Penilaian Kemahiran Membaca

10
KEMAHIRAN MEMBACA Topik 10: Penilaian Kemahiran Membaca Mengenal Pasti Idea Keseluruhan Mengesan Idea Utama dan Idea Sokongan Membuat Ramalan/Kesimpulan Pembinaan Instrumen Penilaian.

description

membaca

Transcript of Penilaian Kemahiran Membaca

Page 1: Penilaian Kemahiran Membaca

KEMAHIRAN MEMBACATopik 10:

Penilaian Kemahiran Membaca

Mengenal Pasti Idea Keseluruhan

Mengesan Idea Utama dan Idea Sokongan

Membuat Ramalan/Kesimpulan

Pembinaan Instrumen Penilaian.

Page 2: Penilaian Kemahiran Membaca

Penilaian ialah suatu kaedah bagaimana seseorang guru boleh mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajarannya.

Dalam konteks pengajaran kemahiran membaca,penilaian akan menjadi landasan terhadap kaedah,pendekatan dan teknik pengajaran yang digunakan.

Dalam hal ini, perbincangan meliputi persoalan tentang tujuan, aspek dan pentadbiran dalam penilaian, bentuk-bentuk penilaian, dan kriteria soalan-soalan kefahaman.

Page 3: Penilaian Kemahiran Membaca

Tujuan ,Aspek dan pentadbiran penilaian

Penilaian ialah satu aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu suatu kaedah bagaimana kemajuan atau kelemahan sesuatu kemahiran yang diajarkan itu dikenal pasti.

Dalam konteks kemahiran membaca, penilaian bertujuan untuk menguji sejauh mana pembaca memahami bahan yang dibaca.

Diperingkat rendah, penilaian juga dibuat untuk intonasi dan sebutan dalam bacaan.

Dalam hal ini terdapat beberapa bentuk penilaian dan instrumen yang boleh diguna pakai dalam pengujian kemahiran membaca.

Page 4: Penilaian Kemahiran Membaca

Bentuk Penilaian

Penilaian kendiri Penilaian kendiri ialah bentuk penilaian

yang dilakukan oleh pelajar atau pembaca itu

Sendiri berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh guru.

Page 5: Penilaian Kemahiran Membaca

Penilaian rakan sebaya Penilaian rakan sebaya dinamakan juga

penilaian berpasangan. Dalam penilaian ini,pelajar secara

berpasangan akan menyemak dan menilai bacaan sesama sendiri.

Page 6: Penilaian Kemahiran Membaca

Pemerhatian Pemerhatian dibuat untuk melihat

sikap,kefahaman dan intonasi dalam bacaan.

Dalam kaedah ini guru atau penilai perlu menyediakan senarai semak yang mengandung kriteria atau perkara-perkara yang akan diperhatikan.

Page 7: Penilaian Kemahiran Membaca

Pengujian Pengujian boleh dibuat untuk menilai

tahap kefahaman pelajar terhadap bahan bacaan.

Pengujian boleh dibuat dalam bentuk memadankan perkataan dan ayat, ujian bacaan,

Penyoalan terbuka, menyusun semula petikan,ujian kloz dan ujian aneka pilihan.

Page 8: Penilaian Kemahiran Membaca

Instrumen Ujian Instrumen ujian kemahiran membaca boleh

terdiri daripada petikan atau bahan yang akan dibaca dan difahamkan oleh pelajar.

Pada masa yang sama dokumen seperti senarai semak dan skala kadar juga digunakan sebagai instrumen ujian, terutama yang melibatkan aspek efektif dan perlakuan dalam kemahiran membaca seperti intonasi,nada,tekanan suara dan sebagainya.

Tujuan utama instrumen adalah untuk mendapatkan ukuran atau data berkaitan dengan apa yang diuji.

Page 9: Penilaian Kemahiran Membaca

Senarai semak Dalam ujian berbentuk pemerhatian,

senarai semak yang mengandung perkara dan kriteria pemarkahan perlu disediakan.

Senarai semak yang mengandung criteria tertentu juga akan menjadi panduan kepada guru atau penilai untuk menilai dan menentukan tahap kefahaman seseorang pembaca.

Page 10: Penilaian Kemahiran Membaca

Skala Kadar Skala kadar ialah dokumen yang

mengandung kriteria yang menunjukkan tahap pencapaian dalam kemahiran membaca.

Skala kadar kebiasaannya menetapkan markah atau pencapaian tertentu berdasarkan kriteria bacaan dan kefahaman yang ditetapkan.