Lari Pecut

10
SEJARAH LARI PECUT Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang- undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start , di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

description

Lari Pecut

Transcript of Lari Pecut

SEJARAH LARI PECUTLari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pe

SEJARAH LARI PECUTLari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

PERATURAN

Peraturan / undang-undang lari pecut

1. Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh membantu pelari.

2. Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu.

3. Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau kaki.

4. Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tanah hendaklah menyentuh tanah.

5. Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas oleh pegawai pelepas dikira batal.

6. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika dia melakukan kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus.

7. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir.

8. Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira pemenang.

9. Penjaga masa:

i. Peraturan 121 Penjaga MasaBilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek. Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua penjaga masa tambahan bagi mengambil masa pemenang. Salah seorang merupakan ketua penjaga masa. Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengan garis penamat. Jika boleh mereka ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari garis tepi trek dan berada di atas bangku bertingkat (tangga kambing). Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga Masa menentukan masa untuk setiap peserta.

ii. Peraturan 160Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada 1/10 saat lebih panjang. Contoh: 10.15 s dibaca sebagai 10.25 s. Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat.Dalam kes tiga jam randik digunakan, pertimbangan berikut boleh diambil:

a) Jika dua daripada tiga masa adalah sama, maka masa yang sama itu adalah masa rasmi. Contoh: 10.9,10.1,10.1; masa rasmi 10.1s.b) Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama, maka masa yang tengah adalah masa rasmi. Namun begitu,jika salah satu terlalu beza dengan dua masa yang lain, maka masa itu tidak boleh dikira.Contoh: Jam 1 Jam 2 Jam 311.6 11.5 11.2( 11.2 tidak dikira masa rasmi = 11.6)Dalam kes ini keputusan 3 (c) adalah berkaitan.Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama, maka masa yang lebih panjang diterima sebagai masa rasmi.

PADANG

ALATAN

1. Trek Larian 400m

2. Blok Permulaan

FASA-FASA PERGERAKAN

Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut:

1) Fasa permulaan2) Fasa larian (Fasa pecutan, Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan, Fasa larian di selekoh)3) Fasa penamat

PERGERAKAN KEMAHIRAN LARI PECUTPermulaan :

Permulaan berdekam:

1. Jarak antara blok hadapan dan blok belakang 1 hingga 1 tapak kaki bergantung pada panjangnya kaki dan keselesaan pelari.

Ke Garisan1. Tangan diletakkan di belakang garisan permulaan.2. Kedudukan tangan-depa seluas bahu, ibu jari dan jari telunjuk dibuka dan jari-jari yang lain dirapatkan.

Sedia1. Berat badan dipindah ke hadapan supaya terletak di atas kedua-dua belah tangan.2. Bahu lebih ke depan sedikit daripada kedua-dua belah tangan.

3. Punggung diangkat sehingga lutut kaki hadapan adalah 90 darjah.

4. Punggung lebih tinggi sikit daripada bahu.

Mula Berlari:1. Tolak dari kaki hadapan sambil mengangkat tangan.

2. Pada masa yang sama, bawa kaki belakang ke hadapan dari blok belakang.

3. Luruskan lutut kanan dan pinggang untuk langkah pertama semasa permulaan larian.

4. Badan condong sedikit ke hadapan semasa larian awal.

Fasa Penamat

Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk 200 m. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.

Larian:Latih Tubi:

Jalan mendaratkan bebola kaki dahulu1. Jalan seperti biasa - gerakkan tangan seperti gerakan tangan semasa berlari.

2. Semasa kaki mendarat di hadapan - mendaratkan bebola kaki dahulu dengan keadaan lutut bengkok, diikuti oleh tumit kaki.

3. Lakukan pendaratan kaki cara ini secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama.

4. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

Naik turun tangga

1. Berlari naik tangga satu langkah demi satu langkah dengan menggunakan hujung kaki.2. Menurun satu langkah lagi ke bawah tangga.

3. Berlari tiga langkah ke atas tangga dan menurun satu langkah tangga lagi.

4. Mengulangkan langkah 3 sehingga mencapai tangga yang tertinggi.

5. Semasa berlari, hayunan tangan dilakukan dengan kedua-dua tangan bengkok sudut lebih kurang 90 darjah serta jari-jari tangan dalam keadaan separuh genggam atau terbuka.

Jalan dengan kaki lurus ke hadapan

1. Jalan seperti biasa.

2. Tinggikan hayunan tangan.

3. Semasa kaki dibawa ke hadapan, lutut diangkat seberapa tinggi yang boleh.

4. Apabila mengangkat lutut tinggi ke hadapan, luruskan kaki ke hadapan dahulu sebelum mendaratkan kaki.

5. Lakukan aktiviti mengangkat lutut tinggi secara beruang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama.

6. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

Ansur MajuBerlari dengan lutut diangkat tinggi

1. Lari setempat dengan angkat lutut tinggi.

2. Sentuhkan lutut dengan tangan apabila lutut diangkat.

3. Kaki bawah diluruskan sementara kaki depan diangkat.

4. Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter, pusing, patah balik dengan perlakuan yang sama.

5. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 hingga 6 kali.

Berlari menendang belakang

1. Berlari setempat dengan tumit kaki menendang ke belakang dan ke atas seolah-olah menendang punggung sendiri.2. Gerakkan tangan seperti gerakan tangan semasa berlari bengkok pada siku dan digerakkan ke hadapan dan ke belakang bertentangan dengan kaki di hadapan.

3. Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter, pusing, patah balik dengan perlakuan yang sama.

4. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 hingga 6 kali.

Berlari pantas

1. Berlari pantas ulang alik sejauh 10 meter.2. Rehat 1 minit ulangi latihan.

Memecut1. Berlari pantas sejauh 20 meter.

2. Membuat pecutan apabila mendengar tiupan wisel.3. Apabila sampai ke garisan penamat, lakukan dip kepala ditundukkan sedikit dan bahagian atas badan ( torso) dicondong sedikit kehadapan atau mendada garisan penamat dengan keadaan kepala sedikit mendongak.