Ceramah Kem Kesihatan Pameran -...

8
Pada 9hb April 2010 (Jumaat) yang lalu, bertempat di perkarangan & Lobi Klinik Kesihatan Putrajaya satu Majlis Hari Bersama Pelanggan telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Putrajaya. Program yang julung-julung kali diadakan ini bermula pada jam 8.30 am dan berakhir pada pukul 4.30 pm. Objektif program ini adalah sebagai saluran interaksi secara langsung antara Pejabat Kesihatan Putrajaya dengan penduduk Putrajaya khasnya. Selain itu ia juga bertujuan untuk menyampaikan pendidikan kesihatan dan informasi terkini berkaitan perkhidmatan yang diberikan oleh Pejabat Kesihatan Putrajaya serta mendapatkan maklumbalas secara langsung dari pelanggan berkaitan mutu perkhidmatan yang dilaksanakan selama ini bagi membolehkan penilaian semula dapat dilakukan ke arah tahap yang optima Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua jabatan kerajaan, organisasi yang berkaitan,pelajar sekolah, semua penduduk Putrajaya dan kawasan- kawasan yang berhampiran. Secara dasarnya program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai di mana kira-kira 900 orang telah menghadirinya. Buletin Kesihatan Putrajaya Diterbitkan oleh Pejabat Kesihatan WP Putrajaya, Jalan P11/2, Presint 11, Putrajaya Emel : [email protected] Website: : http://pkpj.moh.gov.my/ Telefon : 03-88850400 Faks : 03-88901081 Apr-Jun Bil 02 2010 Ceramah Farmasi :Kenali ubat anda Permakanan :Makan Secara Sihat: 14 Mesej Utama Pergigian :Toddler Program & Perkidmatan Pergigian JPL : Diabetes & Anda Kem Kesihatan -Saringan kesihatan -BMI -Tekanan darah -Peratus lemak -Ujian SPO2 dan DEMOSTRASI MEMANDIKAN BAYI Pameran JPL : Pengurusan diabetes Pergigian : Toddler Program & Perkidmatan Pergigian Pentadbiran :Akta Fee Inspektorat : Denggi & kaunter kompaun Farmasi : Kenali ubat anda & SMS take n go Pemakanan : Menu sihat 1 Dilaporkan : Jamal Abdul Nasir

Transcript of Ceramah Kem Kesihatan Pameran -...

Pada 9hb April 2010 (Jumaat) yang lalu, bertempat

di perkarangan & Lobi Klinik Kesihatan Putrajaya

satu Majlis Hari Bersama Pelanggan telah

dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Putrajaya.

Program yang julung-julung kali diadakan ini

bermula pada jam 8.30 am dan berakhir pada

pukul 4.30 pm.

Objektif program ini adalah sebagai saluran

interaksi secara langsung antara Pejabat Kesihatan

Putrajaya dengan penduduk Putrajaya khasnya.

Selain itu ia juga bertujuan untuk menyampaikan

pendidikan kesihatan dan informasi terkini berkaitan

perkhidmatan yang diberikan oleh Pejabat

Kesihatan Putrajaya serta mendapatkan

maklumbalas secara langsung dari pelanggan

berkaitan mutu perkhidmatan yang dilaksanakan

selama ini bagi membolehkan penilaian semula

dapat dilakukan ke arah tahap yang optima

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua

jabatan kerajaan, organisasi yang berkaitan,pelajar

sekolah, semua penduduk Putrajaya dan kawasan-

kawasan yang berhampiran.

Secara dasarnya program ini telah mendapat

sambutan yang menggalakkan dari orang ramai di

mana kira-kira 900 orang telah menghadirinya.

Buletin Kesihatan Putrajaya

Diterbitkan oleh

Pejabat Kesihatan WP Putrajaya,

Jalan P11/2, Presint 11, Putrajaya

Emel : [email protected]

Website: : http://pkpj.moh.gov.my/

Telefon : 03-88850400

Faks : 03-88901081

Apr-Jun

Bil 02 2010

Ceramah

Farmasi :Kenali ubat anda

Permakanan :Makan Secara Sihat: 14 Mesej

Utama

Pergigian :Toddler Program &

Perkidmatan Pergigian

JPL : Diabetes & Anda

Kem Kesihatan

-Saringan kesihatan

-BMI

-Tekanan darah

-Peratus lemak

-Ujian SPO2

dan

DEMOSTRASI MEMANDIKAN BAYI

Pameran

JPL : Pengurusan diabetes

Pergigian : Toddler Program & Perkidmatan Pergigian

Pentadbiran :Akta Fee

Inspektorat : Denggi & kaunter kompaun

Farmasi : Kenali ubat anda & SMS take n go

Pemakanan : Menu sihat

1

Dilaporkan : Jamal Abdul Nasir

INISIATIF PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD) DI FASILITI KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Objektif: Menilai tahap kesedaran masyarakat dalam pengawalan atau

pemeriksaan kesihatan diri.

Objektif: Membolehkan maklumat ubat/penyakit di perolehi apabila pesakit mendapat rawatan ditempat lain atau dari tempat yang sama pada

masa depan.

Objektif: Membantu perokok untuk berhenti merokok melalui kaedah rawatan ubatan dan

kaunseling.

Objektif: a) Memudahkan rujukan

melalui data yang tersimpan lebih terfokus

b) Dapat mengasingkan noemal case dan abnormal case dengan lebih baik serta dapat menilai perubahan dari satu rawatan ke satu rawatan.

Objektif: a) Penurunan dan

pengawalan gula darah yang terkawal dengan pemantauan HbA1c.

b) Memberi pengetahuan didalam pengurusan diabetes dan menekankan konsep penjagaan penyakit secara kendiri dengan lebih berkesan.

c) Memudahkan

tumpuan terhadap sesuatu kes dalam jumlah yang kecil.

Objektif: a) Meningkatkan aktiviti fizikal serta amalan

makan secara sihat. b) Pengurangan berat badan sebanyak 5-

10% sepanjang tempoh program.

Objektif: a) Memberi kesedaran kepada

komuniti Putrajaya tentang pentingnya senaman kepada kesihatan

b) Menggalakan amalan gaya

hidup sihat dikalangan warga Putrajaya dan warga kerja

PKPJ.

Dr Norhalizam bt Ismail

2

Tarikh Klinik Kesihatan Putrajaya P9

Mula Beroperasi :

1hb November 1999 Tarikh Klinik Kesihatan Putrajaya P9

dirasmi 18 Julai 2000

On the day of the event, the students and staffs-in-charge

reached the site earlier to assist the participants. A rough

figure of about 42 participants was estimated. Participants

included staffs from Health District Office, clinic, residents

of Putrajaya and the medical students themselves. The event

started at 8am with a 10 minutes session of warming up

before embarking on the 4.2km walk.

After finishing the 4.2km park around the beautiful park

surrounded by serene and tranquil greenery, all the

participants were given a bottle of mineral water and one

sandwich each. Besides that, a green card was also

distributed to all the participants to encourage them to join

the activity again next month. There were 12 small squares

in the card which indicates 12 months and every month

when they join the event, they are encouraged to bring the

card along so that they can get a point for it. At the end of

the year, participants with the most attendance point will

get a prize as a reward.

The event ended with a speech given by Dr. Wan Ahmad

followed by the group leader of the medical students, Mr.

Ahmad Hazwan. In the speech, Dr. Wan mentioned that

the attendance rate was still disappointing despite the

promotion done. This was probably because many other

health personnels and staffs went involved in another event

held in the Putrajaya Health Clinic at Presint 9 apart from

the fact that awareness to lead a healthy life style is still

lacking. All the participants were encouraged to join the

event again in the next coming months. The whole event

ended at about 10.00am in the morning.

In a nut shell, we believe that the objectives of the program

were not successfully achieved but it was not a total failure

as well. Let us look at it positively as the maxim goes, „

Never look at a half-filled glass as empty, instead look at it

to be half full‟. Hence, we believe more promotion program

should be carried out and the public should be made

aware that leading a sedentary life-style is a „silent killer‟ as

it invites an endless list of diseases. It is totally wrong on

our part to assume that the residents in Putrajaya are far

more educated, hence we do not need to educate them.

What we fail to understand is that they may be highly

educated in their respective fields, but not necessary in

health education. Moreover, highly educated does not

equal to a better health-seeking behavior.

Date: 26th June 2010

Time: 8.00am

Venue: Taman Saujana Hijau, Precint 11, Putrajaya

„Walk For Your Heart ‟is a monthly program organized by the

Health District Office of Putrajaya which collaborates with

Ministry of Health as an interventional program for non-

communicable diseases. This is a new program which was

initiated only in January 2010 owing to the increased

incidence of non-communicable diseases among the Putrajaya

residents. It was also initiated to increase the awareness of the

public regarding the importance of physical activity and targets

all the residents of Putrajaya, as this is more of a preventive

measure to curb the alarming rise in non-communicable

diseases.

For the previous months, this event was organized and

managed by the staffs in the Health District Office, Putrajaya. In

June, this responsibility was passed over to a group of medical

students from University of Malaya during their attachment with

the Health District Office for a program named Organization

and Management of Health Services (OMHS). These students

were assisted by Dr. Wan Ahmad Razman, who was the

coordinator for this event previously, owing to the lack of

experience in organizing such events in such a short period of

time.

Promotion for the program was done via internet (online) and

also posters and pamphlets. The online promotion was done by

Dr. Wan Ahmad Razman where the details with regards to the

event were posted on the Putrajaya Health District Office

website. Besides that, e-mails were sent to all the departments

and ministries to inform them about the event. Posters and

pamphlets were designed by medical students and the poster

was put up in public areas such as clinic, hospital, schools and

also community centre. Pamphlets were also distributed in the

Present 11 residential area to further promote the event.

The budget for this event was not clearly stated as it did not

involve a big amount. The expenditure of the entire program

only includes buying 100 bottles of mineral water and

sandwiches for the participants after they finish their walk.

There was no other recorded expense as the posters and

pamphlets were designed in the computer and printed/

photocopied in the Health District Office itself.

Article Contributed by Er Lay Ze, UM Medical Student 2010

Warming-up session lead by the UM students’ group leader, Mr. Ahmad Hazwan

The Journey Begin…

3

SMS 15888

Taipkan: JKKLP KKPJ9 UBAT [Nama Pesakit] [No Kad

Pengenalan] [Tarikh & Masa Ubat Akan diambil] dan SMS ke

15888

*Caj mesej penghantaran : RM0.15

*Caj mesej penerimaan : RM0.20

TELEFON

Telefon 03-88883057 samb 165/166

dan berikan

[Nama Pesakit] [No Kad Pengenalan] [Tarikh & Masa Ubat Akan

diambil]

*Waktu panggilan: Isnin-Jumaat 8.00pagi-5.00petang

kecuali waktu rehat tengahari

EMEL

Emelkan nama, No kad pengenalan, tarikh dan masa ubat akan

diambil ke alamat emel: [email protected]

Perkhidmatan terbaru yang dilancarkan oleh Unit

Farmasi dikenali sebagai Perkhidmatan

“Pharmacy SMS Take N Go” bagi memudahkan

pelanggan Klinik Kesihatan Putrajaya (KKPJ)

mengambil bekalan ubat ulangan.

Pelanggan yang menggunakan pekhidmatan

“Pharmacy SMS Take N Go” ini dapat mengambil

bekalan ubat ulangan dengan lancar and cepat

tanpa perlu menunggu lama kerana ubat telah

disediakan terlebih dahulu. Tambahan pula,

pelanggan dapat menikmati kemudahan meletak

keretanya di tempat meletak kereta yang

dikhaskan ( dua petak tempat letak kereta telah

disediakan di hadapan pintu masuk utama KKPJ)

bagi menyenangkan proses pengambilan ubat

melalui program ini.

Syarat-syarat untuk menyertai perkhidmatan ini

adalah seperti berikut:

1. Hanya untuk pesakit yang mengambil

bekalan ubat ulangan sahaja

2. Ubat mesti diambil dari KKPJ di mana

pesakit berjumpa Doktor.

3. SMS/telefon/E-mel sekurang-kurangnya 2

hari bekerja sebelum tarikh ubat ulangan

akan diambil

4. Sekiranya terdapat masalah, Pegawai

Farmasi akan menghubungi pelanggan

tersebut

5. Pelanggan perlu mengemukakan nombor

kad pengenalan dan buku temujanji

pesakit semasa mengambil ubat

Pelanggan yang berminat dengan perkhidmatan

ini boleh memilih cara perhubungan samada

melalui SMS, telefon atau e-mel mengikut

kesenangan masing-masing.

Untuk Mengambil Ubat :

Pelanggan hanya perlu datang ke Kaunter “Pharmacy

SMS Take N Go” di KKPJ dan serahkan buku temujanji

pesakit kepada petugas di kaunter tersebut.

Sejak perkhidmatan ini dilancarkan pada 15 April

2010, pelbagai promosi telah dilaksanakan bagi

memperkenalkan perkhidmatan ini kepada pelanggan-

pelanggan yang berminat dan layak. Informasi dan

kaedah menggunakan perkhidmatan ini boleh juga

didapati melalui laman web http://pkpj.moh.gov.my,

bunting yang dipamerkan disekitar klinik dan risalah.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkhidmatan

ini, sila hubungi Pegawai Farmasi di talian 03-

88883057 sambung 165.

SMS TAKE N GO

CEPAT DAN MUDAH……….

FARMASI

By : Chan Pui Lim

4

Rangkaian sejuk adalah sistem untuk mengangkut,

mengedar dan menyimpan vaksin/ubat dalam keadaan

potensi bermula dari tempat pembuatnya sehingga ke

tempat penggunaannya pada suhu yang ditetapkan.

Pengurusan rangkaian sejuk merupakan komponen

yang penting dalam Program Imunisasi bagi:

Memelihara potensi dan efikasi vaksin

Memastikan setiap individu mendapat

vaksin/ubat yang potensi

Penyakit berjangkit dapat dikawal melalui

liputan vaksinasi yang tinggi

Masyarakat yakin dengan perkhidmatan

kesihatan yang disediakan

Cara Penerimaan Vaksin

1. Pastikan seal di kotak ais bekalan ais tiada

kesan dibuka

2. Perika susun atur keadaan pek ais samada

beku, sedang cair atau telah cair

3. Periksa „Cold Chain Monitor‟ atau Freeze

Watch, jika disertakan

4. Terima jika pek ais masih beku atau alat

pemantau suhu vaksin menunjukkan

5. Untuk vaksin polio, jangan terima

sekiranya cair dan telah bertukar warna

dari merah jambu ke tidak berwarna

6. Tolak penerimaan vaksin sekiranya factor-

faktor semasa pengangkutan tidak

Hubungi pembekal segera

7. Pindahkan bekalan vaksin dari kotak ais

ke peti sejuk atau pembeku dengan segera

8. Diluent (pelarut vaksin) diletakkan secara

berasingan di atas rak dalam bilik dingin

PENGURUSAN RANGKAIAN SEJUK ADALAH PENTING BAGI MEMASTIKAN EFIKASI UBAT RANGKAIAN SEJUK ADALAH TERPELIHARA DAN MERUPAKAN SATU CARA PENGAWALAN MUTU BEKALAN UBAT KEPADA PESAKIT

Pembekalan produk rangkaian sejuk dari stor farmasi

ke wad/jabatan lain hendaklah dimasukkan ke dalam

cold box berserta dengnan ketulan ais. Peralatan yang

sering digunakan semasa pengangkutan adalah

„vaccine cold box‟, „vaccine packaging/polystyrene‟,

„vaccine carrier/flask‟ dan „ice pack/cubes‟. Cara

untuk mengisi pek ais ke dalam kotak sejuk vaksin

adalah seperti dalam Rajah 2. Ubat-ubatan rangkaian

sejuk disimpan di dalam „pharmaceutical fridge‟ dan

pemantauan suhu perlu dilakukan. Bacaan suhu

hendaklah direkodkan ke dalam Graf Suhu Peti Sejuk

seperti dalam Rajah 3. Personel yang menjaga stor

akan mencatat suhu peti sejuk 2 kali sehari. Apabila

suhu peti sejuk melebihi julat dibenarkan, ubat-ubatan

tersebut perlu dipindahkan ke dalam cold box/kotak

polystyrene dan pemeriksaan peti sejuk perlu

dijalankan. Penyelenggaraan peti sejuk perlu dibuat

sekiranya terdapat kerosakan.

Cara susunan ice packs dalam

cold box

Graf Suhu Peti Sejuk

Sumbangan : Unit Farmasi 5

Pada 8-9 hb Mei yang lalu, Pejabat Kesihatan Putrajaya telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga 2010 bertempat di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Program yang dijalankan 2 tahun sekali ini disertai oleh warga kerja Pejabat Kesihatan Putrajaya, Klinik Kesihatan Putrajaya, Klinik Pergigian Putrajaya , pihak vendor seperti Kompakar Inc serta anggota keluarga masing-masing.

Pada Malam Hari Pertama Majlis Makan Malam Hari Kelurga telah diadakan dengan tema pakaian kuning hitam. Program yang dirasmikan Pegawai kesihatan putrajaya ini turut dimeriahkan dengan persembahan dari unit-unit, pertandinagn pakaian beragam, cabutan bertuah serta penyampaian anugerah seperti anugerah anggota mesra, anugerah anggota tanpa cuti sakit, anugerah cemerlang, anugerah hari keluarga serta anugerah khas hari ibu.

Pada Hari kedua acara diteruskan lagi dengan acara sukaneka melibatkan warga kerja Putrajaya dan keluarga masing-masing.

Secara amnya program sebegini telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara warga kerja PKPJ dan diharapkan dapat memupuk sifat bekerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi dalam menjalani tugas seharian.

6

WAWASAN MASYARAKAT LOCAL AGENDA 21 (LA 21)

PUTRAJAYA

“Kami Masyarakat Putrajaya Akan Mengembling Tenaga Dan Secara Bersepakat Menjadikan Putrajaya Bandaraya Ceria, Mesra Alam, Selamat, Beridentiti Dan Mempunyai

Penduduk Yang Berilmu Dengan Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Demi Kesejahteraan Penduduk Masa Kini Dan

Generasi Masa Depan.”

Local Agenda 21 merupakan Satu Program Yang

Menekankan Penglibatan 3 pihak iaitu PBT,

Komuniti Dan Sektor Swasta bekerjasama

merancang menguruskan persekitaran mereka ke

arah pembangunan mampan dan kualiti hidup

yang tinggi. TAHUKAH ANDA..Aktiviti Gotong Royong,

Kempen Cara Hidup Sihat, Program Kitar Semula

, Amalan nilai-nilai murni

dikalangan anggota dan lain-lain

aktiviti promosi kesihatan yang

melibatkan penduduk menepati

kehendak Local Agenda 21.

Sebagai warga kerja Kesihatan kita

boleh menyumbangkan kepada aspirasi

Local Agenda 21 melalui 3 pendekatan

iaitu SOSIAL ( Cth: Motivasi/ Kaunseling

Pesakit, Hari Bersama Pelanggan);

EKONOMI ( Cth: Menggalakkan

Persekitaran Kerja Yang Environmental

Friendly, Program Kitar Semula) dan

ALAM SEKITAR (Cth : Gotong Royong,

Kempen Kebersihan serta penggunaan

kemudahan taman di Putrajaya secara

optimum dan bertanggunjawab

● ● ●

ANUGERAH KAKITANGAN

TANPA CUTI SAKIT Dr Othman Warijo

Ramli Othman

Safiah bt Mahat

Noridah bt Adnan

Saripahani bt Ismail

Mohamad Yunus Kusni

Norliyana Mustaffa

● ● ●

● ● ●

ANUGERAH ANGGOTA MESRA Lina Ibrahim

Sulhana Ismail

Zuhaili Harun

Zahariah Mohd Yusof

● ● ●

● ● ●

ANUGERAH PENGHARGAAN

TRIM & FIT 2009

>5% dari Berat Badan Asal En Mohd Hafizi Zakaria (15.3kg)

Siti Aishah Fadzilah (6.5kg)

Dr Rosnelizaide Ramly (3.3kg)

Norliza Mohd Jesimat (15.35kg)

Kartini Kamaruddin (6.5kg)

Roslina Johari (4.3kg)

Chan Pui Lim (3.7kg)

Rosyati Sabri (3.4kg)

<5% dari Berat Badan Asal Mahat Hj Raman (2 kg)

Dr Hamimah Said (2.8kg)

Rashidah Moon (2.8 kg)

Salawati Abu Jasam (2 kg)

Zaidah Salleh (1.8 kg)

Nuraimy Abdullah (1.2 kg)

Muirin Juili (3 kg)

Noralista Mohd Yusoff (3 kg)

Shareeza Marzan (1.2 kg)

● ● ●

● ● ●

ANUGERAH HARI

KELUARGA 2010 Dr Hamimah bt Saad

● ● ●

● ● ●

ANUGERAH ANGGOTA

CEMERLANG 2010 Dr Zainal Fitri b Zakaria

● ● ●

● ● ●

ANUGERAH KHAS

Sempena Hari Ibu Matron Nuraimy Abdullah

● ● ●

7

● ● ●

ANUGERAH WARGA

CEMERLANG JAN-APR Dr Mohd Fauzi Abu Bakar

Jamal Abd Nasir Suhaimi

Noridah Adnan

Rashidah bt Moon

● ● ●

● ● ● ANUGERAH PENGHARGAAN PENURUNAN BMI 2009

Mohd Ehsan Manan

Siti Aishah Fadzilah

● ● ●

*Anugerah disampaikan semasa perhimpunan

pagi Mei 2010

Penyumbang Artikel Buletin 02/2010 Dr Wan Ahmad Razman Dr Halizam Ismail Chan Pui Lim & Unit Farmasi Azlinda Hamid Jamal Abdul Nasir

Er Lay Ze

Warga Kerja Pejabat Kesihatan Putrajaya

Mengucapkan Sekalung Tahniah Kepada Beberapa

Orang Anggota Yang Telah Melangsungkan

Perkahwinan Pada Akhir Tahun Lepas Dan Setengah

Tahun Pertama 2010. Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat bersama

Pasangan Masing-masing

Photo Credit : From FB: Nazlee, Hasrol, Azly & Nasri

Azreen Jais

Azly H. Fiza Nasri

Trim & Fit merupakan inisiatif pihak Jabatan untuk merancang dan

menganjurkan aktiviti-aktiviti, khas kepada anggotanya, yang

bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang

pentingnya mempunyai berat badan sihat dan sebagai satu aktiviti

sokongan dalam pengurusan berat badan.

Seperti sedia maklum, Program Trim & Fit telah bermula sejak tahun

2007 lagi, secara tidak langsung dan hingga ke tahun ini kita akan

teruskan aktiviti ini, di mana beberapa aktiviti telah dirancang dan

diharap dapat dilaksanakan serta mendapat sokongan serta

penglibatan semua anggota. Untuk makluman, aktiviti-aktiviti yang

dirancang ini sememangnya khas buat anggota kita yang

mempunyai BMI 23 dan ke atas. Anggota terpilih ini akan dipantau

status berat badannya setiap bulan. Walaubagaimanapun, aktiviti-

aktiviti fizikal yang dianjurkan adalah terbuka kepada semua

anggota termasuk yang tidak di bawah program. Ini kerana berat

badan semua anggota masih akan dipantau setiap tahun.

Sedikit data tentang status berat badan anggota kita. Pada tahun

2008, anggota kita dengan BMI 23 ke atas ialah sebanyak 73.4%

(116 anggota dari 158 ditimbang), pada tahun 2009 sebanyak 72%

(108 anggota dari 150 ditimbang ) dan pada tahun 2010 adalah

seramai 65% (117 anggota dari 180 ditimbang). Untuk pencapaian

Trim & Fit tahun 2009, iaitu setelah anggota ditimbang semula pada

Disember 2009, didapati seramai 17 (15%) orang dari peserta trim &

fit ini, berjaya mengurangkan atau mengekalkan berat badan bagi

tempoh lebih 6 bulan. Dengan 8 orang berjaya mengurangkan berat

badan sebanyak lebih 5% dari berat badan asal manakala 9 orang

berjaya mengurangkan kurang 5 % berat dari berat badan asal .

Walaubagaiimanapun, terdapat 36 anggota atau lebih kurang 31%

anggota yang bertambah berat badannya. Pertambahan adalah

diantara ½ kg sehingga 8kg.

Sedutan Teks Ucapan Pegawai Kesihatan Sempena Pelancaran

Program Trim & Fit 2010 di Perhimpunan Pagi PKPJ

SYABAS KEPADA ANGGOTA YANG TELAH BERJAYA MENURUNKAN BERAT BADAN DAN YANG BERJAYA MENGEKALKAN BERAT BADAN. PERKARA INI SEMEMANGNYA BUKAN MUDAH TETAPI TIDAK MUSTAHIL UNTUK DILAKUKAN. Pegawai Kesihatan Putrajaya

8

Penyumbang Artikel Buletin Kesihatan Putrajaya 02/2010 Dr Wan Ahmad Razman Dr Halizam Ismail Chan Pui Lim & Unit Farmasi Azlinda Hamid Jamal Abdul Nasir Er Lay Ze (UM Medical Student)