Tugasan HBMS4403

15
Pengenalan  Kelas muzik di Malaysia sepatutnya tidak hanya mengajar muzik klasikal sahaja, tet api pel baga i campur an ir ama yang bel um dideda hkan kepa da mer eka. Ses eor ang  pelajar wajib diperkenalkan kepada muzik budaya lain untuk meluaskankan skop  pandangan mereka. Tetapi itu tidak bererti bahawa pendidik muzik perlu mengajar  budaya asal lagu-lagu yang di ajar. Pendidik muzik perlu cuba menerangkan sedikit sebanyak karya dan latarbelakangnya.alaubagaimanapun penerangan tersebut tidaklah  perlu jauh ke dalam perkara-perkara lain yang bersangkutan d engan budaya muzik yang diajar.  !nsembel rekoder merupakan akti"iti permainan alat muzik secara berkumpulan. #kti"iti yang melibatkan kumpulan memerlukan banyak perancangan dan komitmen. $ni adal ah unt uk memast ika n has ilnya men capa i obj ekt i% akt i"i ti yan g tel ah dir anc ang. &anyak pihak yang terlibat iaitu pemimpin ensembel, ahli-ahli ensembel serta pihak yang ter lib at dengan pentadbir an unt uk men jay akan akt i"i ti yang mel iba tka n ens embel. Pemimpin per lu kewiba waa n dal am memimp in kumpul an ensembel . Mur id per lu dedikasi dan berusaha gigih berlatih serta menerima arahan pemimpin. Selain itu, murid dapat belajar cara berkomunikasi, respon terhadap kawan, mendengar setiap alat muzik yang dimainkan dalam ensembel rekoder serta memerhati persekitaran dengan penuh kepekaan.  'a ti ha n yang ber ke sa n me rupa ka n perkar a ya ng sanga t pe nt in g dala m menent ukan kejayaan sesebuah program muzik atau kumpulan muzik. (amun demik ian ramai di kalangan guru tidak memahami prosedur dalam latihan. Prosedur latihan akan lebih jelas jika guru dapat menyediakan satu jadual terperinci berkaitan dengan prosedur dal am lat iha n. Prosedur ya ng dis edi aka n secara rel iti dapat membant u gur u dal am menyediakan rancangan mengajar dengan lebih baik dan berkesan. Perancangan yang  baik ini akan membantu dalam menyediakan segala keperluan termasuklah bahan-bahan dan peralatan dalam menyampaikan pengajaran.  Pi ha k penta dbir an pe rl u menyediakan kemudahan untuk latihan atau  persembahan. Kerjasama semua pihak yang terlibat akan menjamin kejayaan sesebuah

description

HBMS4403

Transcript of Tugasan HBMS4403

Pengenalan Kelas muzik di Malaysia sepatutnya tidak hanya mengajar muzik klasikal sahaja, tetapi pelbagai campuran irama yang belum didedahkan kepada mereka. Seseorang pelajar wajib diperkenalkan kepada muzik budaya lain untuk meluaskankan skop pandangan mereka. Tetapi itu tidak bererti bahawa pendidik muzik perlu mengajar budaya asal lagu-lagu yang di ajar. Pendidik muzik perlu cuba menerangkan sedikit sebanyak karya dan latarbelakangnya.Walaubagaimanapun penerangan tersebut tidaklah perlu jauh ke dalam perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan budaya muzik yang diajar. Ensembel rekoder merupakan aktiviti permainan alat muzik secara berkumpulan. Aktiviti yang melibatkan kumpulan memerlukan banyak perancangan dan komitmen. Ini adalah untuk memastikan hasilnya mencapai objektif aktiviti yang telah dirancang. Banyak pihak yang terlibat iaitu pemimpin ensembel, ahli-ahli ensembel serta pihak yang terlibat dengan pentadbiran untuk menjayakan aktiviti yang melibatkan ensembel. Pemimpin perlu kewibawaan dalam memimpin kumpulan ensembel. Murid perlu dedikasi dan berusaha gigih berlatih serta menerima arahan pemimpin. Selain itu, murid dapat belajar cara berkomunikasi, respon terhadap kawan, mendengar setiap alat muzik yang dimainkan dalam ensembel rekoder serta memerhati persekitaran dengan penuh kepekaan.

Latihan yang berkesan merupakan perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah program muzik atau kumpulan muzik. Namun demikian ramai di kalangan guru tidak memahami prosedur dalam latihan. Prosedur latihan akan lebih jelas jika guru dapat menyediakan satu jadual terperinci berkaitan dengan prosedur dalam latihan. Prosedur yang disediakan secara reliti dapat membantu guru dalam menyediakan rancangan mengajar dengan lebih baik dan berkesan. Perancangan yang baik ini akan membantu dalam menyediakan segala keperluan termasuklah bahan-bahan dan peralatan dalam menyampaikan pengajaran. Pihak pentadbiran perlu menyediakan kemudahan untuk latihan atau persembahan. Kerjasama semua pihak yang terlibat akan menjamin kejayaan sesebuah kumpulan ensembel dalam menjalankan sesi latihan atau bila membuat persembahan. Bermain secara kumpulan memerlukan semua pemuzik mengawal alat instrument agar memberi kesan daripada aspek keseimbangan, kesepaduan, kawalan ton, serang dan lepas, dinamik, warna nada dan warna ton.Masalah-Masalah Am Ensembel Dalam sebuah kumpulan ensembel rekoder, terdapat ramai pelajar dan setiap pelajar mempunyai tahap kemahiran dan pengetahuan yang berbeza-beza. Berdasarkan fakta ini, sudah pasti guru perlu menghadapi pelbagai cabaran dan permasalahan semasa menjalani latihan secara ensembel rekoder.

Antara masalah yang kerap dihadapi oleh guru-guru muzik semasa latihan secara ensembel rekoder adalah seperti berikut:

1. Irama Yang Tidak Tepat

Irama yang tidak tepat berlaku disebabkan oleh murid kurang pendedahan pada irama yang dimainkan murid masih belum mahir dengan penjarian yang perlu dimainkan dan murid tidak mengikut tempo konduktor.

2. Murid Tidak Mengikut Tempo Konduktor

Salah satu sebab mengapa corak irama tidak dapat dimainkan dengan tepat adalah disebabkan oleh perbezaan tempo di kalangan para pemuzik dan konduktor. Oleh itu guru perlu melatih murid untuk member tumpuan kepada satu tempo sahaja iaitu tempo guru atau konduktor.3. Murid Kurang Pendedahan Pada Irama Yang Dimainkan

Masalah ini dapat diatasi jika latihan corak irama dimasukkan sebagai sebahagian dari prosedur latihan. Dengan cara ini, pelbagai corak latihan dapat diperkenalkan dari semasa ke semasa. Selain itu, corak irama untuk lagu yang ingin dimainkan itu seharusnya diperkenalkan semasa melakukan latihan corak irama sebelum lagu diperkenalkan. Secara tidak langsung murid akan mendapat pendedahan awal terhadap corak irama tersebut dan hanya perlu memberi tumpuan terhadap elemen lain seperti penjarian dan sebagainya.

4. Pic Yang Tidak Tepat

Masalah pic yang tidak tepat biasanya berkait rapat dengan pendengaran murid. Murid didapati tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada ketepatan bunyi yang dihasilkan dari alat muzik mereka. Ia berlaku apabila murid menghadapi masalah seperti penjarian yang lemah, peralatan rosak atau kurang berkualiti, kelemahan membaca notasi muzik serta tekanan emosi atau mental yang disebabkan oleh faktor persekitaran.

5. Murid Belum Mahir Dengan Penjarian

Cara paling berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memahirkan penjarian bagi setiap penjarian yang bermasalah. Ia perlu dilakukan dengan memperkenalkan penjarian tersebut secara satu demi satu dalam satu tempo yang perlahan. Mainkan setiap satu not menggunakan semibrif dan tingkatkan kepada jenis not yang mencabar sehingga murid dapat memainkan mengikut corak irama sebenar. Proses ini memerlukan latih tubi sehingga kemahiran penjarian terbentuk. Kemahiran ini hanya boleh dicapai apabila otot-otot berkaitan telah matang.

6. Intonasi Dan Kualiti Yang Kurang Baik

Masalah ini boleh berlaku apabila alat muzik tidak ditala dengan begitu baik sekali. Ini menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak tepat. Pic yang dihasilkan mungkin berbunyi sedikit rendah atau tinggi. Jika ini berlaku maka bunyi yang dihasilkan akan menyebabkan berlakunya masalah intonasi. Masalah ini juga boleh berlaku sekiranya ton yang dihasilkan oleh alat muzik itu tidak mencerminkan ton yang sewajarnya. Perkara seperti ini berlaku disebabkan oleh dua perkara utama iaitu pemain tidak meniup rekoder dengan teknik yang betul dan pemain muzik menggunakan alat muzik yang rosak atau tidak berkualiti. Guru perlu memberi pendedahan terhadap bunyi ton yang baik.

7. Pengfrasaan dan Ekspresi

Permasalahan utama yang menyumbangkan kepada kegagalan untuk menterjemahkan ekspresi adalah disebabkan oleh kurangnya latihan yang mengarahkan kepada kematangan melakukan ekspressi yang dikehendaki. Latihan untuk perkembangan ekspressi perlu dilakukan pada setiap harkali latihan bermula. Ia boleh diaplikasikan semasa melakukan pemanasan sebelum diaplikasikan pada lagu sebenar. Ekspresi hanya boleh dipertingkatkan apabila murid telah dapat menguasai semua teknik bermain alat muzik dan telah dapat mengatasi segala permasalahan asas. Ini membolehkan murid bermain dengan lebih yakin serta dapat pula menghayati permainan muzik mereka. Ekspresi sesebuah lagu dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya ialah kemahiran pemuzik, peralatan muzik, konduktor, tanda-tanda ekspressi pada skor lagu dan sebagainya.Pengfrasaan ditandakan dengan satu garisan yang menunujukkan pengfrasaan tersebut. Bahagian perlu dimainkan dengan licin tanpa putus. Untuk mengelakkan daripada kesan terputus, maka ia dimainkan dengan satu pernafasan bagi satu frasa. Permasalahan ini timbul apabila skor lagu tidak dilengkapi dengan tanda frasa. Jika tanda frasa tidak dilengkapkan maka guru perlu meletakkan tanda frasa tersebut. Keadaan ini timbul disebabkan oleh kecuaian guru dan murid mengesan frasa lagu. Pengfrasaan juga berkait rapat dengan tempat pernafasan di mana pemuzik alat tiupan mengambil kesempatan untuk mengambil nafas sebelum memulakan permainan mereka. Tanda pernafasan ini pada kebiasaannya terdapat pada penghujung setiap frasa. Ianya dapat membantu memastikan pemuzik tidak mengambil nafas pada tempat yang salah atau di tengah bahagian frasa. Pengfrasaan bagi setiap seksyen adalah berbeza.

Mengenal Pasti Masalah Ensembel Sendiri

Antara faedah yang diperolehi adalah sensitif terhadap rakan yang lain semasa latihan atau persembahan, berusaha menguasai proses belajar muzik dan memeberikan respon terhadap setiap aspek yang berkaitan, terlibat bersama rakan dalam kumpulan ensembel, bertukar-tukar pendapat anatara mereka, kolaborasi serta bertolak ansur terhadap segala maklumat semasa latihan. Ini akhirnya akan mencapai matlamat pembelajaran yang telah ditetapkan. Kebanyakan guru telah mula menunjukkan minat terhadap pembelajaran secara kumpulan. Murid telah menunujukkan minat dan merasa seronok bila terlibat dengan persembahan bersama-sama rakan-rakan. Mereka dapat membina banyak kemahiran yang diperlukan dalam muzik.

1. Kesedaran Kepada Gabungan Ton Antara Alat-Alat Lain Imbangan dalam muzik bolehlah dikaitkan dengan ensembel atau seksyenal. Ini bermakna masalah yang berlaku adalah dari imbangan bunyi dalam persembahan tersebut. Untuk memastikan aspek imbangan diambil berat dalam sesuatu persembahan, kita hendaklah memastikan setiap gubahan untuk bahagian tertentu dalam sesuatu seksyen itu hendaklah dimainkan dengan kadar imbangan yang dikehendaki berdasarkan skor atau kehendak penggubah. Kesedaran terhadap gabungan ton antara alat-alat lain bukan hanya dipengaruhi oleh ton bagi setiap seksyen instrument tetapi juga dipengaruhi oleh aspek seperti imbangan bunyi, adunan dan instrumensi. Konduktor hendaklah mendengar hasil gubahan yang dimainkan secara kumpulan atau menyeluruh.

1. Mengikut Arahan Pemimpin

Pemimpin sesuatu ensembel muzik inginkan ahli-ahli yang terlibat, dapat mencapai matlamat yang dikehendaki bagi sesuatu persembahan. Oleh itu, ahli-ahli kumpulan perlu mengikut arahan pemimpin. Pemimpin ensembel itu seorang guru atau murid dipilih oleh guru. Perkara yang selalu ditekankan oleh seorang pemimpin adalah:

2.1 Berusaha Menguasai Kemahiran Latihan

Pemimpin akan memberikan peluang kepada ahlinya berbincang dan memberikan pendapat tentang persembahan. Ini membolehkan murid bersikap lebih kritikal dan merasakan bahawa hasil perbincangan tersebut adalah milik mereka. Selain itu, ia akan meningkatkan motivasi mereka terhadap setiap aspek penglibatan dalam kumpulan persembahan. Hasil perbincangan yang berkesan oleh guru akan mewujudkan keadaan di mana murid memahami tentang aspek lisan, kognitif, muzikal, persembahan dan kemahiran teknikal. Ahli-ahli juga diberi peluang untuk menjelaskan kesungguhan penglibatan mereka dalam kumpulan. Ini akan pasti mempengaruhi prsetasi permainan yang ditunjukkan serta menjadikan murid lebih berdikari.

2.2 Disiplin

Boleh dikaitkan dengan sikap murid dalam menyumbangkan kepada kelicinan sesuatu sesi latihan atau persembahan iaitu bagaimana interaksinya terhadap rakan-rakan. Ketepatan masa ketika menghadiri latihan. Selain itu, disiplin juga boleh dikaitkan dengan kesungguhan murid mencapai kejayaan sebagai anggota atau pemuzik dalam menghasilkan persembahan yang bermutu. Dia perlu berusaha untuk bermain secara yang tepat dari aspek seperti pic, irama, dinamik dan ton.

3. Kesedaran Kepada Penghasilan Ton Dalan Bahagian Pemain

Dalam sesuatu persembahan sama ada dalam bentuk ensembel mahupun secara individu, sesuatu instrument akan jelas memainkan fungsi bagi menonjolkan kualiti ton yang mana dapat menggambarkan perasaan atau mud bagi sesuatu gubahan. Ada kalanya disebabkan kurangnya kepakaran, kemahiran dan latihan yang mencukupi, maka fungsi instrumen itu tidak dapat menghasilkan karakter ton yang sepatutnya. Untuk menghasilkan sesuatu gubahan, seseorang komposer perlu mengambil kira tahap kepantasan sesuatu instrument dalam menghasilkan ton. Ton adalah merujuk kepada kualiti karakter sesuatu instrument. Contohnya clarinet ton bunyinya adalah gelap dan kaya untuk not pada registernya yang rendah, cerah, terang serta nyaring dan lantang untuk registernya yang tinggi mengikut Roger Kimien:2002. Selain itu, ciri lain yang dapat menjelaskan konsep ton adalah peranan, reed, mouthpiece, embouchure dan kawalan pernafasan dalan menghasilkan ton. Jika ini berlaku dengan baik, maka karakter kualiti ton itu jelaslah dapat ditonjolkan. Sesuatu instrumen itu menghasilkan kualiti yang dikehendaki dalam memainkan instrumen tersebut.

Masalah Individu dan Kumpulan1. Individu Diberi Latihan Tambahan Untuk Membaiki Kelemahan

Bantu murid mengatasi masalah mereka dengan sebaik mungkin walaupun ia merupakan masalah peribadi. Ada kalanya masalah yang dihadapi oleh murid menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran dan ini termasuklah tumpuan semasa latihan muzik. Individu yang dikesan memberikan masalah kepada ensembel perlu diberi perhatian selepas sesi latihan. Murid ini perlu didekati agar guru dapat memahami masalah sebenar yang dihadapinya. Permasalah yang dihadapi juga boleh diserahkan pada guru yang lebih arif tentang masalah yang dihadapi oleh murid tersebut misalnya, guru kaunseling dan guru disiplin. Jika ia berkaitan dengan masalah muzikal sahaja, guru perlu mencari punca kepada timbulnya masalah tersebut serta memberikan tumpuan dengan memberikan teguran yang membina serta tunjuk cara dengan lebih berfokus dan jelas.

2. Individu Diberi Perhatian Selepas Sesi Latihan Kenal pasti permasalahan yang dihadapi serta berikan mereka bimbingan serta bahan-bahan yang diperlukan. Berikan galakan serta motivasi agar mereka akan berusaha dan bersedia pada latihan yang akan datang. Luangkan sedikit masa untuk memberikan tunjuk ajar secara individu. Aktiviti ini dilakukan sebagai kesinambungan pada hasil pemerhatian semasa latihan dijalankan. Guru perlu dapat mengesan murid yang memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar yang lebih. Selain itu, tingkatkan rasa tanggungjawab murid terhadap ensembel. Murid yang dikesan memiliki kemahiran serta mempunyai komitmen yang tinggi boleh diminta memainkan peranan untuk membantu murid yang lemah.

3. Murid Memainkan Bahagian Yang Salah Secara Satu Demi Satu

Murid perlu diberi peluang untuk menceritakan permasalahan mereka kerana mereka lebih tahu permasalahan yang mereka alami sendiri. Cara akan membantu membawa terus kepada permasalahan yang dihadapi dan akan memudahkan guru untuk bertindak menyelesaikan permasalahan yang timbul.Pemerhatian kepada individu perlu dilakukan secara menyeluruh dari segala aspek yang merangkumi aspek-aspek seperti postur, embaucher, teknik pernafasan serta aspek-aspek muzikal seperti artikulasi, dinamik dan sebagainya.

Cadangan Mengatasi Masalah1. Menunjuk Cara

Kaedah ini digunakan untuk menjelaskan teknik permainan yang biasanya berkaitan dengan artikulasi seperti bermain secara legato, slur, stakati dan sebagainya. Ia juga digunakan untuk memberi kefahaman secara langsung berkaitan dengan ekspresi seperti bermain secara kuat, lembut, ansur kuat, ansur lembut dan sebagainya. Tunjuk cara bertujuan untuk memberi penjelasan yang lebih baik secara amali. Oleh itu, pastikan tunjuka cara itu dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid.

2. Memberi Analogi Atau Bayangan Kematangan pendengaran ini hanya boleh diperolehi melalui pengalaman atau latihan yang berterusan. Percubaan boleh dibuat dengan memberikan fokus kepada salah satu elemen muzik sahaja seperti corak irama. Keupayaan mengecam masalah yang timbul merupakan salah satu faktor penting bagi menangani masalah yang dihadapi. Ia boleh dilakukan dengan melatih diri memfokus pendengaran kepada elemen muzik seperti harmoni, tuning, pic, tempo, ton, keseimbangan bunyi, melodi, not, artikulasi, frasa dan sebagainya.

3. Mengecam Permasalahan

Guru perlu menyampaikannya dengan penuh perasaan dengan disertai ekspresi wajah, nada suara dan gerakan yang sesuai sehingga dapat membawa pelajar kepada apa yang digambarkan dengan sejelas-jelasnya. Penerangan secara bayangan ini amat diperlukan agar murid dapat menggambarkan serta menghayati apa yang cuba disampaikan.

Penilaian Ensembel Penilaian adalah penting dalam ensembel. Daripada lima jenis penilaian, yang paling bernilai adalah penilaian tulen. Seseorang pendidik muzik menilai para pelajar atas keupayaan mereka mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam kehidupan seharian. Ujian ayang dijalankan dari masa ke semasa bukan merupakan penanda aras terbaik terhadap kemampuan pelajar-pelajar mengaplikasi pengetahuan. Walaubagaimanapun, penilaian secara formal merupakan cara berkesan untuk menentukan samada sesuatu topik atau subjek perlu diulangkaji jika sebahagian besar pelajar menghadapi kesukaran menjawab soalan-soalan ujian tersebut. Oleh kerana pihak pendidik muzik sewajarnya menonjolkan keupayaan para pelajar mereka menerusi konsert dan festival muzik agar bakat dan kemahiran mereka dapat dipertontonkan kepada umum, kaum keluarga, sahabat handai dan peminat-peminat setia mereka. Muzik perlu menjadi sebahagian daripada kehidupan individu. Tidak ada had terhadap apa yang sedang dipelajari ataupun bakal dipelajari oleh seseorang individu. Pendidikan muzik di sekolah berupaya membawa peluang ini kepada para pelajar. Hanya pendidik muzik yang komited sahaja yang berkemampuan merealisasikan impian luhur dan murni ini. Keberkesasan pengajaran dan pembelajaran muzik bergantung kepada sejauh mana peranan yang dimainkan oleh seseorang pendidik muzik. Kalau ini berjaya dilakukan, para pelajar dapat mengoptimumkan pembelajaran dan mereka akan merasai kelebihan dan kepentingan muzik di dalam kehidupan seharian dan masa depan pendidikan muzik akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.1. Pengfrasaan dan ekspresi

Pengfarasaan biasanya dimainkan secara bersambung. Guru perlu menekankan perlu menekankan perkara berikut agar hasil persembahan akan lebih licin. Jika tanda frasa tidak diberi atau tidak jelas maka guru haruslah dapat menentukan frasa ini bersama- sama dengan murid. Gunakan warna tertentu tertentu atau tanda tertentu untuk menandakan frasa dan pastikan semua murid menandakannya. Guru perlu membuat teguran jika terdapat kumpulan atau individu yang tidak mengaplikasikannya dengan betul. Ia bertujuan menghalang murid daripada melakukan kesilapan yang berulang sehingga menjadi kebiasaan yang sukar dibendung.

2. Perubahan dinamik

Kemahiran pemuzik mempengaruhi kesan dinamik. Pemain yang mahir dapat memberikan kesan dinamik yang luas berbanding mereka yang kurang mahir. Ini adalah disebabkan oleh kematangan mereka dalam bermain alat muzik tersebut. Pemain yang mahir dapat melontarkan bunyi yang kuat tanpa mengorbankan kualiti ton. Sebaliknya mereka yang kurang mahir tidak mampu yang melakukannya. Ini menyebabkan kesan dinamik yang dipersembahkan amat terhad. Kematangan ini terhasil melalui pengalaman dan latihan berterusan yang telah membentuk konsep serta teknik yang kukuh dalam diri pemain.

3. Keseimbangan dan penggabungan

Penggabungan biasanya dilakukan selepas tamat latihan secara seksyen. Kerja guru menjadi lebih mudah jika latihan secara seksyen dilaksanakan dengan baik. Tugas utama guru ketika ini ialah untuk menyeragamkan kumpulan tersebut dari pelbagai aspek muzikal. Antara aspek yang perlu diperhatikan ialah penalaan bunyi dan penggabungan dan keseimbangan secara menyeluruh.4. Irama dan pic yang tepat

Analisa nilai bagi corak irama tersebut agar murid faham dari segi teorinya. Perkenalkan corak irama bahagian demi bahagian. Misalnya bar demi bar dengan menggunakan tempo yang lambat dan lajukan tempo apabila kemajuan telah dicapai. Proses ini perlu diulang sehingga murid dapat menguasainya secara praktikal.

5. Intonasi dan kualiti ton suara

Intonasi terdiri daripada beberapa faktor seperti berikut:

5.1 Teknik pernafasan yang betul

5.2 Emboucher yang betul

5.3 Penalaan alat muzik yang tepat

5.4 Peralatan muzik yang baik

5.5 Notasi atau pic yang dihasilkan

6. Sebutan

Sebutan jelas dapat dihasilkan hanya apabila murid telah menguasai teknik pernafasan yang betul. Ini membolehkan murid melontarkan suara dengan lebih kuat dan jelas. Semasa membuat latihan pernafasan pelbagaikan sebutan menggunakan suku kata yang berbeza. Tekanan serta saluran udara perlu dikawal apabila menyanyikan not tinggi agar bunyinya tidak seperti terjerit.

7. Mula dan akhir

Ketepatan mengeluarkan bunyi pada masa yang tepat dan ketepatan masa untuk menghilangkan bunyi atau berhenti. Ia mudah dilakukan secara solo tetapi pada hakikatnya agak sukar dilakukan oleh sebuah ensembel yang besar. Masalah ini akan terus berlaku jika murid menggunakan tempo sendiri semasa bermain muzik. Oleh itu, guru perlu melatih murid menggunakan metronome atau melatih mereka untuk bermain dengan berpandukan pada satu tempo sahaja. Jangan benarkan murid menghentak kaki semasa bermain muzik sebaliknya mereka perlu melihat konduktor sebagai panduan utama.

Penutup

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran juga berupaya memperoleh kelebihan jika mempelajari muzik walaupun seketika. Pelajar-pelajar yang memerlukan tumpuan istimewa berupaya memanfaatkan muzik dalam pelbagai cara. Menerusi muzik mereka dapat berinteraksi secara perasaan dengan orang lain. Pelajar-pelajar istimewa juga berupaya membantu orang lain memahami mereka melalui muzik yang dimainkan secara berpasukan. Mereka yang terlibat pula mestilah memperlihatkan sifat keterbukaan dan memahami bagaimana memanfaatkan muzik sebagai medium perhubungan. Tidak semua orang berkemampuan menarik minat pelbagai lapisan masyarakat terhadap muzik dan berupaya mengajarnya di tahap yang boleh diterima ramai. Oleh kerana itu pendidik muzik wajarlah komited terhadap tugas, berupaya melibatkan komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran dan sentiasa bersikap aktif terhadap program yang dianjurkan kerana ia membantu membawa situasi-situasi positif yang berlainan ke dalam program. Sesebuah program muzik akan menemui kegagalan tanpa kerjasama para pelajar dan ibubapa. Oleh itu para pendidik muzik wajar bersiap sedia membina sahsiah diri agar dapat memperoleh kerjasama erat di kalangan ibubapa dan para pelajar supaya program yang dibina menemui kejayaan yang cemerlang. Selain daripada mempelajari muzik budaya lain, setiap pelajar seharusnya diberikan peluang mengalami muzik secara terbuka. Di sekolah, para pelajar diwajibkan mempelajari matematik dan sains kerana kedua-dua subjek tersebut amat penting dalam kehidupan seharian. Jikalau perkara yang sama tidak dilakukan terhadap muzik, itu bermakna pelajar-pelajar ini telah dinafikan sesuatu perkara asas yang merupakan rutin kehidupan. Segelintir masyarakat mungkin beranggapan bahawa muzik adalah hanya pengetahuan am yang mudah didapati dalam kehidupan seharian dan pelajar-pelajar tidak perlu menerokanya di dalam situasi kelas.

Seorang pendidik muzik mestilah berfikiran terbuka dan memahami bahawa terdapat kepelbagaian genre dan peringkat muzik yang diminati oleh para pelajar dan juga sikap-sikap tertentu di kalangan mereka yang bakal memberi impak kepada pembelajaran. Oleh kerana itu semasa menilai para pelajar tersebut, pendidik muzik harus akur terhadap tahap penerimaan pembelajaran mereka kerana kepada sebahagian besar pelajar-pelajar berkenaan muzik hanyalah sebagai salah satu cara melepaskan ketegangan dan bersantai.Words: 2,963Rujukan

Glover, J. & Ward, S. (1998). Teaching music in the primary school (2nd ed.). New York:Gassell.

Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th ed.). New York: McGraw-Hill Companies, Inc

Taylor, Eric (1989). The AB Guide to Music Theory. London: The Assaciated Board of the Royal Schools of Music.

Winslow, R. W., (2001). Music skill for classroom teachers. New York: McGraw-Hill Higher Education

Lisk, S. E. (1996). Intangibles of Musical Perfomance: The Creative Director. Florida. Meredith Music Publication

Wise, P. C. (1996). So Youre The New Band Director: Now What? Oskaloosa, Iowa, USA: C.L Barnhouse Company

http://id.wikipedia.org/wiki/Instrumen_musik_perkusihttp://syaharimanhamid.blogspot.com/2009/09/matlamat-bermain-alat-perkusi_28.html

http://tabuhemas.com/APM3Unit7.pdf