Pendekatan Kaedah Inkuiri Penemuan Dapat Meningkatkan Pemahaman Murid Tahun 5 Berkaitan Tajuk...

10
PENDEKATAN KAEDAH PROJEK MEMBUAT PETA MINDA DAPAT MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TAHUN 5 BERKAITAN TAJUK CARA HAIWAN LINDUNGI DIRI DARI MUSUH DAN CUACA YANG MELAMPAU NAMA: ROSMAHIZA RAMLI NAMA INSTITUT : IPG KAPUS DATO RAZALI ISMAIL TUTOR PENYELIA EN. WAN MAZLAN BIN Proposal kajian yang dikemukakan ini adalah untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) Dengan Kepujian JABATAN SAINS IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL 2015

description

keadaan bahan

Transcript of Pendekatan Kaedah Inkuiri Penemuan Dapat Meningkatkan Pemahaman Murid Tahun 5 Berkaitan Tajuk...

PENDEKATAN KAEDAH PROJEK MEMBUAT PETA MINDA DAPAT MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TAHUN 5 BERKAITAN TAJUK CARA HAIWAN LINDUNGI DIRI DARI MUSUH DAN CUACA YANG MELAMPAUNAMA: ROSMAHIZA RAMLINAMA INSTITUT : IPG KAPUS DATO RAZALI ISMAILTUTOR PENYELIA

EN. WAN MAZLAN BIN Proposal kajian yang dikemukakan ini adalah untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) Dengan Kepujian

JABATAN SAINS

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

2015

PENDAHULUAN

Menurut Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 Sains Tahun 5 (2014) pembelajaran sains adalah bertujuan untuk meransang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia sekeliling mereka. Ia juga bertujuan menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahairan saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, member kefahaman tentang fakta dan konsep sains dan membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dalam standard prestasi Sains Tahun 5, murid perlu menjelas dengan contoh ciri dan tingkahlaku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau..Setelah membuat renungan kendiri, saya dapati murid-murid Tahun 5 Mujahid Sekolah Kebangsaan Paka II masih tidak dapat menjawab soalan dengan betul tentang ciri-ciri khas dan tingkah laku haiwan.. Saya merasakan kaedah projek sangat sesuai untuk mengatasi masalah ini.. Menurut Mok Soon Sang (2008), pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran di mana guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Guru akan memberikan arahan serta penjelasan tentang projek yang agak kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan. Murid pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta dengan melakukan sedikit kajian. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui Internet atau menghasilkan projek menggunakan perisian komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik dan hasilnya akan memberi makna kepada mereka. Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lau, pengkaji mendapati bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancer dengan menunujukkan contoh-contoh haiwan yang terdapat dalam buku teks kerana gambar yang terdapat dalam buku teks terang dan jelas. Tetapi sewaktu saya membuat latihan dengan meminta murid membuat pengelasan haiwan mengikut ciri dan tingkah laku khas haiwan, murid-murid masih keliru dan tidak dapat menjawab dengan tepat. Saya membuat pemerhatian kelas 5 Mujahid iaitu kelas murid sederhana.Hasil pemerhatian saya juga, didapati murid Tahun 5 Mujahid tidak dapat menjawab dengan tepat soalan mengisi tempat kosong, kuiz dan soalan objektif yang telah saya jalankan. Mereka masih keliru tentang ciri-ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk lindungi diri dari musuh dan cuaca yang melampau.

Saya telah membentuk beberapa kumpulan dan memberikan beberapa nama haiwan dan minta mereka kelaskan mengikut ciri-ciri khas dan tingkahlaku untuk lindungi diri dari musuh. Selepas itu barulah untuk lindungi diri dari cuaca melampau iaitu terlampau sejuk dan terlampau panas. Terdapat murid yang tidak dapat membuat pengelasan dengan tepat. Saya telah meminta mereka merujuk semula buku teks dan meminta mereka menyalin semula di dalam buku nota mereka dengan harapan mereka dapat mengingatinya. Selepas itu saya menyoal mereka secara spontan dan hanya terdapat peningkatan dari segi bilangan murid yang dapat menjawab soalan tersebut.

Saya dapati, murid-murid 5 Mujahid tidak dapat tumpukan perhatian sewaktu proses PdP kerana factor masa. Masa untuk mengajar sains kelas mereka adalah selepas rehat. Saya juga dapat mengesan fakktor yang menjadikan mereka tidak minat sains adalah kerana kurang member tumpuan sewaktu saya mengajar. Mereka kelihatan berkhayal dan kadang-kadang bercakap sewaktu sesi PdP berlaku. Saya mencadangkan kaedah projek untuk menarik minat dan memberi pemahaman yang lebih terhadap tajuk ini. Ini kerana sukatan terbaru KSSR memerlukan murid dapat menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir aras tinggi.

Saya telah merujuk kepada model pembelajaran berasaskan projek yang diperkenalkan oleh Merill (1991). Terdapat lima langkah dalam model Merill untuk melaksakan projek. Antara langkah -langkahnya adalah:

1. Menentukan tajuk

2.Perancangan pelaksaan projek

3.Pembinaan jadual dan penentuan prosedur projek

4.Pembimbingan

5.Penilaian dan reflexPada awalnya saya merasa kecewa kerana murid kurang member perhatian sewaktu saya mengajar didalam kelas dan tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Namun sebenarnya saya harus mengubah kaedah saya mengajar untuk menarik minat mereka. Saya akan meminta murid membuat projek membuat peta minda.SOROTAN LITERITUREProfessor William Kilpatrick (1871- 1965) dlm Sharani (2007) telah memperkenalkan kaedah projek ini. Kaedah projek ini diperkenalkan berlandaskan teori pembelajaran yang menyatakan bahawa hasil pembelajaran pelajar akan menjadi lebih berkesan jika pelajar sering bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Melalui kaedah ini, pelajar akan memerhati satu situasi yang sebenar untuk mendapatkan hasil. Di samping itu, kaedah ini boleh meningkatkan penglibat pelajar dan secara langsung mengembangkan kemahiran yang ada pada pelajar yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah lain. Dalam satu pengajaran yang dilaksanakan dengan kaedah projek secara langsung memberi kelebihan kepada pelajar. Menerusi kaedah projek ini, pengetahuan dan kemahiran projek yang dipelajari secara langsung dapat digunakan dalam situasi sebenar. Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan darisekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabangkecil ini sebagai huraiannya.

Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar:

(i) Mencatat nota dengan mudah.

(ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.

(iii) Mengingat sesuatu dengan mudah.

(iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013, salah satu cirri yang perlu ada pada seorang murid untuk bersaing diperingkat global adalah mempunyai kemahiran berfikir. Salah satu cara untuk mengajar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah melalui pembelajaran berasaskan projek dan menggunakan alat berfikir. Salah satu alat berfikir adalah peta minda.Menurut NS Rajendra 2001, KBAT ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru (Onosko dan Newmann,1994). Dalam situasi ini seseorang perlulah memahami, menterjemah, menganalisis, dan memanipulasikan maklumat. Ini adalah penting kerana sesuatu persoalan yang perlu dijawab atau masalah yang perlu diselesaikan tidak boleh diselesaikan menggunakan pendekatan rutin. maklumat secara kritis, membuat inferens, dan membuat generalisasi. Mereka juga akan menghasilkan komunikasi asli, membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mencipta , menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan seharian, menilai idea, melahirkan pendapat, membuat pilihan dan membuat keputusan.Kajian ini berharap dapat menarik minat murid memberi lebih kefahaman terhadap tajuk ciri-ciri dan tingkah laku haiwan untuk lindungi diri dari musuh dan cuaca melampau. Menurut Ee Ah Meng (1995), berfikir merupakan segala aktiviti mental yang dialami seseorang ketika dia cuba memahami sesuatu dan membentuk konsep. Sekiranya seseorang individu dapat menyelesaikan masalah yang rumit, melakukan pemikiran kritis dan menghasilkan karya yang baik, dia dikatakan mempunyai daya berfikir yang tinggi.

Menurut Teori Pelaziman Klasik Pavlov, pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Ransangan itu boleh juga dikaitkan dengan satu ransangan lain untuk mendatangkan pembelajaran, contohnya seorang guru mewwujudkan suasana pengajaran daan pembelajaran menyeronokkan. Oleh itu, murid berkenaan pun mempunyai keinginan untuk kesekolah daan menarik minat murid untuk belajar sains.TINJAUAN AWAL MASALAH

DI

Di dapati 15 daripada 30 orang murid Tahun 5 Mujahid tidak dapat membuat pengelasan dengan betul walaupun diberi nama-nama haiwan. Mereka tidak dapat menyenaraikan cirri-ciri dan tingkah laku khas haiwan. Pengkaji telah memberikan boring pengelasan kosong dan murid telah diminta untuk mengisi ruangan kosong.

Pengkaji juga telah mengadakan kuiz dan telah memberikan soalan supaya murid menjawab nama haiwan, ciri khas dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri dari musuh dan cuaca melampau.