LARI JARAK SEDERHANA.docx

6
LARI JARAK SEDERHANA (800M) PENGENALAN Larian 800m merupakan salah satu cabang larian jarak sederhana. Seperti acara balapan yang lain, acara 800 meter di pertandingan sama ada di atas padang ataupun balapan berturap. Pelari 800 meter perlu berlari dua pusingan balapan 400 meter. Jika dalam acara pecut pelari akan melakukan larian pada kederasan yang maksimum yang boleh di sepanjang jarak yang ditetapkan. Namun dalam lari jarak sederhana (800 meter) pelari harus bijak membahagikan corak larian. Di samping kelajuan, pelari jarak sederhana khususnya untuk acara 800, meter harus bijak mengatur langkah dengan mengekalkan ketahanan dan konsentrasinya, supaya tidak mudah digugat oleh pelari lain. Para pelari dalam acara jarak sederhana perlu berusaha mengekalkan ketahanan larian pada hampir sepanjang jarak acara itu. Peningkatan kepantasan dan mengekalkannya sehingga ke garisan penamat merupakan aset utama jika berkemampuan. Malah ada yang perlu ditentukan dengan cara photo-finish.

description

word

Transcript of LARI JARAK SEDERHANA.docx

Page 1: LARI JARAK SEDERHANA.docx

LARI JARAK SEDERHANA (800M)

PENGENALAN

Larian 800m merupakan salah satu cabang larian

jarak sederhana. Seperti acara balapan yang lain,

acara 800 meter di pertandingan sama ada di atas

padang ataupun balapan berturap. Pelari 800 meter

perlu berlari dua pusingan balapan 400 meter.

Jika dalam acara pecut pelari akan melakukan

larian pada kederasan yang maksimum yang boleh di

sepanjang jarak yang ditetapkan. Namun dalam lari jarak sederhana (800 meter) pelari harus bijak

membahagikan corak larian.

Di samping kelajuan, pelari jarak sederhana khususnya untuk acara 800, meter harus bijak mengatur

langkah dengan mengekalkan ketahanan dan konsentrasinya, supaya tidak mudah digugat oleh

pelari lain. Para pelari dalam acara jarak sederhana perlu berusaha mengekalkan ketahanan larian

pada hampir sepanjang jarak acara itu. Peningkatan kepantasan dan mengekalkannya sehingga ke

garisan penamat merupakan aset utama jika berkemampuan. Malah ada yang perlu ditentukan

dengan cara photo-finish.

Page 2: LARI JARAK SEDERHANA.docx

CIRI-CIRI PELARI JARAK SEDERHANA

i. Mempunyai keupayaan fisiologi dan psikologi untuk mengurangkan keletihan dan

ketegangan semasa berlari.

ii. Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kepantasan asli dengan ketahanan dan kualiti

yang harus dibentuk dari semasa ke semasa, sama ada menerusi latihan atau pertandingan.

iii. Bijak mewujudkan pendekatan terbaik dan bijak, tidak terpengaruh dengan taktik dan

strategi peserta lain.

ATURAN DAN CARA LARIAN

i. Pelari akan berlari dua pusingan balapan (400 meter) bermula dan berakhir lebih kurang di

tempat yang sama.

ii. Pelari akan berlari mengikut lorong masing-masing dengan permulaan seperti acara 400

meter.

iii. Pelari dibenarkan memotong masuk ke lorong paling dalam selepas melepasi jarak 100

meter pada pusingan kedua.

iv. Pelari tidak dibenarkan keluar meninggalkan balapan sebelum tamat larian, cuba

menghalang pelari lain atau merempuh pelari lain.

v. Pelari hendaklah berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh pegawai pelepas.

vi. Pelari dibenarkan memakai kasut larian, spikes, kasut biasa atau berlari tanpa kasut

(digalakkan memaki spikes untuk keselamatan).

vii. Pelari hendaklah menamatkan larian dengan melepasi pita atau garisan penamat yang

disediakan.

viii. Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk olahraga.

TAKTIK DALAM ACARA 800 METER

Dua cara memenangi acara 800 meter :

i. Mulakan larian dengan agak laju dan kekalkan larian itu hingga ke garisan penamat.

ii. Berlari pada kelajuan yang sama dari mula dengan kekalkan kelajuan itu dan terus pecut

pada selekoh terakhir.

KOMPONEN TERLIBAT :

i. Kelajuan

ii. Kekuatan

Page 3: LARI JARAK SEDERHANA.docx

iii. Daya tahan otot

iv. Daya tahan kardiovaskular

TEKNIK LARIAN 800 METER

SEBELUM

1. Pilih lorong melalui undian.

2. Ingatkan pelari hanya pusingan pertama berlari mengikut lorong masing-masing.

3. Arahan ; ke garisan sedia tembakan/pelepasan.

4. Pelari boleh memilih sama ada gaya berdiri atau gaya dekam sebagai permulaan larian.

5. Kaki dominan diletakkan paling dekat dengan garisan.

SEMASA

1. Pusingan kedua, selepas melepasi jarak 100 meter pelari boleh memotong ke lorong paling

dalam.

2. Jarak langkah tidak terlalu jauh.

3. Dada dan lengan hendaklah ke depan sedikit untuk memberi lebih kuasa pada badan.

4. Angkat kaki hingga ke punggung menambahkan kepantasan serta pergerakan kaki ke

hadapan dengan menjimatkan tenaga.

5. Tapak kaki pelari hendaklah menyentuh balapan pada masa yang sama (tumit dan bebola

kaki) bagi menjimatkan tenaga.

6. Akhir larian memerlukan pecutan.

7. Jangan menoleh ke belakang.

8. Mata menumpukan 3 meter di hadapan.

9. Hayunan tangan dan pergerakan kaki haruslah synchronize.

10. Tenang dan jangan tertekan.

MENAMATKAN LARIAN

1. Pelari akan memecut semasa larian akhir.

2. Torso finish.

Page 4: LARI JARAK SEDERHANA.docx

PEMEGANG REKOD 800 M

1. Lelaki: Lelaki – Wilson Kipketer ( 1 : 42 . 11 ) Cologne 24 Ogos 1997

2. Wanita – Jarmila Kratochilova ( 1 :53 . 28 ) Munich 26 Julai 1983

3. Lelaki Remaja - Abubaker Kaki Khamis ( 1 : 42 .69 ) Oslo 6 Jun 2008

4. Remaja Wanita - Pamela Jelimo ( 1 ; 54 .01 ) Zurich 29 Ogos 2008

PAKAIAN

1. Kasut spikes

2. Seluar dan baju yang ringan (tidak serap air dan tidak mencolok mata)

3. Pakai nombor

BAGAIMANA TERBATALNYA LARIAN

1. Keluar dari trek

2. Merempuh pelari lain

3. Memotong sebelum masanya

4. Tolak menolak

5. Mendapat bantuan dari luar