Tugasan Individu

2
Tugasan Individu Ulasan buku: Proses Kognisi dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interprestasi Soalan 1: Ulaskan gabungan proses kognisi dan afeksi Kognisi atau intelektual berkait rapat dengan informasi yang diperoleh, ditukar, disimpan, dicungkil dan diguna pakai (Lahey, 2009). Ia juga merupakan satu proses yang menterjemahkan keadaan sekeliling kepada sesuatu yang boleh difahami melalui kognisi. Apabila informasi diperlukan, informasi akan dicungkil dan diguna pakai pada masa yang diperlukan. Informasi tidak akan bermakna jika informasi yang disimpan tidak dapat dicungkil pada masa yang diperlukan. Jadi setiap proses kognisi saling berhubung antara satu dengan lain. Menurut Goldstein (2011),kognisi merujuk kepada dua fungsi, iaitu apa yang dilakukan oleh minda seperti persepsi,focus dan memori. Ini menggambarkan minda merupakan pusat utama dalam menentukan kemampuan mental manusia dalam pelbagai aktiviti. Fungsi kedua ialah bagaimana minda memproses aktiviti-aktiviti mental. Minda dilihat sebagai satu system yang mencipta gambaran dunia luar bagi membolehkan manusia bertindak untuk mencapai matlamat hidup. Beberapa aspek yang dikemukakan oleh Lahey (2009) ialah melibatkan pemprosesan maklumat penting untuk memberi makna kepada apa yang dilihat, rasa dan buat. Aspek kedua merupakan suatu proses yang aktif melalui pancaindera

description

tugasan lama

Transcript of Tugasan Individu

Page 1: Tugasan Individu

Tugasan Individu

Ulasan buku: Proses Kognisi dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interprestasi

Soalan 1: Ulaskan gabungan proses kognisi dan afeksi

Kognisi atau intelektual berkait rapat dengan informasi yang diperoleh, ditukar,

disimpan, dicungkil dan diguna pakai (Lahey, 2009). Ia juga merupakan satu proses yang

menterjemahkan keadaan sekeliling kepada sesuatu yang boleh difahami melalui kognisi.

Apabila informasi diperlukan, informasi akan dicungkil dan diguna pakai pada masa yang

diperlukan. Informasi tidak akan bermakna jika informasi yang disimpan tidak dapat dicungkil

pada masa yang diperlukan. Jadi setiap proses kognisi saling berhubung antara satu dengan lain.

Menurut Goldstein (2011),kognisi merujuk kepada dua fungsi, iaitu apa yang dilakukan

oleh minda seperti persepsi,focus dan memori. Ini menggambarkan minda merupakan pusat

utama dalam menentukan kemampuan mental manusia dalam pelbagai aktiviti. Fungsi kedua

ialah bagaimana minda memproses aktiviti-aktiviti mental. Minda dilihat sebagai satu system

yang mencipta gambaran dunia luar bagi membolehkan manusia bertindak untuk mencapai

matlamat hidup. Beberapa aspek yang dikemukakan oleh Lahey (2009) ialah melibatkan

pemprosesan maklumat penting untuk memberi makna kepada apa yang dilihat, rasa dan buat.

Aspek kedua merupakan suatu proses yang aktif melalui pancaindera