21st Century Learning Design 2016 · Web viewtidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma,...

8
21st Century Learning Design 2016 Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Kesihatan Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Kelas 4 Cekal Tarikh 16/5/2016 Tema Pengurusan mental dan emosi tajuk Hidup Sihat Tanpa Penyakit Masa 9.00-10.00 pagi (60 minit) Standard kandungan 3.1 mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian. Standard pembelajaran 3.1.1 Menyatakan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. 3.1.2 Mengenalpasti simptom dan tanda penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. 3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidak berjangkit sekiranya tidak dikawal. 3.1.4 Menjelaskan cara mencegah penyakit tidak berjangkit. Set Induksi (5 minit) Guru menunjukkan sebuah poster dengan gambar beberapa jenis penyakit tidak berjangkit. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar poster tersebut.

Transcript of 21st Century Learning Design 2016 · Web viewtidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma,...

Page 1: 21st Century Learning Design 2016 · Web viewtidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. 3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidak berjangkit

21st Century Learning Design 2016

Rancangan Pelajaran HarianPendidikan Kesihatan

Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Kelas 4 CekalTarikh 16/5/2016Tema Pengurusan mental dan emositajuk Hidup Sihat Tanpa PenyakitMasa 9.00-10.00 pagi (60 minit)Standard kandungan 3.1 mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta

mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian.Standard pembelajaran 3.1.1 Menyatakan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit

jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes.

3.1.2 Mengenalpasti simptom dan tanda penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes.

3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidak berjangkit sekiranya tidak dikawal.

3.1.4 Menjelaskan cara mencegah penyakit tidak berjangkit.

Set Induksi(5 minit)

Guru menunjukkan sebuah poster dengan gambar beberapa jenis penyakit tidak berjangkit.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar poster tersebut.

1. Gambar apakah yang murid-murid dapat lihat di poster ini?- Orang sakit, gambar buah pinggang dan jantung yang tidak sihat.- Jawapan lain yang berkaitan dengan poster tersebut.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran( 50 minit)(Langkah 1)15 minit

Aktiviti:1) Guru memberi penerangan tentang topik pembelajaran

pada hari ini.

2) Murid diminta membaca dan merujuk buku teks masing-masing.

3) Sesi perbincangan dan soaljawab guru dengan murid.

4) Murid diminta menyatakan dan menyenaraikan:

i. Beberapa contoh penyakit tidak berjangkit yang mereka faham melalui pembacaan mereka.

Page 2: 21st Century Learning Design 2016 · Web viewtidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. 3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidak berjangkit

21st Century Learning Design 2016

(Langkah 2)25 minit

(Langkah 3)10 minit

ii. Simpton-simpton dan tanda-tanda penyakit.iii. Kesan-kesan penyakit sekiranya tidak terkawal.iv. Cara mencegah penyakit tidak berjangkit.

5) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

6) Guru mengedarkan kertas kosong untuk aktiviti seterusnya.

7) Murid diminta menghasilkan risalah berkaitan penyakit tidak berjangkit.

8) Murid duduk dalam kumpulan dan berkumpul untuk berbincang sesama mereka bagi pembahagian tugas menghasilkan risalah secara draf.

9) Murid dibenarkan untuk pergi ke bilik ict untuk mengumpul dan mencari maklumat menggunakan internet (murid membuat slide presentation dan kemasan pada risalah mereka di rumah)

10) Murid mengikut kumpulan masing-masing diminta membentangkan secara ringkas tentang penyakit tidak berjangkit yang mereka pilih.

Penutup(5 minit) - Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini dan menerapkan nilai-nilai murni dalam PdP.

Elemen merentas kurikulum (EMK)

Keusahawanan- BekerjasamaTMK

Bahan Bantu Mengajar Poster, kertas A4, pen marker, buku teks, buku aktiviti, ICT.

Refleksi 38/38 orang murid terlibat secara aktif dalam sesi PdP bagi memahami topik yang dibincangkan. Murid dapat mengetahui jenis-jenis penyakit tidak berjangkit, simptom dan tanda penyakit, kesan dan cara pencegahan. Murid membuat tugasan yang diberikan oleh guru dalam kumpulan. Walaubagaimanapun murid juga diberikan masa selama seminggu bagi menghasilkan risalah dan slide presentation yang lebih kemas dan berinformasi. Sesi PdP akan disambung pada pelajaran akan datang.

Page 3: 21st Century Learning Design 2016 · Web viewtidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. 3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidak berjangkit

21st Century Learning Design 2016

Hasil kerja murid

Page 4: 21st Century Learning Design 2016 · Web viewtidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. 3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidak berjangkit

21st Century Learning Design 2016

1. Name of learning

2. What did you hope your students would learn from this learning activity?

3. Did you have learning goals from more than one discipline (for example, literature and history) for this learning activity?

Hidup Sihat Tanpa Penyakit (Penyakit Tidak Berjangkit)

10 tahun

Murid mencari maklumat tentang penyakit tidak berjangkit melalui media massa.

Murid dapat mempraktikkan cara mencegah penyakit tidak berjangkit.

Menyebar luas maklumat berkaitan penyakit tidak berjangkit dan cara pencegahannya kepada orang lain.

Ya, murid mempunyai matlamat pembelajaran masing-masing dalam subjek pendidikan kesihatan dan juga subjek teknologi maklumat dan komunikasi.

Dalam subjek pendidikan kesihatan murid dapat berkongsi maklumat dan dapat mempraktikan cara mencegah penyakit tidak berjangkit melalui dapatan maklumat yang dicari melalui media massa dan perkongsian maklumat dari ahli keluarga.

Dalam subjek Teknologi maklumat dan komunikasi, murid dapat mengaplikasikan penggunaan ict dalam menghasilkan risalah dan juga slide presentation yang ringkas berkaitan dengan penyakit tidak berjangkit tentang cara pencegahan untuk disebarkan kepada orang lain.

Page 5: 21st Century Learning Design 2016 · Web viewtidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. 3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidak berjangkit

21st Century Learning Design 2016

4. Were students required to work in pairs or as a group on any part of this learning activity?

Working in groups was required. Please describe below the work that students did together.

5. Were students allowed to work with technology (ICT) such as computers or digital cameras for any part of this learning activity? Please describe.

Students were required to use technology for this activity

6. What criteria did you use to judge the quality of students' work on this learning activity?Were students aware of the criteria in advance of completing the learning activity?

7. How long did the learning activity take?

Ya, murid berkerjasama dalam kumpulan. Murid diminta mencari maklumat melalui media massa dan juga melalui perkongisian maklumat dengan ahli keluarga. Pembahagian tugas di antara ahli memudahkan murid mendapatkan dan mengumpulkan maklumat dengan cepat. Selain itu, murid juga melakukan tugasan secara berkumpulan dalam menyebarkan maklumat berkaitan topik yang dibincang melalui penghasilan risalah dan juga slide presentation.

Ya, murid menggunakan ict untuk mencari maklumat tentang penyakit berjangkit, cara mencegah dan penghasilan risalah dan slide presentation.

Saya menilai murid berdasarkan hasil kerjasama setiap ahli kumpulan, ketepatan isi kandungan maklumat yang disampaikan dan juga pembentangan kumpulan.

Required one week or more to complete

Page 6: 21st Century Learning Design 2016 · Web viewtidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. 3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidak berjangkit

21st Century Learning Design 2016

8. What verbal instructions did you give to students?

9. Is there any other information you would like to include to help another educator using this learning activity be successful?

Nama Guru : Pn. Noreldah Binti MahilNama Sekolah : Srk. St. Agnes , Likas

Hasil tugasan murid haruslah dibentangkan dan isi kandungan ataupun maklumat dalam risalah juga mestilah daripada sumber yang betul dan boleh dipercayai. Kandungan risalah mereka mestilah menerangkan tentang jenis penyakit yang dipilih, simpton-simpton dan tanda-tanda penyakit, kesan penyakit tidak berjangkit jika tidak terkawal dan cara pencegahannya. Selain itu, gambar-gambar dan carta-carta yang berkaitan juga boleh dimasukkan dalam risalah tersebut sebagai menyokong dan bukti kebolehpercayaan isi kandungan risalah tersebut.

Guru perlu membimbing murid dalam mencari/mendapatkan maklumat yang betul dan tepat. Murid juga perlu diterangkan tentang kriteria-kriteria penilaian yang perlu sepanjang menyiapkan tugasan mereka.