TAJUK 5 pdp sains

download TAJUK 5 pdp sains

of 14

description

menulis rph

Transcript of TAJUK 5 pdp sains

TAJUK 5MERANCANG RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Sinopsis

Rancangan pelajaran harian ialah perancangan guru bagi mengstrukturkan pengajaran pada hari tersebut. Ini penting bagi guru tersebut dan pelajar yang terlibat supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ia bukan lah perlu dibaca didalam kelas tetapi perancangan rapi menolong pelajar dan guru melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencapai hasil pembelajaran. Perancangan rancangan pelajaran harian perlu mengambilkira objektif pembelajaran, hasil pembelajaran aktiviti pembelajaran, penggunaan sumber dan penilaian

Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda dapat:1.1Merancang rancangan pelajaran harian yang mengambil kira objektif, hasil pembelajaran, sumber, aktiviti yang memberi pengalaman dan penilaian.1.2Membina rancangan pelajaran harian menggunakan model konstruktivisme Lima Fasa Needham.

Kerangka Tajuk-tajuk

1.1Merancang Rancangan Pelajaran Harian

1.1.1Langkah Perancangan Pelajaran HarianPerancangan pelajaran harian perlu merujuk kepada Kurikulum Sains Sekolah Rendah, rancangan tahunan, semester dan mingguan. Langkah dalam merancang rancangan pelajaran harian termasuklah menyediakan ,a.tajuk rujuk kepada Kurikulum Sains Sekolah Rendah, buku teks dan buku rujukan.b.objektif pilih objektif umum dan khusus. c.isi-isi penting skop isi , penegasan, membuat urutan penyampaian isi serta menorganisasi maklumat. Ianya mestilah spesifik dan jelas. d.aktiviti pembelajaran aktiviti guru dan murid diatur supaya menjadi satu , bahan dan penilaian.e.penilaian kaedah menilai pelajar termasuklah kerja rumah, kuiz dan ujian selepas pengajaran. Bagaimana menilai pencapaian objektif.

f.sumber yang digunakan semasa aktiviti

g.kemahiran berfikir

h.kemahiran saintifik & kemahiran proses sains yang terlibat

Aktiviti 1Seorang guru merancang untuk membawa sekumpulan pelajar untuk membuat kajian lapangan di satu kawasan pantai. Beliau mengarahkan pelajar untuk mengenalpasti dan menguji sampel berikut :

a) Menentukan pH airb) Mengenalpasti hidupan di airc) Mengenalpasti pokok atau tumbuhan yang hidup di tepi pantaid) Menentukan jenis pasir, saiz pasir dan bentuk muka bumie) Menentukan tahap kemasinan airf) Mengambil sampel tanah( Kajian pada ekosistem pantai meliputi jarak 200 meter x 100 meter dari pantai). Seterusnya pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan dan tiga stesen yang berlainan . Pelajar dikehendaki melengkapkan jadual dibawah di tiga tempat yang berlainan:

Aktiviti 1 : Baca dan teliti aktiviti di atas seterusnya dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah, lengkapkan jadual 1 berikut dalam rangka untuk membuat rancangan pelajaran harian tersebut.

Jadual 1PerkaraSpesifikasi

Objektif (dari HSP)

hasil pembelajaran (masukkan ABCDS )

sumber (apakah sumber yang perlu)

Isi isi penting

aktiviti yang memberi pengalaman. (Senaraikan aktiviti guru dan aktiviti murid)

kemahiran berfikir, kemahiran saintifik

penilaian (bagaimana anda akan menilai pelajar anda dan mengetahui objektif tercapai)

1.1.2Bahagian Rancangan Pelajaran Harian

Membina rancangan pelajaran harian dibahagikan kepada tiga iaitu input, proses dan output. a.Input merujuk kepadai.bahan fizikal dan sumber yang akan digunakan.ii.maklumat yang diperlukan dalam proses termasuklah,maklumat pelajar (umur, pengetahuan sedia ada pelajar dan keperluan pembelajaran pelajar)iii.perancangan masa yang diperlukan untuk setiap aktiviti iv.apakah arahan guru untuk melakukan aktiviti, huraian bagaimana memulakan pengajaran, kemahiran atau arahan menggunakan peralatan.

b. Proses ialah perancangan yang menyenaraikan aktiviti guru dan aktiviti murid. c. Output merujuk kepada apa yang pelajar perlu pelajari. Input proses outputAktiviti 2Teliti rancangan pelajaran harian berikut Tuliskan anggaran masa yang diperuntukkan dan apa yang pelajar perlu pelajari isi pelajaran (out put) untuk setiap aktiviti dalam ruang yang disediakan di bawah.

REKOD PENGAJARAN HARIAN (SAINS)

Nama Guru:En Abd Hadi bin Aziz

Tingkatan/Kumpulan:Tahun 5 HijauBidang/Tema: MENYIASAT ALAM KEHIDUPAN

Tajuk Pelajaran:Jangka masa:60 minit (2 waktu)

Objektif1. membina satu siratan makanan mengandungi sekurang-kurangnya enam organisma2. menerangkan kesan kepupusan haiwan terhadap siratan makanan.

Pengetahuan Perlu Ada:1. murid-murid telah mengetahui:a) istilah pengguna, pengeluar, pemangsa dan rantaian makananb) menghubung kait haiwan dan makanannyac) melukis rantaian makanan

Isi Kandungan1. membina siratan makanan2. memberi definisi siratan makanan3. membanding dan membeza antara rantaian dan siratan makanan4. menghuraikan kesan kepupusan haiwan terhadap kesetabilan siratan makanan

Nilai Murni bekerjasama menjalankan aktiviti menghargai kepentingan ekosistem mensyukuri nikmat luwes dan berfikiran terbuka

Bahan Bantu Belajar poster kad gambar kad imbasan CD-ROM lembaran kerja

Prosedur Pelaksanaan:Proses Pengajaran & Pembelajaran

1. OrentasiMurid memerhati dan meneliti kad gambar yang dipaparkanAnggaran MasaOut put

tujuan paparan kad gambar ialah .....................

...........................................

2. Pencetusan Idea Edarkan sekeping gambar kepada setiap murid. Minta mereka bentukkan kumpulan mengikut rantaian makanan Susunkan gambar berdasarkan kumpulan yang dibina dan namakan rantaian makanan mengikut habitat

tujuan menyusun gambar ialah .............................................................................................................

3. Penstrukturan Semula Idea Murid mengakses maklumat melalui CD-ROM yang dibekalkan. Murid membanding dan membeza rantai makanan yang dibina dengan yang diperolehi melalui CD-ROM Bina siratan makanan mengikut habitat berkenaan

Maklumat yang diakses dalam CD-ROM ialah ..................................................................................................................

4. Aplikasi Idea Ramalkan apa yang berlaku jika salah satu orgnisma dalam siratan pupus Ramalkan apakah yang berlaku jika siratan makanan kumpulan pupus.

5. RefleksiMurid menyatakan: Kepentingan siratan makanan Kepentingan kepada ekosistem dan kemandirian hidupan

1.2Pembentukan Rancangan Pelajaran HarianDalam menyediakan rancangan pelajaran harian sains menggunakan model konstruktivisme Lima Fasa Needham, rajah menunjukkan tujuan serta contoh aktiviti pengajaran yang sesuai pada setiap fasa pengajaran konstruktivisme 5 Fasa Needham.

Fasa Pengajaran ( masa ) Isi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Orientasi (5 minit)

Menimbulkan minat dan menyediakan suasana.

Menarik perhatian, minat dan motivasi murid

Menjurus kepada tajuk dan isi pelajaran hari ituPertunjukan Filem dan video, demonstrasi, penyelesaian masalah, sesuatu yang luar biasa, analogi, bercerita, tugasan, soalan

SPS: LR: picture 1,2 & CDTS :

Pencetusan Idea(10 minit)

Mengenalpasti idea sedia ada muridSupaya murid dan guru sedar idea terdahuluPerbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan persembahan, POE, IAI, peti surat.Membincangkan perbendaharaan kata dalam sains dan tekaan intuitif.SPS: LR: picture 1,2 & CDTS : (loc 1 @ 2 @ 3)

Penstrukturan Idea(40 minit)Step 1Step 2Step 3

Untuk merealisasikan kemunculan idea-idea alternatif yang wujud, idea-idea perlu diperbaiki, akan dikembangkan atau diganti dengan idea-idea saintifik.

i. Penjelasan dan pertukaran idea-idea

ii. Pendedahan kepada idea-idea konflik.

iii. Perkembangan idea-idea baru

iv. PenilaianMain peranan Role playKerja lapangan Field tripMembina sistem pengkodan Perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep and persembahan, POEPertunjukan filem dan video, demonstrasi, penyelesaian masalah,Perbincangan dalam kumpulan kecil dan persembahan.Perbincangan, bacaan, dan input guru.Eksperimen, projek dan demonstrasi.Menguji keesahan idea-idea baruSPS: LR: picture 1,2 & CDTS : (Objective 1)(Objective 2)(Objective 3)

Aplikasi idea(10 minit )

Mengaplikasi idea dalam situasi berbeza

Menulis laporan individu menerusi tugasan projekWorksheet 2 , 3 & 4.(Objective 1,2 & 3)

Refleksi(5 minit)

Untuk menampung sesuatu idea yang diperolehi kepada idea-idea saintifik. Pautan kognitifPenulisan laporan mengenai kerja projek individu, kumpulan perbincangan, nota peribadi.Ringkasan, pengulangan titik utama, memeriksa tugasan , cadangan aktiviti selanjutnyaPautan SosialBina kepuasan dalam pencapaian dan pengukuhan positif

Poem(Objective 1,2 & 3)

Aktiviti 3

Pilih satu tajuk dari Kurikulum Sains Sekolah Rendah, pilih aktiviti dari rajah 1.2 dan bina satu rancangan pelajaran harian .

1.3Kesilapan Dalam Rancangan Pelajaran Harian

Dalam pembentukan rancangan pelajaran, kesilapan yang biasa guru pelatih lakukan adalah:a.Objektif penulisan objektif tidak selaras dengan isi pelajaran dan aktiviti pelajar.b.Penilaian penilaian pelajar tidak selaras dengan objektif pembelajaran.c.Bahan penggunaan bahan tidak sesuai dengan aktiviti pelajar.d.Arahan guru tidak sesuai dengan aras kognitif pelajar.Aktiviti 4

Cik gu Ros mengajar sains tahun 4 menggunakan rancangan pelajaran harian dibawah. Apakah objektif, penilaian, bahan, arahan guru dan aktiviti pelajar dalam rancangan pelajaran hariannya. Analisa kesilapan jika ada.

e.Aktiviti pelajar- tidak selaras dengan objektif

RANCANGAN PENGAJARAN CIK GU ROS

Kelas: 4 BESTARITema: Menyiasat Benda HidupBidang Pembelajaran : 1. Keperluan asas benda hidup Objektif Pembelajaran : 1.2 Memahami keperluan asas haiwan Hasil Pembelajaran: Menyatakan keperluan asas haiwan Memberikan hujah mengapa haiwan perlukan makanan, air, udara dan tempat perlindungan

Tempoh: 1 hourKemahiran Saintifik : 1. Memerhati 2. Berkomunikasi

Kemahiran manipulative : Mengendalikan haiwan dengan betul Nilai Murni : Cinta dan perihatin Sumber BBM : Cd-Rom Sains Tahun 3, lembaran lagu, Gambar-gambar haiwan , Gambar makanan, air, udara dan tempat perlindungan yang berbezaLembaran tugasan, Kad-kad Perkataan, Carta, Tag biru.Klip Video.

Langkah/AKTIVITIISI KANDUNGANPROSEDURAKTIVITI GURU CATATAN

Pendahuluan(5 minit)Untuk menarik perhatian murid (Memerhati)1. Guru memainkan CD yang menunjukkan beberapa orang kanak-kanak dengan haiwan peliharaan masing-masing 2. Guru bertanyakan soalan kepada murid selepas tayangan G:Selamat pagi semuaM: Selamat pagi Cikgu.G: Sekarang , Kita akan menonton tayang dari CD rakan anda dengan haiwan peliharaan masing-masing

Langkah 1(10 minit)Nama-nama haiwan.(Berkomunikasi and Memerhati)1. Guru menayangkan kad gambar haiwan dan meminta student mengenalpasti haiwan-haiwan tersebut.2. Guru menanyakan murid tentang pelajaran lepas seperti keperluan asas bagi manusia G: Apakah yang awak Nampak dalam gambar ?Namakan haiwan-haiwan. M: Kucing.G : Bagus.(Guru menunjukkan pula dengan kad-kad imbasan lain) Bolehkah kamu ingat tentang apa yang anda belajar semalam? M : Ya, iaitu keperluan asas bagi manusia

Pengembangan 2 (15 minit)Mengnalpasti keperluan asas bagi haiwan.(Berkomunikasi)1. Guru meminta beb erapa orang murid mengambil kad-kad yang diletakkan di atas meja. 2. Murid mengenalpasti keperluan asas haiwan dan bandingkan dengan keperluan asas bagi manusia 3. Dan lekatkan di papan hitam. G: Ali, dating ke depan dan ambil sekeping kad dan lekatkan pada papan hitam ( Guru melibatkan aktiviti kepada murid lain )

Ali : (Ali melekatkannya)Adakah iannya betul cikgu?

G : Ya, betul.

Pengembangan 3(20 minit)Memberikan hujah mengapa haiwan perlukan makanan, air, udara dan tempat perlindungan (Berkomunikasi,Meramal)1. Guru melakukan sumbang saran untuk menguji murid tentang sebab-sebab mengapa haiwan memerlukan makanan, air, udara dan tempat tinggal. 2. Guru meletakkan carta pada haiwan dan keperluan asas mereka di papan hitam.3. Pupils say out sentences pertaining to the animals basic needs.4. Murid menyebut ayat-ayat yang berkaitan dengan keperluan asas haiwan.5. Murid membaca jalur-jalur potongan ayat yang dikemukakan oleh guru. G: Mengapa anda fikir bahawa haiwan memerlukan .M : Ia semuanya penting bagi setiap individu G: Menakjubkan ..Bahan tersebut sangat berguna dan penting untuk semua makhluk hidup. Kami menggunakan ia setiap hari dalam kehidupan kita. G: Kini anda boleh memberi saya beberapa contoh keperluan asas haiwan. Ahmad : AirG: Bagus. Mengapakah awak fikir air adalah penting kepada benda hidup M : Ianya member tenaga untuk kita mandiri.(Guru meneruskan penjelasan tentang keperluan asas lain bagi hidupan kepada murid-murid secara terperinci)

Penutup(10 minit)Kesimpulan1. Guru mengedarkan lirik lagu kepada murid untuk dinyanyikan bersama.2. Guru menyanyikan bersama-sama muridG: Sekarang, saya akan mengedarkan lirik lagu. Mari kita membaca lirik bersama-sama. (Selepas membaca guru menyanyi untuk kelas). Sekarang mari kita menyanyi lagu bersama-sama.

Pussy Cat

Pussy Cat 2xWhere do you live,I live in a basket full of frills

Pussy Cat 2 xWhat did you need,I need freshly fried fish water and milk

Pussy Cat 2 xWhat did you do,Frighten a little mouse under the chair

Pussy Cat 2xWhere did you go,I went to the kitchen to look for some food.