kemahiran lari pecut.docx

10
Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dua factor yang mempengaruhi kepantasan seorang pelari iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. 1) PERMULAAN Teknik permulaan berdekam Pengukuran untuk permulaan- blok hadapan – 2 tapak kaki dari garisan permulaan Condongan muka blok hadapan 50-60 darjah Condongan muka blok belakang 80 darjah Jarak antara blok hadapan dan blok belakang- 1 hingga a1 ½ tapak kaki bergantung pada panjangnya kaki dan keselesaan pelari. 2) KE GARISAN

Transcript of kemahiran lari pecut.docx

Page 1: kemahiran lari pecut.docx

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi

bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah

acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga

tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dua factor

yang mempengaruhi kepantasan seorang pelari iaitu panjang langkah dan

kekerapan langkah.

1) PERMULAAN

Teknik permulaan berdekam

Pengukuran untuk permulaan- blok hadapan – 2 tapak kaki dari garisan

permulaan

Condongan muka blok hadapan 50-60 darjah

Condongan muka blok belakang 80 darjah

Jarak antara blok hadapan dan blok belakang- 1 hingga a1 ½ tapak kaki

bergantung pada panjangnya kaki dan keselesaan pelari.

2) KE GARISAN

Teknik permulaan berdekam (crouch start)

1. Keadaan badan –agak relaks

2. Tangan diletakkan di belakang garisan permulaan

3. Kedudukan tangan-depa seluas bahu, ibu jari dan jari telunjuk dibuka dan jari-

jari yang lain dirapatkan.

Page 2: kemahiran lari pecut.docx

3) SEDIA

a) Berat badan dipindahkan ke hadapan supaya terletak di atas kedua-dua

belah tangan.

b) Bahu lebih ke hadapan sedikit daripada kedua-dua belah tangan

c) Punggung diangkat sehingga lutu kaki hadapan adalah 90 darjah.

d) Punggung lebih tinggi sedikit daripada bahu

4) MULA BERLARI

1. Tolak dari kaki hadapan sambil mengangat tangan

2. Pada masa yang sama, bawa kaki belakang ke hadapan dari blok belakang

3. Luruskan lutut kanan dan pinggang untuk langkah pertama semasa

permulaan larian

4. Badan condong ke hadapan sedikit ke hadapan semasa larian awal

5. Kedudukan badan semasa mula berlari

a. Langkah pertama- kaki belakang(kiri) mendarat.

b. Kaki tolakan diangkat dan dibawa ke hadapan.

c. Langkah kedua-kaki tolakan (kanan) mendarat dan menolak badan ke

hadapan.

d. Perhatikan tolakan dari hujung kaki dan keadaan badan yang condong

sedikit ke hadapan

Page 3: kemahiran lari pecut.docx

5) HAYUNAN TANGAN

1. Kedua-dua tangan bengkok- sudut lebih kurang 90 darjah.

2. Jari-jari tangan dalam keadaan separuh genggam atau terbuka – agak

relaks. Bukan genggam secara tegang

3. Hayunan tangan yang pantas

6) PERTENGAHAN TANGAN

1. Badan tegak

2. Lutut diangkat tinggi

3. Tolakan dengan bebola/ hujung kaki

7) TAMAT LARIAN

Page 4: kemahiran lari pecut.docx

1. Apabila sampai ke garisan penamat, lakukan ‘dip’ – kepala ditundukan sedikit

dan bahagian atas badan (torso) dicondong sedikit ke hadapan atau

‘mendada’ garisan penamat dengan keadaan kepala sedikit mendongak.

2. Lari dengan pantas sehingga melepasi garisan penamat, bukan dengan

mengurangkan kepantasan beberapa langkah sebelum garisan penamat.

8) FASA LARIAN

8.1 Memulakan larian tanpa blok permulaan

1. Gaya peluru

a. Berdiri rapat garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak.

b. Hujung kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

2. Gaya sederhana

a. Berdiri rapat ke garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.

b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

c. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3. Gaya panjang

a. Berdiri rapat ke garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak.

b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.

c. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

8.2 Memulakan larian dengan blok

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Gaya

larian melibatkan tiga gaya.

1. Gaya peluru

Page 5: kemahiran lari pecut.docx

a. Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan.

Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok

belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

2. Gaya sederhana

a. Gaya ini meletakkan blok pertama dus tapak dari garis permulaan dan

blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3. Gaya panjang

a. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok

belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

8.3 Penempatan blok permulaan yang lebih tepat

Satu cara penempatan blok yang lebih tepat dikemukakan oleh Chris Brooks

(1981) dalam bukunya bertajuk Womens Hurdling: Novice, To Championship. Cara

ini melibatkan ukuran panjang kaki.

= Panjang kaki dari trochanter ke tanah

= Penempatan blok hadapan panjang kaki _x 0.55

= Jarak antara blok panjang kaki _x 0.42

Contoh

86cm

Penempatan blok pertama = 86cm x 0.55 = 47.30cm

Jarak antara blok = 86 x 0.42 = 36.12cm

8.4 Penempatan blok di selekoh

Acara larian 200m dan 400m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu

permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan

berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditunjukkan ke garis

dalam lorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam.

Page 6: kemahiran lari pecut.docx

9) FASA PECUTAN

Selepas arahan pelepas ‘ke garisan’ diberi, pelari mengambil tempatnya di blok

permulaan.

1. Kedudukan tangan

a. Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari

dan jari petunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di

antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula.

2. Kedudukan kepala dan leher

a. Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari ‘torso’. Mata

pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan ‘sedia’

diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

3. Pergerakan tangan dan kaki

a. Selepas ‘bang’ atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan

ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.

b. Tangan yanag bertentangan dengan kaki belakang memulakan

pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan

kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

4. Lutut

a. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap

rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecetan

melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter,

Page 7: kemahiran lari pecut.docx

kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak

langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

9.1 Teknik kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari

pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan

maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan

maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.

Tambahan pula seseorang atlet tidak munkin boleh berlari pada kelajuan maksimum

lebih jarak 14-18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlet ialah untuk

mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.

9.2 Teknik larian di selekoh

Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari, semakin kuat kuasa

‘centrifugal’. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk

mengimbangkan kuasa ‘centrifugal’, seorang pelari seharusnya merendahkan badan

ke arah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang

badan mengarah ke dalam.

10) FASA PENAMAT

Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet

berlari 10 meter lebih dari jarak larianya; sebagai contoh 110 m untuk 100m dan

200m untuk 200m. Jadi adalah mustahak bagi seseorang atlet terus memecut

sehingga melepasi garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian

ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangat bahu ke atas dan

menarik tanagn ke belakang.