendidikan dan latihan memberi pulangan yang optima.

    4

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    5/17

    2.2.2 HubungKait Antara Perancangan Kurikulum, Membina Isi Kandungan, DanPelaksanaan Kurikulum.

    Finch & Crunkilton (1993) dalam buku Pendidikan Teknik dan Vokasional, telahmenjadualkan hubungkait antara Perancangan Kurikulum, Membina isi Kandungan, dan

    Pelaksanaan Kurikulum.

    Rajah 2: Hubungkait Merancang Kurikulum, Membina Isi Kandungan dan Melaksanakan

    Kurikulum

    5

    MERANCANG KURIKULUMMewujudkan prosesmembuat keputusanMemungut dan menilai data

    (sekolah)Memungut dan menilai data(masyarakat & industri)

    MEMBINA ISI KANDUNGANMenggunakan strategi untukmenentukan isi kandunganBuat keputusan tentang isikandungan

    Membina matiamat danobjektif kurikulum

    MELAKSANAKAN KURIKULUMMengenalpasti dan memiihbahanMembina bahanMemilih strategi pelaksanaanMenilai kurikulum

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    6/17

    Merujuk rajah 2, proses merancang kurikulum bermula dengan proses membuat

    keputusan yang terdiri daripada keputusan polisi dan keputusan operasi atau

    pengendalian. Keputusan polisi melibatkan pembentukan matlamat dan objektif yang

    akan menjadi asas pembentukan kurikulum.

    Aspek seterusnya dalam keputusan polisi adalah untuk menentukan prosedur dan

    strategi yang diperlukan untuk rnencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

    Keputusan pengendalian pula terlibat dengan pengurusan perlaksanaan kurikulurn yang

    dirancang; dan perlaksanaan aktiviti harian kurikulum tersebut. Data dan maklumat

    yang relevan perlu dikumpul untuk membuat keputusan.

    Setelah berpuas hati bahawa terdapat keperluan untuk mewujudkan satu

    kurikulum PTV yang baru atau untuk mengubahsuai kurikulum PTV yang lama,

    perancang kurikulum perlu menentukan matlamat, objektif dan isi kandungan

    kurikulum. Tawaran subjek atau kursus dan standard yang perlu dikuti dan sebagainya

    perlu fikirkan. Perancangan bahan, sumber/resos dan peralatan yang diperlukan adakah

    setara dengan yang terdapat di industri perlu difikirkan untuk melaksanakan kurikulum

    ini. Pemilihan bentuk peniliaian yang akan dijalankan juga perlu difikikan bagi peringkat

    ini.

    6

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    7/17

    2.2.3 Faktor-Faktor Lain Yang Mempengaruhi Perancangan Kurikulum

    Kurikulum rasmi tidak akan bermakna jika ia tidak diterjemah kepada kurikulum

    operasi yang dalam bilik darjah. Untuk melaksanakan kurikulum, guru atau pengajar

    harus mengambil kira beberapa faktor seperti faktor masa, infrastuktur, undang-

    undang, organisasi, demografi, ekonomi, dan budaya.

    Faktor Dekripsi Masa Kuantiti, kekerapan dan tempoh penjadualan.

    Fizikal Infrastruktur Persekitaran, bangunan dan peralatan.

    Politik dan Undang-

    undang

    Akta, enakmen dan peratusan kerajaan.

    Organisasi pentadbiran, saiz dan struktur organisasi, dasar dan

    visi.

    Demografi Latar belakang, ciri-ciri, bakat, minat pelajar,

    pengajar, dan ibubapa.

    Ekonomi Keperluan ekonomi, industri, faktor kos dan manfaat

    dan kos efisyen.

    Budaya Fafasah, nilai, budaya sesebuah sekolah dan

    masyarakat.

    Jadual 1 : Senarai Faktor dan Deskripsinya

    3 .0 PENDEKATAN PELAKSANAAN PROGRAM PTV

    7

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    8/17

    Kementerian Pendidikan juga telah menggunakan pendekatan atau strategi

    pengajaran dan pembelajaran yang berbeza bagi dua program yang dilaksanakan di

    sekolah menengah akademik. Program tersebut adalah program Sekolah Ke Kerjaya

    (SKK) dan program Mata Pelajaran Vokasional

    (MPV). Satu lagi program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan untuk

    mengabungjalin mata pelajaran umum atau akademik di Sekolah Menengah Teknik

    adalah memperkenalkan program Tech Prep.

    3.1 Program Sekolah ke Kerjaya (SKK)

    SKK ialah satu program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi

    mengembangkan potensi pelajar dengan membekalkan mereka pengetahuan dan

    kemahiran boleh guna melalui pengalaman tempat kerja. Program latihan diadakan

    dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta dan industri serta orang perseorangan.

    Rajah 3: Pelaksanaan Program Sekolah Ke Kerjaya

    8

    Kemahiran Generik:KomunikasiGuna teknologiUrus aktivitiKerjasamaSelesai masalahProses maklumat

    Aplikasi matematikFaham budaya

    Kemahiran KhususTempat Kerja

    Subjek Elektif:Ekonomi asasPerdaganganPendidikan seniKesusasteraanMelayu

    Sub Teras:Bahasa Malaysia

    Bahasa InggerisSainsMatematikSejarah

    SEKOLAH KE KERJAYA

    Panduan PengajaranPembelajaran (PPP) Latihan TempatKerja (LTK)

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    9/17

    Merujuk rajah 3, pakej Pembelajaran program SKK terdiri daripada dua

    Komponen; Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PPP), dan Latihan Tempat Kerja

    (LTK). Nisbah pembahagian waktu antara PPP dengan LTK adalah 60:40 daripada

    minggu persekolahan dalam satu tahun bergantung kepada keadaan sekolah dan juga

    persetujuan pemberi LTK.

    1. Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PPP)

    PPP adalah untuk membantu pelajar menguasai tajuk-tajuk tertentu dalam

    huraian sukatan pelaiaran bagi subjek teras dan elektif di tingkatan 4 dan 5; sebagai

    persediaan untuk rnengambil peperiksaan SPM.

    2. Latihan Tempat Kerja (LTK)

    LTK memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman dan kemahiran

    boleh guna melalui aplikasi pengetahuan. kemahiran generik dan Kemahiran khusus

    tempat kerja. Pelajar juga berpeluang untuk memahami kerjaya yang sesuai dengan

    keupayaan dan minat mereka di samping boleh mengembangkan potensi dan

    meningkatkn keyakinan serta harga diri.

    9

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    10/17

    3.2 Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

    Matlamat MPV adalah untuk melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang

    usaha yang relevan dan bermakna bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan,

    memuaskan perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat tinggi. melalui mata

    pelajaran MPV ini.

    Program MPV menawarkan 22 mata pelajaran yang dikelompokkan dalam 5

    bidang usaha iaitu binaan, pembuatan, teknotani, ekonomi rumah tangga dan aplikasi

    komputer. Penawaran pelbagai mata pelajaran ini dirancang berperingkat-petingkat

    mengikut empat fasa mulai tahun 2002 hingga tahun 2005.

    Fasa I telah dimulakan pada tahun 2002 dengan penawaran lapan matapelajaran

    berikut:

    Pembinaan domestik

    Membuat perabot

    Seni reka tanda

    Menservis peralatan elektrik domestik

    Rekaan dan jahitan pakaian

    Katering dan penyajian

    Lanskap dan nurseri

    Tanaman makanan

    Mata pelajaran MPV akan dinilai sama taraf dengan mata pelajaran lain dalampensijilan terbuka SPM. Walau bagaimanapun, penilaian adalah berdasarkan amali dan

    dilaksanakan oleh pihak sekolah.

    10

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    11/17

    3.3 Pembelajaran Secara Kontekstual (Technical Preparat ion/TECH-PREP)

    Proses pembelajaran akan berlaku dengan lebih cepat apabila minda kita dapat

    melihat hubungan yang bermakna dan berguna. Pembelajaran kontektual melibatkan

    aspek:

    Menghubungkait (Relating)

    Mengalami (Experiencing)

    Mengaplikasikan (Applying)

    Bekerjasama (Cooperating)

    Memindahkan (Transferring)

    Objektif pembelajaran secara kontekstual adalah untuk:

    Menyediakan pelajar supaya dapat menghadapi pekerjaan selepas persekolahan

    menengah dan kehidupan dewasa kelak:

    Menarik lebih ramai pelajar menceburi kerjaya di bidang kesihatan, perniagaan,

    komputer, media, teknologi maklumat, elektronik dan kejuruteraan.

    Memperkukuhkan sikap, pengetahuan dan kemahiran pelajar teknikal-vokasional

    dalam mata peajaran sains dan matematik melalui kaedah pembelajaranalfternatif yang sesuai, mudah dan berkesan.

    Tech-Prep atau Technical Preparation adalah kurikulum teknikal berasaskan

    keterampilan. Kurikulum yang dibentuk hasil kerjasama dengan pihak industri

    mengandungi struktur dan proses pembelajaran dari peringkat menengah ke peringkat

    pos-menengah.

    Di negara kita, pelaksanaan program Tech-Prep di Sekoah Menengah Teknik

    pada ketika ini hanya ditumpukan kepada pembelajaran secara kontekstual sahaja; dan

    hanya untuk mata pelajaran matematik, matematik tambahan, fizik, biologi dan kimia.

    Perancangan untuk memperkenalkan kaedah pembelajaran kontekstual dalam mata

    pelajaran elektif teknikal masih belum diberi perhatian khusus dan dilaksanakan.

    11

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    12/17

    3.4 Konsep Baru dalam PTV3.4.1 Konsep Baru

    Kementerian Pelajaran telah mengarahkan semua sekolah memperkenalkan tiga

    pendekatan yang perlu dititik beratkan iaitu:

    Sekolah sebagai tempat pembelajaran yang menyeronokkan.

    Sekolah sebagai tempat yang selamat.

    Sekolah sebagai rumah kedua.

    (I) Keselesaan

    Infrastruktur di sekolah mestilah. Pelajar-pelajar tidak mudah berasa bosan

    mengikuti pembelajaran walaupun telah melebihi waktu persekolahan. Ini kerana

    mereka melakukan sesuatu kerja itu dengan rela hati, gembira, tiada tekanan sama ada

    dari dalam diri ataupun persekitaran dan saling percaya-mempercayai di antara warga

    sekolah.

    (II) Disiplin

    Pendekatan kedua pula menyarankan agar sekolah menjadi sebuah tempat yang

    selamat. Ini selalunya dikaitkan dengan soal disiplin dan peraturan. Sekolah merupakan

    satu institusi yang terikat dengan peraturan-peraturan tertentu.

    (III) Keselamatan

    Pelajar-pelajar digalakkan menghabiskan sebahagian besar masa mereka

    disekolah untuk menjalankan sebarang aktiviti, sama ada dari segi kurikulum ataupun

    ko-kurikulum. Oleh itu, pihak sekolah mesti menyediakan beberapa kemudahan seperti

    kantin sekolah yang dibuka hingga petang, guru-guru yang terlibat atau bertugas

    berada di sekolah dan sebagainya. Sekiranya pelajar mengalami kesulitan atau masalah,

    maka mudah bagi mereka untuk mendapatkan bantuan daripada guru-guru yang

    bertugas.

    12

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    13/17

    3.5 Penstrukturan PTV3.5.1 Latar Belakang

    Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menyediakan pendidikan vokasional untuk

    lepasan sekolah menengah rendah. Tujuan utama ialah untuk memberi latihan amali

    dalam bidang pelajaran yang memerlukan kemahiran di samping memberi pendidikan

    am seperti Bahasa, Sains dan Matematik bagi membolehkan pelajarnya meneruskan

    pelajaran serta latihan lanjutan.

    3.5.2 Objektif Sekolah Menengah VokasionalSMV diwujudkan untuk menyediakan guna tenaga yang lengkap dengan

    kemahiran dan pengetahuan asas bagi sektor perindustrian dan perdagangan,

    mengadakan kurikulum yang boleh diubah suai dan berdasar luas untuk kepentingan

    industri semasa dan akan datang serta menyediakan asas pengetahuan dan kemahiran

    sebagai tapak pendidikan dan latihan lanjutan.

    3.5.3 PerubahanPada 24 Mei 1995, cadangan penstrukturan semula SMV kepada SMT (sekolah

    Mengah Teknik) telah diluluskan oleh Kabinet. Cadangan penstrukturan ini bertujuan

    untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains dan

    teknologi agar melanjutkan pelajaran ke universiti. Ini bertujuan untuk memenuhi

    keperluan tenaga manusia yang berorientasikan teknikal dan kejuruteraan dalam

    negara.

    13

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    14/17

    4.5.4 Cadangan dan PandanganSMV yang sedia ada haruslah dikekalkan kursusnya kerana negara masih

    memerlukan lulusan SPMV bagi menampung keperluan guna tenaga teknokrat (pekerja

    mahir atau separa mahir) dalam sektor perindustrian.

    Sembilan buah SMT yang sedia ada boleh diperluaskan lagi dari segi fizikal

    infrastrukturnya. Bilangan SMT perlu ditambah dengan membina SMT yang baru atau

    menaik taraf SMV kepada SMT tanpa mengubah SMV yang telah mantap.

    Walaupun tidak memasuki SMT, peluang pelajar-pelajar SMV untuk melanjutkan

    pelajaran ke institusi pengajian tinggi masih terbuka luas kerana status SPMV adalah

    setara dengan SPM sama ada dari segi akademik ataupun untuk tujuan pekerjaan. Apa

    yang perlu ditekankan ialah mengadakan subjek Matematik Tambahan dan

    meningkatkan keperluan makmal bagi subjek Fizik dan Kimia di SMV. Melalui cara ini,

    status SMV dapat dipertingkatkan lagi.

    Namun begitu, sekiranya semua SMV ditukarkan kepada SMT, peluang pelajar

    yang kurang berminat dalam akademik tetapi berminat dalam bidang kemahiran akan

    terbantut. Ini akan menimbulkan pelbagai masalah disiplin di sekolah seperti ponteng

    sekolah, kurang minat belajar, keciciran, melepak dan sebagainya.

    Dari segi kemahiran yang diberikan, jelas kelihatan di mana ramai pelajar SPMV

    mempunyai peluang kerjaya yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi.

    Sehingga kini permintaan pihak swasta dan kilang terhadap pelajar lepasan SMV

    sangatlah menggalakkan.

    14

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    15/17

    3.6 Kawalan Kualiti

    Finch dan Crunkilton (1993) menegaskan bahawa kawaan kualiti adalahpenting dalam perancangan kurikulum PTV kerana kesilapan dalam membuat keputusan

    akan menghasilkan kurikuum dan graduan yang kurang bermutu. Proses perancangan

    kurikulum yang baik mengandungi ciri-ciri berikut:

    15

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    16/17

    6 .0 PENUTUP

    Kesimpulannya, perancangan dan pelaksanaan PTV memainkan peranan yang

    penting dalam penyediaan tenaga manusia yang diperlukan oleh negara. Perancangan

    dan pelaksanaan yang teratur dan berkesan dapat memberi jaminan pilihan yang begitu

    luas kepada pelajar yang berminat dalam bidang kemahiran dan akademik sekaligus

    membuka peluang untuk mereka meneruskan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

    Secara tidak langsung, pelajar juga dapat mengalami kehidupan yang baik dalam dunia

    teknologi yang kompleks dan mencabar ini.

    16

  • 7/29/2019 Suhailah&Zairy Perancangan Teknik&Vokasional

    17/17

    7 .0 BIBLIOGRAFI

    _______________ (2007). Pendidikan Teknik dan Vokasional. Penerbitan OUM. Kuala

    Lumpur.

    David D. Williams (Updated June 2001). (unknown). From Freshman Academy

    Evaluation 1999-2000. [Online]. Catch from:http://academy.byu.edu/williams/report.

    html [Accessed 2008, February 24th]

    _______________ (unknown). Kertas Kerja Kajian Kajian Sistem Pendidikan

    Kebangsaan (MTT2353) Pendidikan Teknik dan Vokasional -

    http://members.tripod.com/~sarjana/teknik3.html (Accessed January 29th, 2008).

    Md. Arif Md. Zin (2008). Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Semester (Semester

    1 Tahun 2008): Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik Vokasional.

    ______________.

    Yahya Bin Emat, Al-Haj (2005). Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia. IPBS

    Buku SDN. BHD. Petaling Jaya, Selangor.

    Dr. Amini Amir Abdullah. (2007). Kekuatan tamadun Islam dan Asiadi Fakulti Ekologi

    Manusia, Universiti Putra Malaysia. Dari Rampaiseri Sekapur Sireh. [Online].

    Diperoleh:http://rampaiseri.wordpress.com/2007/11/01/kekuatan-tamadun-islam

    -dan-asia/ [2008, Mac 17].

    17

    http://members.tripod.com/~sarjana/teknik3.htmlhttp://members.tripod.com/~sarjana/teknik3.html