ptv

104
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis Menjelaskan pengenalan kepada PTV yang meliputi definisi dan ciri-ciri RBT, hubungan RBT dengan PTV; keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan dan Prinsip Pendidikan Teknikal. Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran tajuk ini, pelajar dapat: 1. Menerangkan maksud terminologi teknikal, vokasional dan teknologi; 2. Membezakan antara pendidikan teknik, pendidikan vokasional dan pendidikan teknologi; 3. Menjelaskan hubungan RBT dengan PTV; 4. Menjelaskan keperluan PTV dalam kurikulum kebangsaan; Kerangka Konsep Tajuk 1 1 Pengenalan PTV Definisi dan ciri-ciri RBT Hubungan RBT dengan PTV Keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan Prinsip dan rasional Pendidikan Teknik

description

perkembangan ptv

Transcript of ptv

Page 1: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL

Sinopsis

Menjelaskan pengenalan kepada PTV yang meliputi definisi dan ciri-ciri RBT, hubungan RBT

dengan PTV; keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan dan Prinsip Pendidikan

Teknikal.

Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran tajuk ini, pelajar dapat:

1. Menerangkan maksud terminologi teknikal, vokasional dan teknologi;

2. Membezakan antara pendidikan teknik, pendidikan vokasional dan pendidikan

teknologi;

3. Menjelaskan hubungan RBT dengan PTV;

4. Menjelaskan keperluan PTV dalam kurikulum kebangsaan;

Kerangka Konsep Tajuk 1

1

Pengenalan PTV

Definisi dan ciri-ciri RBT

Hubungan RBT dengan PTV

Keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan

Prinsip dan rasional Pendidikan Teknik

Page 2: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

1.1 Definisi dan Ciri-ciri RBT

Tahukah anda apakah maksud teknikal, vokasional dan teknologi? Mari kita teliti maksud

terminologi di bawah;

Jom kita lihat asal perkataan teknik dulu…

Perkataan teknik atau techic berasal dari perkataan Greek ‘technikos’ yang bermaksud untuk

belajar atau prinsip-prinsip teknologi. Mari kita lihat maksud berikutnya;

Teknik bermaksud;

“pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barangan hasil industry atau

kaedah mencipta sesuatu hasil seni”. (Dewan Bahasa, 1993)

Teknikal ialah……..

“pelaksanaan sesuatu kerja atau berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan

yang tertentu.” (Dewan Bahasa, 1993)

Perkataan vokasional (vocational) berasal dari perkataan Latin vocare yang bermaksud to call.

Jom kita lihat makna yang diberikan oleh Kamus Dewan dan Webster’s New World Dictionary

pula;

Vokasional ialah …….

“pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan tertentu.”

(Webster’s New World Dictionary, 1991)

2

Page 3: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Vokasional bermaksud;

“pekerjaan atau profesion yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus

pendidikan amali.”

(Kamus Dewan, 1993)

Jika kita lihat maksud bagi teknologi juga berasal daripada dua perkataan Greek iaitu technes

yang bermaksud prinsip atau kaedah yang digunakan untuk membuat barangan dan logos yang

bermaksud pengajian mengenai prinsip atau kaedah tersebut. Sila lihat maksud di bawah.

Teknologi ialah …….

“pengajian berkaitan dengan teknikal yang digunakan untuk meneruskan kehidupan.”

(Webster’s New World Dictionary, 1991)

Bagaimana pula dengan maksud Pendidikan Teknik dan Pendidikan Vokasional?

Istilah ini tidak asing kepada kita… Cuba fikirkan sejenak…

Perkembangan penggunaan istilah dalam PTV berubah mengikut perkembangan semasa.

Dunia yang sedang membangun memerlukan pelbagai jenis tenaga manusia, dan institusi

pendidikan bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan berkenaan. Rentetan itu maka

wujudlah pelbagai jenis program pendidikan berkaitan dengan teknikal dan vokasional berbeza

maksudnya seperti berikut;

3

Page 4: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Pendidikan Ketukangan ialah ………

“program latihan yang melibatkan pembentukan kemahiran dengan pengajain

teori yang paling minimum. Latihan lebih berbentuk ke arah penyediaan

untuk pekerjaan seperti tukang perabot, penurap bata dan sebagainya.”

Pendidikan Seni Perusahaan ialah ………

“pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran

teknikal berkaiatan dengan industri.”

Pendidikan Teknik ialah ………

“Pendidikan yang memberi pengetahuan teknikal yang berkaitan dengan

matapelajaran Matematik dan Sains yang kukuh.”

(Finch & Crunkilton, 1965)

Pendidikan Vokasional ialah . . .

“Satu program pendidikan tersusun yang menyediakan pelajar untuk sesuatu

pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan ijazah sarjana muda.”

(Finch & Crunkilton, 1965)

Manakala Pendidikan Teknologi ialah . . .

“satu program pendidikan yang dibentuk khusus untuk mengajar teknologi masa

lalu, masa kini dan masa hadapan, di peringkat sekolah rendah,

sekolah menengah sehingga ke peringkat ijazah sebagai

persediaan untuk hidup dalam dunia yang sentiasa berubah.”

(Finch & Crunkilton, 1965)

4

Page 5: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Renung sejenak!

Pernahkah anda mengikuti salah satu program Pendidikan Teknikal atau

Vokasional di atas? Pada pandangan anda apakah keistimewaan program

berkenaan?

1.2 Hubungan RBT dengan PTV

Reka bentuk didefinisikan sebagai susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu

produk atau impak. Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan dalam usaha manusia

mencipta dan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk menguruskan

kehidupan.

Jom kita teliti maksud reka bentuk dan teknologi ini.

”Design and Technology prepares pupils to participate in tomorrow’s rapidly changing technologies. They learn to think and intervene creatively to improve quality of life. The subject calls for pupils to become creative and autonomous problem solver, as individuals and members of a team. They must look for needs, wants and opportunities and respond to them by developing a range of ideas and making products and systems. They combine practical skills with an understanding of aesthetics, social and environmental issues, function and industrial practices. As they do so, they reflect on and evaluate present and past design and technology, its uses and effect. Through design and technology, all pupils can become discriminating and informed users of products, and become innovators.”

( DfEE/QCA, 1999: 90)

(DfEE/QCA, 1999: 90)

Design and technology is about inventing practical solutions to problems through imaginative thinking. Learners use a range of tools, materials, skills and techniques to explore, design and make products and systems that meet human needs. Working in stimulating contexts they engage in a continuous course of

5

Page 6: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

personal development, learning to use today's technologies so they can participate in developing tomorrow's.

(www.qca.org.uk, 2008)

Apakah hubungan RBT dengan PTV? Istilah ini tidak asing kepada kita… Cuba fikirkan

sejenak…Bincangkan perkembangan RBT di sekolah rendah.

1.3 Keperluan PTV dalam Kurikulum di Peringkat Kebangsaan

Pada tahun 1971, Rupert Evans mencadangkan tiga objektif asas bagi Pendidikan Vokasional

iaitu memenuhi keperluan tenaga kerja, meningkatkan pilihan individu dan memotivasikan

pelbagai jenis pendidikan. Sehingga kini, objektif ini telah menjadi dasar pembentukan objektif

PTV. Apakah pandangan anda mengenai objektif yang dibentuk oleh seorang guru? Adakah ia

dapat dimanafaatkan oleh semua pelajarnya?

Cuba bayangkan jika Sistem Pendidikan Kebangsaan pada masa kini tidak mengambilkira

keperluan individu dan negara. Mari kita lihat pandangan dan cadangan oleh pihak UNESCO

dan ILO ini.

UNESCO and ILO Recommendations (2006), in terms of the needs and

aspirations of individuals, technical and vocational education should:

a. Permit the harmonious development of personality and character, and foster

spiritual and human values, the capacity for understanding, judgement, critical thinking

and self-expression;

b. Prepare the individual for lifelong learning by developing the necessary mental

tools, technical and entrepreneurial skills and attitudes;

c. Develop capacities for decision-making and the qualities necessary for active

and intelligent participation, teamwork and leadership at work and in the community as

a whole;

d. Enable an individual to cope with the rapid advances in information and

communication technology.

6

Page 7: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Cuba kita lihat bagaimana evolusi pekerjaan berlaku? Pada mulanya, seorang ayah atau ibu

akan mewarisi kemahiran yang mereka miliki kepada anak-anaknya untuk memenuhi keperluan

survival keluarga. Apabila keluarga mula membesar menjadi masyarakat, keperluan tenaga

manusia akan difokuskan bagi memenuhi kehendak masyarakat setempat. Malaysia

memerlukan tenaga mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang.

Di sinilah bermulanya keperluan PTV untuk melahirkan tenaga manusia Negara. Maka proses

pengintegrasian Pendidikan Am dan pendidikan PTV dalam kurilukum perlu dilaksanakan

dengan berkesan jika faktor-faktor berikut diberi perhatian;

a. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang relevan;

b. Pelaksanaan program, guru dan pengajar mengutamakan kejayaan

pelajar;

c. Matlamat dan tujuan pengintegrasian relevan dengan kehendak pelajar.

d. Persekitaran pembelajaran yang kondusif; dan

e. Kandungan mata pelajaran dapat dihubungkaitkan.

Sila hayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan di bawah:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa;

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara “

7

Page 8: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Menurut Isahak, (1992) menyatakan bahawa;

“Tenaga manusia yang diperlukan dalam masyarakat industri tentulah

tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk

menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat

penyesuaian dengan cepat”

(Pidato Umum Aminuddin Baki Kali Ke – 4, UPM )

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dasar PTV telah dibentuk bagi

memantapkan sistem PTV. Ia menjurus bagi melahirkan golongan pelajar berorientasikan

pengetahuan sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga manusia Negara. Jika kita

lihat PTV mampu membangunkan diri individu untuk menjadi seorang warganegara yang

berkualiti, berakhlak dan bertanggungjawab. PTV perlu bersaing dalam dunia pendidikan yang

sedang berkembang pesat.

Jika kita teliti kewujudan sistem PTV ini mempunyai keunikannya tersendiri. Mari kita lihat

keupayaan PTV itu sendiri dalam bersaing dengan sistem pendidikan am. PTV seharusnya

berupaya;

a. Membuka peluang belajar kepada mereka yang berminat, layak dan boleh

mendapat manafaat daripadanya;

b. Member peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian dalam pendidikan

yang sama; ataupun bidang lain pendidikan am;

c. Berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan semasa

bekerja;

d. Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang memuaskan;

e. Menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat keputusan,

melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian dalam masyarakat dan kepimpinan;

f. Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan yang bersan ;

dan

g. Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem pendidikan.

Cuba teliti Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pidato umum di atas,fikirkan bagaimana

keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan?

8

Page 9: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

1.4 Prinsip dan Rasional Pendidikan Teknik

Prinsip terbentuk seiring dengan penwujudan PTV. Mengapakah prinsip ini penting?

Bolehkah anda fikirkan sejenak apakah kaitannya antara prinsip dengan amalan dan

tindakan dalam Pendidikan Teknik?

Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi jika tiada konsep asas dalam pembentukan

Pendidikan Teknik? Maka sebab itulah konsep asas adalah penting untuk dijadikan landasan

bagi pembentukan prinsip Pendidikan Teknik. Prinsip berkait rapat dengan amalan dan

tindakan. Prinsip merupakan panduan untuk tindakan dan memerlukan sokongan kukuh

daripada amalan.

“Prinsip Pendidikan Teknik ialah sebagai generalisasi yang menyatakan

amalan pilihan, dan menjadi panduan bagi pembentukan program dan

kurikulum, penilaian, pemilihan teknik pengajaran dan pembinaan polisi.”

(Miller, 1985)

Prinsip akan menggambarkan kejayaan amalan lepas iaitu sejak awal pembentukan pendidikan

teknik. Ia akan melalui perubahan masa dan keperluan, serta diubah mengikut kesesuaiannya.

Amalan bebas dan amalan baru yang berjaya akan dijadikan asas kepada pembentukan prinsip

baru atau kontemporari dalam Pendidikan Teknik. Prinsip perlu mempunyai asas falsafah yang

kukuh.

9

Page 10: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Pada tahun 1960-an, UNESCO telah menyarankan supaya Pendidikan Teknik dijadikan

sebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan secara bersepadu. Ia bukan sekadar

sebagai pemberi latihan kemahiran dan pengetahuan yang sempurna sebagai persediaan untuk

bekerja, tetapi juga untuk:

a. Memenuhi kehendak pendidikan am untuk perkembangan sahsiah dan tingkah laku;

b. Melengkapkan diri dengan kefahaman, kebolehan membuat pertimbangan,

penampilan diri yang wajar; dan

c. dapat membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah.

Malaysia telah membentuk matlamat Pendidikan Kebangsaan selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara iaitu:-

a. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu;

b. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,

berketerampilan dan sejahtera;

c. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara; dan

d. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini…..Miller, M.D. (1985). Principles and A

Philosophy For Vocational Education. Columbus, Ohio: NCRVE.

Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan lebih kefahaman iaitu

http://www.unevoc.de/convention/con-e.htm

Aktiviti 1

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki

menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Definisi bagi elemen-elemen berikut:

a. Teknik

10

Page 11: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

b. Teknikal

c. Vokasional

d. Reka bentuk dan teknologi

2. Huraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa proses pengintegrasian

pendidikan am dan pendidikan PTV dalam kurilukum.

3. Bagaimanakah kurikulum PTV itu dapat bersaing dengan sistem pendidikan am.

Bincangkan.

TAJUK 2 EVOLUSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK

DAN VOKASIONAL

Sinopsis

Mengimbas kembali evolusi perkembangan PTV dari zaman pembelajaran secara pondok

zaman penjajahan sehinggalah era kemerdekaan dan akta-akta pendidikan yang berkaitan

dengan PTV.

Hasil Pembelajaran:

Diakhir pembelajaran tajuk ini, pelajar dapat:

1. Menerangkan sejarah perkembangan PTV seawal pengajian pondok, zaman

penjajahan sehingga ke era kemerdekaan;

2. Menghuraikan akta-akta yang berkaitan dengan PTV;

3. Mengenal pasti konsep asas dan falsafah PTV;

4. Menjelaskan dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT;

5. Menjelaskan falsafah Sekolah Ketukangan;

6. Menerangkan falsafah Pendidikan Vokasional.

Kerangka Konsep Tajuk 2

11

Sejarah Perkembangan PTVEvolusi Perkembangan

PTV

Page 12: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

2.1 Sejarah Perkembangan PTV

Mari kita lihat sejarah perkembangan PTV secara global bermula daripada revolusi

perindustrian Perancis pada awal tahun 1800-an. Pada ketika itu, kajian dijalankan untuk

menghasilkan ciptaan baru untuk keperluan peperangan. Seterusnya ia berkembang ke seluruh

dunia daripada Negara-negara Eropah dan terus berkembang ke Negara Timur yang dibawa

oleh penjajah.

PTV kini memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir

untuk membangunkan negara dalam sektor perindustrian. PTV berkembang pesat dalam

menaikkan taraf pembangunan dansosial negara. Negara maju seperti Perancis dan German

mempunyai taraf kelayakan kemahiran yang paling popular dan terlaris dalam pasaran kerja

pada masa kini. Tanpa disedari ia telah meningkatkan penawaran tenaga kerja berkemahiran

tinggi dan berpengetahuan telah menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan

(k-ekonomi), kelayakan kemahiran perlu disediakan sehingga tahap tertinggi dalam sesuatu

bidang pekerjaan.

Peringkat awal sebelum kedatangan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris sehingga era awal

kemerdekaan. Sebagaimana yang kita ketahui, PTV memainkan peranan yang penting dalam

pembangunan ekonomi negara khususnya dalam bidang industri seperti pembinaan dan

pengeluaran.

Sebelum kedatangan Inggeris, sistem pendidikan Melayu

hanya terhad kepada membaca al-Quran dan

12

Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTV

Page 13: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

pembelajaran agama di pondok-pondok. Kurikulumnya sempit dan terhad kepada teks al-

Quran. Aktiviti pembelajaran hanya terhad kepada mengenal abjad-abjad Arab, mengingat dan

menghafaz doa, selain mendalami prinsip-prinsip Islam. Bahasa Melayu akan diajar setelah

mereka menguasai al-Quran.

Sistem pendidikan Melayu berubah dengan kedatangan Inggeris pada pertengahan kurun ke

19. Inggeris memperkenalkan sistem Pendidikan Vernakular Melayu, Cina dan India oleh A.M.

Skinner. Hasil rombakan dasar tersebut pada 1913, sebanyak 189 buah sekolah Vernakular

Melayu tersebut telah didirikan di seluruh Tanah Melayu. Ia terus berkembang sehinggalah

pada tahun 1938 terdapat 1169 buah sekolah Vernakular Melayu.

Pada 6 Februari 1816, Rev. R.S. Hutchings telah membuka

Penang Free School dengan menawarkan mata pelajaran PTV.

Manakala pada tahun 1916, Sekolah Vokasional telah ditubuhkan

dan diikuti pada tahun 1918, Sekolah Menengah Teknik

ditubuhkan di Kuala Lumpur. Selepas 100 tahun dijajah Inggeris,

hanya terdapat lima buah Sekolah Ketukangan di Tanah Melayu.

Pada tahun 1946, nama sekolah tersebut telah ditukarkan

kepada Sekolah Menengah Pertukangan (Secondary Trade

School). Pada tahun 1969, namanya telah bertukar sekali lagi

menjadi Sekolah Menengah Vokasional (SMV).

Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1941 hingga 1945, tidak terdapat sebarang rekod

rasmi yang mencatatkan mengenai perkembangan PTV. Akan tetapi tahukah anda bahawa

kursus-kursus bercorak teknik telah dimulakan dan diperkenalkan di Sekolah-sekolah Teknik

dan Sekolah-sekolah Ketukangan yang ada pada masa itu.

Seterusnya tahukah anda bilakah Maktab Perguruan Teknik ditubuhkan? Apakah

tujuan penubuhannya?

13

Page 14: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Setelah Tanah Melayu merdeka, para pemimpin terus berusaha menyusun satu pendidikan

kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum bagi membina satu kebangsaan

mencapai integrasi nasional. Pendidikan jika dilihat, ia menjadi satu yang berkesan serta

berupaya mencapai hasrat kerajaan. Hasrat ini bertambah kuat dengan kemunculan Laporan

Pendidikan 1956 yang dikenali sebagai Laporan Razak 1956. Laporan ini julung kali dalam

sejarah Persekutuan Tanah Melayu memperkenalkan satu pendidikan kebangsaan.

Pada era kemerdekaan, hasil Laporan Razak 1956 dan Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960

(Laporan Rahman Talib) mencadangkan pembinaan lapan buah Sekolah Ketukangan Luar

Bandar dengan nama Sekolah Lanjutan Kampung. Objektif penubuhannya adalah seperti

berikut:-

a. Menampung keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja separa mahir dalam

beberapa industri kecil yang pesat berkembang ketika itu.

b. Memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu anak mereka diajar mata pelajaran teknik.

c. Memenuhi kehendak cadangan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib

1960 mengenai Sistem Pendidikan Aneka Jurusan (Comprehensive Education

System)

Pada tahun 1960-an, Sekolah Pelajaran Lanjutan diperkenalkan untuk menyediakan tempat

bagi pelajar yang gagal peperiksaan ‘Malayan Secondary School Entrance Examination’.

Sekolah Lanjutan dikatakan kurang kerana kekurangan kemudahan kelengkapan bengkel.

Rentetan dari itu maka pendidikan kita bertukar menjadi Sistem Pelajaran Aneka

Jurusan pada tahun 1965.

Pada Tahun 1965, kesemua 19 buah Sekolah Lanjutan Kampung telah dijadikan Sekolah

Menengah Rendah untuk melaksanakan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan yang menawarkan

mata pelajaran Seni Perusahaan sebagai mata pelajaran pilihan.

Tahukah anda bahawa Sekolah Lanjutan Kampung di Butterwoth, Alor Gajah dan Pengkalan

Chepa telah dijadikan SMV pada tahun 1966 – 1970? Sila layari internet untuk mendapatkan

lebih maklumat mengenainya.

14

Page 15: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Jika kita lihat, pendidikan aneka jurusan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu;

a. Semua pelajar diberi 9 tahun pendidikan di mana 6 tahun pendidikan sekolah rendah

dan 3 tahun pendidikan sekolah menengah rendah dan 1 tahun dalam kelas

peralihan jika perlu.

b. Kenaikan darjah selepas 6 tahun pendidikan rendah secara automatik dan diberi

pendidikan lanjutan selama 3 tahun sebagai tingkatan peralihan, tingkatan 1, 2 dan 3

tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan.

c. Dari tingkatan 1 hingga 3, pelajar diberi pendidikan am dan pendidikan pra

vokasional di mana mereka perlu mengikuti satu mata pelajaran teras dan satu mata

pelajaran pravokasional, sama ada mata pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian

Perdagangan atau Sains Rumahtangga (pelajar perempuan) atau Seni Perusahaan

(pelajar lelaki).

d. Selepas 9 tahun di bangku sekolah, pelajar akan menduduki Sijil Rendah Pelajaran

(SRP) untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran sama ada dalam

pendidikan akademik, teknik atau vokasional berdasarkan keputusan SRP.

Jika kita lihat pada tahun 1950-an dahulu, ekonomi negara mula beralih daripada berasaskan

pertanian kepada perindustrian. Tujuannya adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan

objektif serta hasrat kerajaan boleh dicapai melalui kedua-dua sektor pertanian dan

perindustrian. Maka pada tahun 1960-an, terdapat banyak perkembangan menarik di sektor

pertanian, perdagangan dan perindustrian. Ia disokong dengan suasana politik yang stabil dan

harmoni, bahan mentah amat banyak dan sumber tenaga muda yang sedia ada, negara kita

menjadi tempat yang selamat untuk pelaburan.

Sehubungan dengan itu kerajaan mengambil langkah positif untuk menekankan pendidikan

teknik dan vokasional di semua peringkat. Bertitik tolak dari situlah wujudnya struktur latihan

bercorak serampang tiga mata iaitu;

a. Institusi Vokasional – melatih pekerja mahir dan separa mahir

b. Politeknik – melatih juruteknik

c. Universiti – melatih jurutera

Rentetan pelaksanaan Sistem Aneka Jurusan (1965) mulai tahun 1968, pendidikan menengah

rendah telah diubahsuai dengan memberi keutamaan kepada pelajar lulusan SRP dapat

15

Page 16: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

meneruskan persekolahan ke Tingkatan Empat. Para pelajar ini diserap masuk ke dua jenis

aliran pendidikan mengikut kelayakan dan pilihan masing-masing iaitu;

a. Pendidikan Am dan Teknikal

b. Pendidikan Vokasional

Permintaan bagi pendidikan ini semakin mencabar kerana kos pembinaan sesebuah SMV

sahaja menelan belanja antara 16 hingga 20 juta ringgit. Sedangkan pembinaan sebuah

politeknik di anggarkan berjumlah tiga atau empat kali ganda. Sudah pasti pada jangka masa

panjang, negara tidak sanggup melabur dalam dalam pendidikan ini kalau masa depannya tidak

cerah dan ia tidak akan memberi apa-apa faedah kepada negara atau masyarakat. Pendidikan

bercorak teknik dan vokasional mampu melahirkan sebuah masyarakat baru yang berilmu,

berkemahiran serta berdaya maju dan mencerminkan aspiasi Wawasan 2020.

Dapatkan maklumat seterusnya dalam buku Yahya Emat, (1996). Pendidikan Teknik

dan Vokasional Di Malaysia. Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.; 2-96.

2.2 Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTV

Tahukah anda, terdapat berapakah akta pendidikan yang berkaitan dengan Pendidikan PTV

dalam sistem pendidikan di Malaysia? Bagaimanakah kesan akta pendidikan

berkenaan kepada perkembangan sistem Pendidikan PTV di Malaysia?

Mari kita bincangkan mengenai akta-akta pendidikan yang berkaitan dengan PTV di

bawah.

a. Jawatankuasa LEMON (1918)

• Sekolah Teknik Treacher > Maktab Teknik > Institut Teknologi Kebangsaan > UTM

b. Jawatankuasa WINSTEDT (1925)

16

Page 17: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

• Sekolah Ketukangan

o Tidak mendapat sambutan dan Sindrom ‘Kolar Biru’

Mari kita teliti lima jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas

kemerdekaan, iaitu:

1. Laporan Barnes (1950)

a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.

b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan clan

memperbaiki pendidikan orang Melayu.

c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

i. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.

ii. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa

pengantar.

iii. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang

murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.

iv. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib

diajar di sekolah Melayu.

d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:

i. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan

ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

ii. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil

ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini

akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

2. Laporan Fenn-Wu (1951)

17

Page 18: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

a) Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu

(Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

b) Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina

yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan

budaya orang Cina.

c) Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada

Ordinan Pelajaran (1952)

d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:

i. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga

bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga

diadakan.

ii. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.

iii. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung

keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan

negara.

3. Ordinan Pelajaran (1952)

a) Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji

Laporan Barnes dan Fenn-Wu.

b) Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah

Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular

Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.

c) Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.

d) Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan

disebabkan masalah kewangan.

4. Penyata Razak (1956)

a) Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein

menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan

dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak

(1956).

18

Page 19: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

b) Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam

Ordinan Pelajaran 1957

c) Tujuan Penyata Razak adalah:-

i. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa

perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah

ii. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai

satu rumpun bangsa di Tanah Melayu

iii. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum

dapat dikurangkan

iv. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan

masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

v. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan

berkesan

vi. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan

progresif

vii. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan

sistem pendidikan

Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan

April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan Razak:

1. Sekolah Rendah

a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK)

yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah

Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris,

Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

b. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.

c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang

mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin

belajar.

d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan

mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.

19

Page 20: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

2. Sekolah Menengah

a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah

rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).

b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris sebagai matapelajaran wajib.

c. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama.

d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki

sekolah menengah.

3. Sistem peperiksaan

a. Sekolah Menengah Rendah

Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus

Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.

b. Sekolah menengah atas

Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan

Tanah Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.

c. Pra-U

Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran

(STP/HSC) untuk memasuki universiti.

5. LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)

Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula

perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem

pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib.

Beberapa syor telah dikemukakan:

1. Bahasa kebangsaan

a. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah,

sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

20

Page 21: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

b. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.

c. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah

menengah.

2. Kelas peralihan

Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin

bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.

3. Kenaikan automatik

a. Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah

menengah bantuan kerajaan.

b. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun

sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.

c. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa

pengantarnya.

4. Matapelajaran akhlak

a. Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.

b. Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral.

6. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1979)

a) sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji

semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya

supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan

berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan

negara dapat dicapai.

b) Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979

c) Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang

telah ditetapkan seperti berikut:

21

Page 22: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

i. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang

utama;

ii. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia

bagi semua jenis sekolah;

iii. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;

iv. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;

v. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan

pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;

vi. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;

vii. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan

mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada

kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau

pendalaman;

viii. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan

mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum

baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai

etika yang kukuh;

ix. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui

penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;

x. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di

peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains

gunaan;

xi. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;

xii. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata

pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang

sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan

Bahasa Tamil; dan

xiii. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,

seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam

dan lain-lain.

22

Page 23: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Jika kita teliti, kita akan dapati bahawa di samping strategi ini, Dasar Pendidikan

Kebangsaan juga dilaksanakan dengan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih

dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di

Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang

meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah

ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Di

antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat

Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa

Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat

Perkembangan Kurikulum.

Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Abdul Malek

Mohamad. Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;

http://pmr.penerangan.gov.my

Aktiviti 2

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki

menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

Pengenalan

Mata pelajaran KHSR merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar

dalam Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam

bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini

dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap

yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

23

Page 24: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Kurikulum ini masih menuju ke arah memperkembangkan potensi dan kebolehan murid dalam

kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran

asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan

yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan

ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan

merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif.

Masalah

Apakah kesan pelaksanaan mata pelajaran KHSR dalam membantu murid memperolehi

kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka

dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta

mengamalkan sikap serta budaya kerja yang baik?

Tugasan

Anda perlu kenalpasti bagaimanakah mata pelajaran KHSR ini boleh menyumbang kepada

perkembangan PTV di Malaysia? Anda perlu meneliti sukatan pelajaran KHSR dan

mengenalpasti elemen yang diperlukan bagi pelaksanaan mata pelajaran PTV di peringkat

menengah rendah ataupun menengah atas. Bincangkan perkaitan di antaranya. Kumpulkan

tugasan dalam folio dan kompilasikan softcopy dalam satu CD.

24

Page 25: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

TAJUK 3FALSAFAH DAN DASAR PTV SERTA PERKAITANNYA

DENGAN RBT

Sinopsis

Memperkenalkan konsep dan asas falsafah PTV, dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT;

Falsafah Sekolah Ketukangan dan Falsafah Pendidikan Vokasional.

Hasil Pembelajaran:

1. Mengenal pasti konsep asas dan falsafah PTV;

2. Menjelaskan dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT;

3. Menjelaskan Falsafah Sekolah Ketukangan;

4. Menerangkan falsafah Pendidikan Vokasional.

Kerangka Konsep Tajuk 3

25

Falsafah dan Dasar PTV serta Perkaitannya Dengan RBT

Konsep dan Asas Falsafah PTV

Falsafah Sekolah Ketukangan

Dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT

Page 26: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

3.1 Konsep dan Asas Falsafah PTV

Apakah yang akan terjadi apabila program KHSR tidak mempunyai konsep dan asas falsafah

PTV yang kukuh? Berikan pandangan anda.

Kita semua ketahui bahawa tanpa konsep dan falsafah yang kukuh akan menyebabkan setiap

program yang dirancang akan menjadi kabur, tiada matlamat yang jelas dan sudah pasti

pelaksanaannya akan terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Pembentukan program PTV

kebanyakannya menggunakan prinsip sebagai konsep asasnya.

3.1.1 Konsep Asas PTV

Falsafah, prinsip dan polisi adalah penting bagi PTV. Ketiga-tiga elemen tersebut harus wujud

dalam satu hubungan yang harmoni dan searah. Tidak wajar untuk dikatakan bahawa prinsip

adalah lebih penting daripada falsafah ataupun polisi walaupun sejarah awal pembentukan

program PTV memaparkan penggunaan prinsip sebagai konsep asas.

Prinsip menjadi konsep asas kepada pembentukan program PTV kerana ‘orang

teknikal/vokasional’dikenal sebagai individu yang praktikal.Kita dikenali sebagai pengamal

(practitioners) yang lebih mementingkan amalan daripada daripada teori. Falsafah pada ketika

itu dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan untuk membentuk program

sementara polisi berperanan sebagai asas bagi membina matlamat dan tujuan program.

26

Falsafah Pendidikan Vokasional

Page 27: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Sejarah juga telah membuktikan kepentingan dan peranan prinsip, falsafah dan polisi dalam

PTV. Pembentukan paradigma untuk PTV memerlukan falsafah yang koheren dan selari

dengan prinsip serta polisi.

Konsep asas yang sama terus dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip yang baru. Ada

juga konsep asas yang diubah bersesuaian dengan kehendak semasa ataupun digugurkan

sebagai teorem atau prinsip.

Ini adalah kerana sudah menjadi prinsip bidang teknikal/vokasional mengutamakan amalan

berbanding teori. Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan bagi

membentuk program. Sementara polisi menjadi asas bagi membina matlamat dan tujuan

program. Sejarah juga telah membuktikan bahawa prinsip, falsafah dan polisi dalam PTV

memainkan peranan yang penting bagi memastikan kejayaan sesebuah program yang

dirancang.

“Falsafah boleh didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk

mensintesis dan menilai satu sistem nilai yang menjadi asas membuat

keputusan bagi membentuk masa hadapan PTV." (Miller,

1985)

Istilah “falsafah” berasal dari perkataan Yunani,”phileosophic” .Phileo bermakna “mencintai” dan

sophic bermakna “hikmah”. Oleh itu falsafah bermaksud mencintai hikmah. Hikmah pula

mempunyai unsur-unsur nilai, pengetahuan, kematangan, pandangan jauh, dan basirah

(insight). Peranan falsafah melihat manusia dan alam sejagat secara bersepadu dan

mewujudkan hubungan yang sempurna antaranya melalui hikmah. Falsafah memberi arah

manusia untuk memilih matlamat, tujuan dan kaedah untuk mencapai matlamat tersebut.

terdapat empat ciri-ciri berfikir seseorang ahli falsafah iaitu:-

a) Berfikir dengan menggunakan pemikiran aras tinggi

b) Berfikir secara sistematik.

27

Page 28: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

c) Menyusun sesuatu skema konsep; dan

d) Berfikir secara menyeluruh.

Pendidikan berupaya mengembangkan potensi manusia ke arah pendidikan yang universal.

pendidikan bertujuan menyediakan pelajar yang seimbang dari aspek jasmania, emosi, rohani

dan intelektual. maka terdapat tiga bidang falsafah iaitu;

a. Ontologi

– teori kewujudan yang meliputi aspek kewujudan masa esa, manusia dan

alam.

b. Epistemologi

– teori ilmu yang meliputi aspek apakah ilmu, sumber ilmu, pembahagian

ilmu, dan peranan ilmu.

c. Aksiologi

– teori nilai yang meliputi aspek nilai,sumber nilai, pembahagian nilai dan

peranan nilai.

3.1.2 Falsafah Pendidikan Vokasional

Pendidikan Vokasional boleh ditakrifkan dengan dua pengertian. Secara umum ”Pendidikan

Vokasional adalah sebarang pendidikan pada mana-mana peringkat yang cuba menyediakan

manusia untuk kerjaya-kerjaya tertentu (spesifik) dalam bidang-bidang tertentu.

Dalam takrifan yang luas ini, mereka yang melengkapkan diri dengan profesion-profesion

seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan kursus-kursus pengajian tinggi yang lain

boleh dikategorikan dalam pendidikan vokasional. Untuk kegunaan harian, takrifan ini terlalu

luas dan sememangnya yang muktahir.

Jelasnya pendidikan vokasional bererti “sebarang bentuk pendidikan yang dirancang khas

dengan tujuan utama untuk menyediakan manusia dalam bidang pekerjaan sosial yang

berfaedah yang tidak memerlukan sekeping ijazah dan untuk membantu pekerja-pekerja

28

Page 29: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran mereka supaya dapat meneruskan pekerjaan-

pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan ijazah.

3.2 Dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT

Malaysia telah menyambut kemerdekaan yang ke 51 pada tahun 2008. Jika kita imbas kembali

era sebelum merdeka dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di

kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem

pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi

kehendak negara. Atas kesedaran ini maka lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran)

Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan

Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961.

Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam Tahun 1974 untuk mengkaji

semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat

untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi

keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan

Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

Jika diteliti, objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam pendahuluan

AKTA PELAJARAN 1961 adalah seperti berikut:

“Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan

Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat

memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,

sosial, ekonomi dan politiknya...”

Fikirkan bagaimanakah perkaitannya dengan RBT? Bincangkan.

29

Page 30: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

3.3 Falsafah Sekolah Ketukangan

Kita ketahui bahawa falsafah mewakili andaian dan spekulasi mengenai aktiviti manusia. Jika

dilihat secara terperinci, falsafah berfokuskan realiti, kebenaran dan nilai. Jika diimbas kembali

sejarah sistem pengajian Teknik dan Vokasional negara bermula dengan penubuhan Sekolah

Teknik Treacher di Kuala Lumpur untuk melatih juruteknik Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja

Raya pada tahun 1906. Sejak tarikh itu, Pendidikan Teknik dan Vokasional negara telah

melalui beberapa fasa perubahan dan perkembangan seiring dengan kemajuan teknologi pada

masa tersebut. Pendidikan Teknik dan Vokasional telah bermula seawal tahun 1926 dengan

penubuhan Sekolah Ketukangan yang pertama dan telah berkembangan seiring dengan

kemajuan teknologi bagi memenuhi keperluan sumber tenaga kerja dan meningkatkan

status ekonomi negara.

Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran

Malaysia telah ditubuh dan dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan pendidikan Teknik

dan Vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dan dinamakan Jabatan

Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain merangka polisi, jabatan baru ini juga

bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan vokasional selaras dengan

program pengindustrian dan modenisasi negara.

Setelah meneliti penubuhan sekolah ketukangan, apakah falsafah sekolah ketukangan?

Fikirkan sejenak…. Bincangkan bersama rakan anda.

3.4 Falsafah Pendidikan Vokasional

Kita sedar bahawa falsafah adalah penting terutamanya dalam Pendidikan Vokasional kerana ia

boleh dijadikan pegangan dan panduan untuk hala tuju, asas untuk membentuk tujuan,

matlamat dan objektif Pendidikan Vokasional. Di samping strategi pelaksanaan dalam Dasar

Pendidikan Kebangsaan dapat memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga

mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak.

30

Page 31: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi

perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan

atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Di antaranya

termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian

Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis

Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian

Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

3.4.1 Kepentingan Falsafah dalam PTV

Falsafah mewakili andaian dan spekulasi yang dibuat mengenai aktiviti manusia dan dunia.

Secara spesifik, falsafah berfokus pada realiti, kebenaran dan nilai. Oleh itu falsafah yang

dinyatakan dalam bentuk pernyataan merupakan pernyataan andaian asas mengenai realiti,

kebenaran dan nilai.

Maka untuk membentuk falsafah atau world view iaitu cara untuk melihat dunia, kita mesti

bersikap sebagai seorang ahli falsafah. Kita perlu bertanya soalan yang sesuai berkaitan realiti,

kebenaran dan nilai.

Falsafah adalah penting kepada setiap indvidu yang terlibat dengan PTV. Falsafah

menyediakan satu rangka yang boleh digunakan untuk memikirkan tentang PTV. Falsafah juga

turut menjadi panduan untuk amalan, membantu dalam keputusan mengenai perkembangan

program, pemilihan aktiviti pembelajaran, kurikulum, matlamat dan penggunaan sumber. Prinsip

bukan falsafah dan tidak bersifat seperti falsafah. Prinsip hanya menyediakan arah yang jelas

untuk pembentukan falsafah.

31

Falsafah didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai yang mewakili satu sistem nilai yang menjadi asas untuk membuat keputusan yang akan membentuk masa depan PTV

Page 32: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Implikasi aliran falsafah Progresivisme, Pragmatisme, Rekonstruktivisme dan Eksistensialisme

di dalam PTV boleh kita bincangkan bersama. Jika kita lihat, Pragmatisme merupakan salah

satu falsafah moden yang wujud dari aliran pemikiran tradisional idealisme dan realisme.

manakala Progresivisme dan Rekonstruktivisme memperkembangkan ciri-ciri pendidikan

Pragmatisme dalam aspek peranan kurikulum.

3.4.2 Implikasi Aliran Falsafah Pragmatisme dalam PTV

Perkataan Pragmatisme berasal dari perkataan Greek iaitu pragma yang bermaksud kerja di

mana ia merupakan satu kaedah mengatur dan mengurus perkara yang harus dilakukan oleh

seseorang individu. Dari aspek falsafah, ia merupakan pembinaan kehidupan manusia dan

mencari keperluan. Jika kita kaitkan dengan pandangan ahli-ahli Pragmatisme ini, mereka

menganggap bahawa idea manusia mengenai alam adalah neutral. Manusia haruslah

menerima perubahan, maka cara dan matlamat pendidikan mestilah fleksibel dan terbuka.

Pendidikan mempunyai matlamat untuk memajukan manusia dan cara adalah bagaimana

manusia melaksanakannya untuk mencapai matlamat berkenaan. Realiti mestilah dicapai oleh

manusia yang berinteraksi dengan alam sekeliling.

Aliran ini amat sesuai dengan falsafah PTV kerana is bertujuan melahirkan para pelajar yang

dapat menguasai kemahiran hasil penjelmaan daripada pengetahuan yang telah mereka

pelajari. Jika kita lihat, dalam falsafah PTV memberi penekanan kepada outcome tertentu.

sebagai contohnya, pelajar mempelajari teori teknologi pembuatan. Dalam konteks

pragmatisme, setelah pelajar itu mempelajarinya, pelajar akan dapat menyelesaikan masalah-

masalah ataupun soalan-soalan yang diberikan oleh guru.

Seterusnya diharapkan pelajar dapat menghasilkan projek rekacipta. Antara teknik

penyelesaian masalah yang digunakan dalam PTV ialah teknik Problem Based Learning (PBL),

sumbangsaran, ujikasi dan lain-lain. Teknik ini dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran

tinggi dan menguasai ilmu pengetahuan secara menyeluruh.

32

Page 33: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Jika kita kaji secara keseluruhannya, terdapat empat elemen dalam PTV yang mempunyai

implikasi daripada falsafah pragmatisme ini iaitu:-

a) Guru

• Guru merupakan ketua projek penyelidikan

• Penyertaan secara menyeluruh dalam membina ilmu

• Guru akan mengentengahnya masalah dan beberapa penyelesaian masalah

• Menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah

b) Sekolah

• Implikasinya sekolah akan dilengkapkan dengan prasarana untuk membolehkan

pelajar menjalankan amali ataupun ujikaji.

c) Pelajar

• Pelajar akan belajar perkara baru dan yang diminati sahaja.

• Mereka akan belajar mengenai alam sekeliling kerana pelajaran berkenaan akan

memberi kesan kepada kehidupan mereka.

• Hasil aplikasi falsafah ini dalam PTV, para pelajar akan mendapat pendedahan

bagaimana menyelesaikan masalah secara bijak dan teknik-teknik penyelesaian

masalah yang sesuai mengikut jenis masalahnya.

d) Kurikulum

• Kurikulum turut menerima impak daripada falsafah pragmatisme dalam PTV ini.

sebagaimana yang kita maklum, pendidikan merupakan satu kehidupan.

• Maka kurikulum perlu dikaitkan dengan masalah semasa yang perlu diselesaikan

oleh pelajar seterusnya masyarakat.

• Maka tidak hairanlah jika pada masa kini terdapat pelbagai mata pelajaran yang

berkaitan dengana kehidupan sebenar pelajar.

33

Page 34: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

• Sebagai contohnya, mata pelajaran Makanan dan Pemakanan banyak

menerangkan cara pemakanan yang sihat serta keperluan kepada kehidupan

manusia.

• Kurikulum mestilah mengandungi pelbagai pengalaman, maka kurikulum

mestilah mengikuti perkembangan semasa bagi melahirkan pelajar yang mempunyai

pengetahuan dan kemahiran semasa dalam PTV.

3.4.3 Implikasi Aliran Falsafah Progresivisme dalam PTV

Falsafah ini dibentuk oleh John Dewey pada abad ke 20 untuk tujuan pendidikan. Falsafah ini

mengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada zaman moden. Fahaman ini

berfokuskan kepada masyarakat masa kini. Progresivisme bertujuan memberi kemahiran dan

alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa

berubah. Alat ini merupakan kemahiran penyelesaian masalah di mana pelajar boleh

menggunakannya untuk mengenalpasti, menganalisa dan menyelesaikan masalah dalam mata

pelajaran seperti Matematik Moden, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan dan lain-lain

lagi.

Kurikulum di sekolah mahupun di institusi pendidikan telah dibangunkan berdasarkan

pengalaman sosial dan personal pelajar. Ahli progresivisme menyatakan bahawa pendekatan

induktif merupakan pendekatan yang sesuai digunakan bagi perkara yang berkaitan dengan

alam semulajadi. Guru tidak perlu memberi penerangan secara am atau terperinci terhadap

sesuatu subjek tetapi pelajar dapat membentuk penerangannya sendiri. Ini jelas kita lihat

apabila pelajar membentangkan hasil tugasan mereka. Tugasan yang diberi itu merupakan

tajuk-tajuk yang perlu di ajar oleh guru di dalam kelas. Pendekatan induktif ini sangat sesuai

dilaksanakan bagi memastikan pelajar lebih memahami subjek tersebut. Secara tidak

langsung, idea-idea baru berkenaan subjek berkenaan boleh dikongsi bersama dengan rakan

mereka.

34

Page 35: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Cuba kita perhatikan PTV, proses pendidikan tidak hanya berfokuskan kepada kepada buku

sahaja sebagai sumber maklumat tetapi teknologi maklumat turut menyumbang kepadanya.

Bagi PTV, pelbagai e-nota dan e-jurnal telah dapat pelajar capai menerusi internet. Penilaian

guru juga turut berubah corak di mana ia tidak lagi hanya bergantung kepada penilaian sumatif

atau formatif semata. Guru boleh menilai penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan yang

diberikan, penganjuran program oleh pelajar, kuiz dan pelbagai lagi. Kebanyakan teknik-teknik

ini telah digunapakai di peringkat sekolah rendah lagi.

Golongan falsafah Progresivisme ini menyatakan bahawa kurikulum perlu merujuk kepada

keperluan dan perkembangan semasa. Rentetan itu kita dapati bahawa kurikulum PTV wujud

hasil dari falsafah ini di mana ia tidak terbatas kepada keperluan masa lampau sahaja. Para

pelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplin ilmu dan kemahiran yang diminati untuk

mempertingkatkan perkembangan jasmani, emosil, rohani dan intelektual mereka. Guru

berperanan sebagai fasiliatator atau pemudahcara. Guru ini lebih sabar, fleksibel, kreatif,

inovatif serta bijak. Sekolah sepatutnya tidak mengajar sebarang prinsip tetap kepada pelajar

tetapi sebaliknya berperanan untuk menyediakan pelajar supaya dapat menyesuaikan diri

dengan keadaan yang berubah.

3.4.4 Implikasi Aliran Falsafah Rekonstruktivisme dalam PTV

Ahli falsafah Rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi

pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van Scottes, Kraft

dan Haas, 1979). Falsafah ini memberi penekanan terhadap penwujudan masyarakat

demokratik dan berfikiran kritis. Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik

masyarakat supaya dapat menerima, mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi. Kesan

daripada falsafah Rekonstruktivisme ini dalam falsafah PTV, guru bukan sahaja bertindak

sebagai penyampai pengetahuan malah bertanggungjawab untuk menyampaikan dan

mencadangkan kepada pelajarnya untuk membentuk masyarakat demokrasi.

Guru sebagai pemangkin kepada pelajarnya untuk berfikiran ke hadapan, mampu menguruskan

diri dan mampu membimbing pelbagai aktiviti pembelajaran secara berterusan. Guru

digalakkan membina dan memupuk bakat yang ada pada diri mereka. Ia berfokuskan ke arah

pembelajaran yang aktif dalam penyelesaian masalah. Guru juga merupakan agen perubahan

35

Page 36: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

dan pembaharuan sosial serta kebudayaan dalam masyarakat. Implikasinya ia akan

membentuk sebuah masyarakat berkemahiran yang unggul.

Aliran Rekonstruktivisme memberi penekanan yang penting kepada institusi pendidikan di

semua peringkat iaitu bermula dari peringkat sekolah, politeknik, kolej komuniti, kolej universiti,

dan universiti. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi secara

sistematik dan terancang. Jika kita lihat dari aspek sistematik, ia melibatkan kaedah, matlamat,

outcome dalam menghadapi cabaran sains dan teknologi secara global pada masa kini.

Rentetan dari itu maka wujudlah pelbagai institusi PTV seperti Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej

Universiti yang bersifat teknikal. Penwujudan Institusi Kemahiran MARA, Pusat Giat MARA,

Institut Latihan Petronas (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan lain-lain pusat

latihan bertauliah di Malaysia.

3.4.5 Implikasi Aliran Falsafah Eksistensialisme dalam PTV

Eksistensialisme bersifat terlalu individualistik dan bergantung kepada faktor-faktor subjektif

seperti intuisi, renungan kendiri, penghayatan emosi dan perasaan individu. Falsafah ini

berasaskan naturalisme bermazhabkan humanis berfokuskan kepada kewujudan manusia

berkaitan dengan individu bagi pembentukan diri sendiri. Individu berkenaan akan

bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bebas menentukan arah hidupnya. Guru mestilah

menghormati pelajar dan pelajar mestilah menghormati kebebasan yang diberikan oleh guru.

Falsafah Eksistensialisme ini telah menaik tarafkan PTV menjadi salah satu pendidikan yang

penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya memenuhi keperluan tenaga

kerja negara. Masyarakat yang menguasai pendidikan PTV ini akan dapat membangunkan

masyarakat ke arah yang lebih pembinaan negara bangsa yang cemerlang. Ini dapat kita lihat

dengan pembinaan Empangan Saad di Baghdad, secara tidak langsung mampu menjana

pembangunan ekonomi di negara tersebut.

Manakala jika kita lihat penerokaan angkasa lepas oleh angkasawan negara yang lalu menjadi

indikator kepada pembangunan pendidikan PTV dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi

dunia. Kemajuan pengetahuan kejuruteraan telekomunikasi ini telah melahirkan pelbagai

rekabentuk dan teknologi telefon mudah alih yang turut menyumbang kepada pembangunan

perhubungan, ekonomi, sosial, politik dan keselamatan kepada masyarakat. Ini jelas

36

Page 37: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

menunjukkan bahawa aliran falsafah Eksistensialisme ini mampu membawa perubahan yang

besar kepada masyarakat.

Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Abdul Malek

Mohamad. Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai falsafah pragmatisme,

progresivisme, rekonsruktivisme dan eksistensialisme.

Aktiviti 3

Sila tandakan √ pada pernyataan yang benar dan tandakan X pada pernyataan

yang salah pada ruangan yang disediakan di bawah. Anda diberikan masa selama

10 minit untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan.

1. Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan

bagi membentuk sesuatu program.

2. Seseorang ahli falsafah akan berfikir secara menyeluruh dan

sistematik dengan mengambilkira semua aspek yang melibatkan fahaman

mereka.

3. Pendidikan Vokasional akan menyediakan manusia untuk kerjaya-kerjaya

tertentu (spesifik) dalam bidang-bidang tertentu sahaja.

4. Falsafah PTV memberi penekanan kepada outcome tertentu

sahaja.

5. Aplikasi falsafah rekonstruktivisme dalam PTV akan menjadikan para

pelajar bijak menyelesaikan masalah dan boleh memilih dan

37

Page 38: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

mengaplikasikan teknik-teknik penyelesaian masalah yang sesuai mengikut

jenis masalahnya

6. Para pelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplin ilmu dan

kemahiran yang diminati untuk mempertingkatkan perkembangan jasmani,

emosil, rohani dan intelektual mereka dalam falsafah eksistensialisme

7. Guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mestilah menghormati

kebebasan yang diberikan oleh guru bagi ahli fahaman eksistensialisme.

8. Guru boleh menilai penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan yang

diberikan, penganjuran program oleh pelajar, kuiz dan pelbagai lagi teknik

mengikut fahaman ahli falsafah progresivisme.

TAJUK 4 FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Sinopsis

Membincangkan mengenai fungsi PTV dari aspek peranan dan fungsi PTV dalam konteks

individu, sosial dan ekonomi; sorotan laporan kajian mengenai PTV dan menilai

keberkesanannya; kreativiti dalam penagajaran dan pembelajaran RBT; ciri-ciri kualiti dalam

pengajaran dan pembelajaran; dan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam RBT.

Hasil Pembelajaran:

1. Menerangkan peranan dan fungsi PTV dalam konteks individu, sosial dan ekonomi;

2. Mengenal pasti sorotan kajian mengenai PTV dan dapat menilai keberkesanan

kajian berkenaan;

3. Menjelaskan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT;

4. Mengenal pasti ciri-ciri kualiti pengajaran dan pembelajaran; dan

5. Menjelaskan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam RBT

Kerangka konsep tajuk 4

38

Page 39: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

4.1 Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi

Tahukah anda peranan dan fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem pendidikan

di negara kita?

Pendidikan berperanan membentuk modal insan yang mahir, harmonis, cekap, berketrampilan,

beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, bijak

mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh, serta memiliki ciri-ciri seorang

keusahawanan. Dalam konteks negara kita, pendidikan diharapkan dapat melahirkan seorang

insan berketrampilan seperti yang dicitrakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Peningkatan bilangan murid dalam aliran pendidikan teknik dan vokasional berlaku disebabkan

oleh kesedaran masyarakat, ibu bapa dan murid sendiri mengenai kepentingan pekerjaan yang

mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal serta kepentingannya terhadap permintaan

pasaran kerja yang ada kaitannya terhadap keperluan untuk pembangunan ekonomi negara.

Pada era globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang dari pelbagai

punca, negara memerlukan modal insan yang bukan sahaja memiliki pengetahuan sahaja,

39

FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi

Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT

Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai Keberkesanannya

Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Aplikasi literasi, 3M, dan ICT dalam RBT

Page 40: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran, baik dari segi teknikal dan juga dari segi

soft skill iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif dan berpandangan jauh agar mereka

boleh bersaing dengan negara lain.

Peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks individu:

• Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta membentuk nilai-nilai spiritual, nilai-

nilai kemanusiaan, dan kemahiran berfikir secara harmoni;

• Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat melalui pembangunan alat-alat

berfikir yang diperlukan, sikap, kemahiran keusahawanan dan teknikal;

• Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan kemahiran kerja berpasukan serta

kepimpinan di tempat kerja dan komuniti; dan

• Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas dalam bidang teknologi

maklumat dan komunikasi.

Manakala peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks sosial dan

ekonomi:

• Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalam perkembangan ekonomi,

budaya, sosial dan pendemokrasian;

• Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam aspek teknologi dan saintifik;

• Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengekalan pembangunan alam

sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain dalam kehidupan mereka;

• Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hayat yang boleh disesuaikan

dengan keperluan negara tertentu dan perkembangan teknologi yang meluas; dan

• Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak dalam sistem pendidikan dan

antara sekolah ke dunia pekerjaan.

Maklumat lanjut, sila rujuk buku ini, Unesco and ILO Recommendation (2006).

4.2 Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai Keberkesanannya

Tahukan anda apakah kepentingan kajian mengenai PTV dan keberkesannya dijalankan?

Sila fahami petikan di bawah.

40

Page 41: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

“A critical challenge that faces human society at the start of the twenty-first century is to

attain full employment and sustained economic growth in the global economy and social

inclusivity. The ILO’s framework of decent work addresses both the quality and quantity of

employment and provides a basis for new education and training policies and strategies.

Human resources development, education and training contribute significantly to

promoting the interests of individuals, enterprises, economy and society. By making

individuals employable and informed citizens, human resources development and training

contribute to economic development and to achieving full employment and promoting

social inclusion. They also help individuals to gain access to decent work and good jobs,

and escape poverty and marginalization. Education and skills formation could lead to less

unemployment and to more equity in employment.”

(UNESCO & ILO RECOMMENDATION, 2002:53)

Seterusnya bincangkan beberapa kajian mengenai PTV dan keberkesanannya yang telah

dijalankan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. Apakah perkaitannya dengan pernyataan

oleh UNESCO & ILO RECOMMENDATION, 2002:53 di atas?

Maklumat lanjut, sila baca buku ini…..Unesco and ILO Recommendation (2002).

Secara umumnya, PTV masih lagi di peringkat formatif. Sehubungan itu, program-program di

bawah PTV memperoleh kelebihan daripada penilaian semasa program yang dijalankan. Jenis-

jenis pengurusan, kualiti pelajar, kebolehsediaan, kecukupan, dan penggunaan kemudahan,

organisasi dan gaya pentadbiran, kaedah penilaian prestasi, jenis program, jenis masalah

program, program persediaan guru, masalah permintaan dan penawaran, sumber manusia dan

sebagainya merupakan pelbagai pembolehubah yang menarik perhatian penyelidik dalam

penilaian PTV. Kajian dan penilaian yang dijalankan menjadi amat penting kepada perancang,

pembuat dasar dan pentadbir berkaitan PTV.

Isu-isu penyelidikan PTV yang dikaji oleh penyelidik-penyelidik adalah dari pelbagai kerangka

kerja berdasarkan pelbagai arah orientasi disiplin dalam pendidikan iaitu:

• Falsafah Pendidikan

• Sejarah Pendidikan

41

Page 42: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

• Pendidikan Perbandingan

• Psikologi Pendidikan

• Sosiologi Pendidikan

• Ekonomi Pendidikan/Perancangan Pendidikan/Pengurusan Pendidikan

• Pengajian Kurikulum

• Pentadbiran dan Organisasi Sekolah

• Pendidikan Tidak Formal

• Penilaian

Kerangka kerja ini juga digunakan bagi mengklasifikasikan kajian yang telah dijalankan dalam

bidang pendidikan teknik dan vokasional. Di Malaysia, kajian mengenai PTV dan

keberkesanannya membawa kepada perubahan beberapa dasar bagi mengukuhkan lagi PTV.

Antara perubahan dasar-dasar tersebut ialah

• Penstrukturan 69 buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah

Menengah Teknik (SMT) secara berperingkat mulai sesi persekolahan 1995/96.

• Pelan tindakan peningkatan pengeluaran tenaga manusia teknikal bagi tempoh

1996 – 2020

• Program latihan kemahiran dan pendidikan vokasional kepada pelajar-pelajar

yang berpencapaian rendah dan sederhana rendah.

4.3 Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT

Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada kemahiran teknologi

dan kreativiti. Mata pelajaran ini dapat menyediakan murid dengan pengetahuan dan

kemahiran teknologi untuk menghasilkan produk yang berlainan dengan menggunakan proses

reka bentuk. Murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta melakukan kajian reka

bentuk dan fungsi terhadap sesuatu produk. Murid juga menggunakan teknik dan proses

pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam

serta penghasilan projek elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid juga menghasilkan

tanaman hiasan dan melakukan kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan

untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi

penekanan. Ringkasnya, terdapat peluang yang cukup bagi membangunkan kemahiran kreatif

murid melalui pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi

42

Page 43: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Pembelajaran secara sokongan (scaffold) diperlukan dalam pembelajaran reka bentuk dan

teknologi. Dalam mempertimbangkan kepentingan kreativiti, semua murid mempunyai hak yang

sama untuk menjadi kreatif dan mempunyai capaian penuh terhadap peluang dalam bidang-

bidang kreatif kurikulum. Namun, murid-murid tidak bertindakbalas dengan cara yang sama

terhadap kreativiti. Peluang untuk murid-murid berkembang kreatif dalam bilik darjah

bergantung kepada sokongan (Scaffold) maksimum oleh guru-guru, rakan sebaya dan

keluarga. Terdapat sedikit penyelidikan dan kefahaman berkaitan sokongan (scaffold) dalam

reka bentuk dan teknologi. Walau bagaimanapun, scaffold telah didefinisikan dan dibincangkan

secara umum oleh Vygotsky (1978), Gardner (1995), Rogoff (1990), dan secara spesifik dalam

konteks bilik darjah oleh Fryer (1996) dan Beetlestone (1998).

Masalah reka bentuk dan teknologi boleh ditangani melalui dua pendekatan utama iaitu:

• penyelesaian masalah melalui proses kognitif iaitu untuk pembelajaran dan

berfikir; dan

• penyelesaian masalah secara kreatif.

Penyelesaian masalah melalui proses kognitif tersebut merupakan jenis pemikiran aras tinggi.

Manakala penyelesaian masalah secara kreatif merupakan manifestasi personaliti dan

penampilan bagi sosial dan motivasi seseorang murid.

Strategi bagi mencapai kemahiran berfikir dalam konteks reka bentuk dan teknologi

merangkumi:

• Refleksi guru, pemodelan dan kemahiran berfikir;

• Penyelesaian masalah

• Pembelajaran koperatif; dan

• Perbincangan kumpulan.

Secara ringkasnya, fasa-fasa tugasan bagi mengembangkan kemahiran berfikir pelajar dalam

konteks reka bentuk dan teknologi adalah sepertimana ditunjukkan dalam jadual 4.1

Jadual 4.1 Fasa-Fasa Dalam Tugasan Reka Bentuk dan Teknologi Membangunkan Kemahiran Berfikir Di Kalangan Pelajar

Merangka tugas

Menarik perhatian murid

Melaksanakan taklimat ringkas bagi tugasan membuat keputusan.

43

Page 44: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Menyatakan kepentingan tugasan

Menunjukkan bagaimana pengalaman sedia ada dan tugasan praktikal berfokus dapat membantu mereka.

Mengenalpasti peringkat-peringkat dalam melaksanakan tugasan membuat keputusan.

Menentukan tujuan

Memberikan keyakinan

Menjelaskan prosedur

Menjalankan Tugasan Mencabar

Meningkatkan cabaran (Sebahagian dan bukannya semua)

Memberikan taklimat ringkas secara terbuka atau tertutup. Menyediakan pelbagai maklumat yang berbeza. Mengurangkan arahan dan meminta murid menangani kesukaran mereka sendiri. Menggunakan tugasan tambahan.

Perbincangan Mengimbas kembali Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan. Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan dalam reka bentuk dan proses pembuatan. Melihat alternatif-alternatif yang ada. Menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan pada masa akan datang.

Maklumat lanjut, sila rujuk Owen-Jackson (2002) muka surat 230.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu menjadi andasan dalam pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran "Reka Bentuk dan Teknologi". Daya imaginasi, kreativiti murid

perlu dijanakan dan diperkembangkan. Antara contoh kemahiran berfikir yang perlu diberi

tumpuan ialah :

• Membezakan bentuk-bentuk asas dalam pesekitaran

• Menghubung kait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk

• Menjana idea kreatif dan inovatif

• Mentafsir lukisan kerja

• Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek

• Membuat keputusan, memilih projek,alatan tangan dan bahan yang diperlukan

• Mengkelaskan jenis tanaman hiasan.

44

Page 45: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Aktiviti refleksi boleh diaplikasikan pada peringkat perbincangan dan mengimbas kembali dalam

melaksanakan tugasan reka bentuk dan teknologi. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah

• menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan;

• menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan

dalam reka bentuk dan proses pembuatan;

• melihat alternatif-alternatif yang ada; dan

• menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan pada masa akan

datang.

Bincangkan fungsi RBT dari segi melatih murid dalam penyelesaian masalah dan reka bentuk,

pemikiran kreatif dan kritis, pemikiran aras tinggi, pembelajaran scaffold dan aktiviti refleksi.

4.4 Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Perkembangan dan proses pembinaan kemahiran murid dalam pengajaran dan pembelajaran

reka bentuk dan teknologi boleh dilaksanakan melalui penyertaan dan penghayatan secara

aktif dalam satu proses yang berdaya cipta kreatif dan inventif. Idea-idea baru boleh

dibangunkan dan diubahsuai atau diperbaiki daripada sesuatu bahan atau produk yang telah

sedia ada. Dalam setiap proses ini murid juga mendapat pengalaman dalam membuat

keputusan, bertanggungjawab terhadap idea-idea yang digunakan, serta bertanggungjawab

terhadap kesan penggunaan idea tersebut untuk kehidupan yang akan datang.

Pengetahuan dan kefahaman dalam reka bentuk dan teknologi boleh dilakukan melalui

kaedah pengajaran yang berkesan. Sehubungan itu, kaedah pengajaran yang

berkesan saling mempengaruhi pengetahuan dan pemahaman, bagaimana sesuatu kerja

merupakan satu pelengkap dan pertambahan kepada sesuatu yang lain, dan bagaimana

beberapa masalah boleh diselesaikan dengan bersubjekkan orientasi. Banyak idea, pelbagai

sumber, dan bahan diperlukan dalam penyelesaian hampir semua masalah manusia. Murid

45

Page 46: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

dapat melihat perkaitan antara pengetahuan dan kefahaman, banyak idea dan sumber

diperlukan dalam menyelesaikan masalah.

Ia juga memberi kesedaran kepada murid tentang konteks sosial perilaku manusia. Contohnya

hampir semua manifestasi reka bentuk dan proses teknologi, menyatakan dengan jelas bahawa

membuat keputusan tidak boleh dijalankan dalam pengasingan. Melalui sumber-sumber yang

ada mereka cuba mencapai matlamat untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan memberi

kepuasan maksimum kepada keperluan pelanggan-pelanggan dan seluruh masyarakat.

Sikap dan kualiti peribadi murid boleh dipupuk melalui pendidikan reka bentuk dan teknologi. Ini

dapat dilakukan melalui penumpuan terhadap prestasi kemahiran, integriti dan kejujuran dalam

menjayakan sesuatu projek. Kerja mahir adalah penting jika peralatan dibina bertujuan untuk

memberi perkhidmatan yang diperlukan, dan memastikan keselamatan pengguna-

penggunanya. Contohnya seperti kerja bahan-bahan konkrit yang memerlukan pengendalian

yang jelas dan tepat serta kemahiran yang tinggi. Paling utama, reka bentuk dan proses

teknologi menyediakan satu alat inkuiri di mana murid dapat merasai pengalaman sebenar

sama seperti kehidupan dewasa. Pengalaman berikut mungkin akan memberi satu

kebolehgunaan umum yang luas kepada murid dalam pemupukan sikap positif dan kualiti

peribadi unggul bagi menjalani kehidupan semasa dewasa.

Kurikulum Nasional Britain pula mendefinisikan Reka Bentuk dan Teknologi kepada empat

sasaran yang terdiri daripada mengenalpasti keperluan dan peluang, menjana rekabentuk,

merancang dan melaksanakan dan akhirnya menilai. Murid seharusnya boleh mengenal pasti

dan menyatakan dengan jelas tentang keperluan dan peluang untuk mereka bentuk dan aktiviti

teknologi melalui penyiasatan terhadap konteks rumah tangga, sekolah, rekreasi, perniagaan

dan industri. Kemudian melalui maklumat-maklumat yang diperolehi murid akan menjana

spesifikasi reka bentuk, meneroka idea bagi menghasilkan cadangan reka bentuk dan

membangunkan sehingga menjadi kenyataan, sesuai dan boleh dilaksanakan.

Murid juga seharusnya mampu membuat artifak, sistem dan persekitaran, menyediakan dan

melakukan perancangan, mengenalpasti, mengurus, dan menggunakan sumber yang sesuai

termasuk pengetahuan dan proses. Akhirnya murid boleh membangunkan, berkomunikasi dan

bertindakbalas atas penilaian terhadap proses, keluaran, dan kesan terhadap reka bentuk dan

aktiviti teknologi dan sebagainya termasuk dari segi masa dan budaya.

46

Page 47: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Nilai-nilai dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh membentuk personaliti murid.

Sehubungan itu, nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan perlu merentasi

aktiviti pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Langkah ini akan dapat

memupuk nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran

terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan sumber

supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup di kalangan murid.

Pembinaan kemahiran kolaboratif dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh

direalisasikan melalui projek kumpulan. Secara umumnya, murid memerhati dan meniru apa

saja perkara yang mempesonakan dalam dunia sosial mereka (Hope, 2004). Murid

membincangkan secara terbuka, memuji dan menyesuaikan idea orang lain untuk digunakan

dalam kerja mereka. Sehubungan itu, projek kumpulan dapat menyediakan peluang secara

spesifik bagi mengembangkan kemahiran kolaboratif. Selain itu, aktiviti kolaborasi boleh

dilakukan dengan cara menghubungkan reka bentuk dan teknologi dengan bidang lain seperti

sains dan matematik, ICT dan sebagainya (Sage, 2002).

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and

Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony

Rowe Ltd.

4.5 Aplikasi Literasi, 3M dan ICT dalam RBT

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan literasi ?

Definisi literasi ...

”able to recognize when information is needed and have the ability to locate, evaluate

and use effectively the needed information” (Ron, R., 1995)

• LITERASI – Keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada perkataan.

47

Page 48: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Literasi, 3M, dan ICT memberikan impak yang besar kepada pembangunan pendidikan di

sekolah rendah. Terdapat usaha mengembangkan literasi, 3M dan ICT melalui reka bentuk dan

teknologi. Sebagai contoh, reka bentuk dan teknologi boleh digunakan bagi mengembangkan

kemahiran lisan dan mendengar. Penggunaan fiksyen, teks atau cerita tentang reka bentuk dan

teknologi dengan diikuti sesi latihan amali boleh dilakukan bagi memperkembangkan literasi,

3M dan ICT.

Kerja-kerja literasi yang berfokus kepada perkataan, ayat yang berasaskan tema reka bentuk

dan teknologi dapat menyediakan murid kepada pembelajaran istilah dan perkataan secara

spesifik. Perkataan dalam permainan yang berfokuskan tema seperti alat-alat dan

kegunaannya, bahan dan sifat bahan, mekanisme dan jenis-jenis pergerakan boleh digunakan.

Manakala teks bukan fiksyen dengan isi kandungan reka bentuk dan teknologi boleh digunakan

dalam pelbagai cara. Teks boleh digunakan untuk meneroka, memperkenal atau mengukuhkan

pengetahuan dan kefahaman berkaitan kerja reka bentuk dan teknologi sedia ada atau bagi

merancang untuk masa depan.

ICT pula menyediakan peluang tambahan bagi memperkembangkan literasi, 3M dan

merapatkannya dengan reka bentuk dan teknologi. Sehubungan itu, ICT boleh digunakan

dalam reka bentuk dan teknologi sebagai bahan sumber, alat atau komponen. Antara contoh-

contoh peranan ICT ialah:

• Sebagai sumber maklumat atau rangsangan bagi projek dan aktiviti (ini meliputi

internet, CD-ROM, dan pangkalan data berasaskan komputer);

• Menjana dan membangunkan idea reka bentuk, menggunakan lukisan, berasaskan

perisian.;

• Mengumpul, menyimpan, menganalisis dan mengesan maklumat menggunakan

pangkalan data atau lembaran kerja;

• Berkomunikasi dengan menggunakan e-mail dan perisian penerbitan atas meja;

• Memodel dan merangsang situasi menggunakan perisian khusus;

• Merancang dan membuat jujukan peristiwa menggunakan perisian bagi menghasilkan

carta alir;

• Merekod proses terlibat dan menilai menggunakan perisian pemprosesan perkataan,

kamera digital, rakaman audio dan video;

• Menghasilkan wallpaper, imej, dan clip art menggunakan perisian khusus; dan lain-lain

lagi.

48

Page 49: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Ritchie, R. (2001). Primary design and

technology: A process for learning (2nd ed). London: David Fulton Publishers (m.s 60 –

62).

Tahukah anda, dalam tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha

untuk kembali semula kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada

penguasaan kemahiran 3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. Melalui

pengajaran pemulihan pada Tahap I (Tahun 1-3) ini, keperluan murid yang mempunyai masalah

pembelajaran dikenalpasti dan pihak sekolah memastikan mereka menguasai

kemahiran 3M ini.

Manakala penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah

mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Komputer dalam

pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya

mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi

cabaran masyarakat yang berasaskan Information Communication Technology (ICT).

Ringkasnya, murid perlu digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Ini boleh dilakukan melalui pengumpulan,

pemilihan dan pemprosesan maklumat. Kemahiran ICT murid juga boleh diperkembangkan

seperti melayari laman web, menggunakan perisian, CD-ROM dan pengkalan data serta

berkomunikasi secara elektronik.

Bagaimanakah mengaplikasikan literasi, 3M dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran RBT

di sekolah rendah?

Latihan

Bagi menguji tahap kefahaman anda, sila jawab soalan di bawah.

49

Page 50: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

1. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memainkan peranan dan fungsi penting dalam

melahirkan modal insan untuk pembangunan negara. Sehubungan itu, jelaskan

peranan dan fungsi PTV dari segi berikut:

a) konteks individu

b) konteks sosial dan ekonomi

2. Isu-isu penyelidikan PTV yang pelbagai telah menarik perhatian ramai penyelidik

daripada pelbagai orientasi disiplin pendidikan. Di Malaysia, dapatan penyelidikan PTV

telah membawa kepada beberapa perubahan dasar pendidikan PTV. Sehubungan itu,

bincangkan kepentingan penyelidikan PTV.

3. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada kemahiran

teknologi dan kreativiti. Mata pelajaran ini dapat menyediakan murid dengan

pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan produk yang berlainan

dengan menggunakan proses reka bentuk. Bincangkan bagaimana anda

mengembangkan kreativiti pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan

teknologi.

TAJUK 5SISTEM PTV: PERINGKAT SEKOLAH RENDAH,

INSTITUT FARMAL DAN TIDAK FORMAL

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan tentang Sistem PTV di peringkat Sekolah Rendah, Institusi Formal dan

Tidak Formal. Juga menjelaskan serba sedikit mengenai latihan perantisan, Sekolah Aneka

Jurusan, Sekolah Vokasional dan Teknik, Institusi Awam serta Institusi Swasta.

Hasil Pembelajaran:

Di akhir tajuk ini anda seharusnya dapat menguasai hasil pembelajaran berikut iaitu:

1. Menerangkan mengenai latihan perantisan ;

2. Menjelaskan program-program PTV yang terdapat di bawah institusi formal;

50

Page 51: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

3. Membezakan program-program yang terdapat di bawah Institusi Pendidikan Tinggi

Awam dengan Institusi Swasta;

4. Membezakan antara aktiviti yang dijalankan semasa latihan di tempat kerja dengan

pendidikan tidak formal;

Kerangka konsep tajuk 5

5.1 Latihan Perantisan

“ Apprenticeship is occupational training that combines on-the-job experience with classroom instruction. Apprentices usually begin at half the salary of trained people (journey workers) who have industry certification, and receive pay increases as they learn to perform more complex tasks. When they become journey workers, they increase their chances of finding a well-paying job in the industry and can become supervisors or go into business for themselves. “

Skim-skim latihan perantisan ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran teknikal (multi-skills) di dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan serta mewujudkan lebih banyak peluang-peluang latihan kepada lepasan sekolah/belia-belia.

Di bawah skim-skim latihan perantisan ini, pelajar-pelajar ditaja oleh majikan sektor perindustrian dan perkhidmatan untuk mengikuti latihan teori dan praktikal selama 2 1/2 bulan - 6 bulan bagi modul pilihan dan 18 bulan bagi modul penuh. Para perantis akan dilatih di institusi-institusi latihan tempatan (off-the-job) serta menjalani latihan sambil kerja (on-the-job)di tempat/premis majikan penaja.

51

SISTEM PTV

Latihan Perantisan.

Latihan Di Tempat Kerja

Institusi Formal

Pendidikan Tidak Formal

Page 52: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Mereka yang dipilih dikehendaki menandatangani satu Kontrak Perantisan dengan majikan penaja dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Perantis dikehendaki berkhidmat dengan majikan penaja selama 1 hingga 3 tahun setelah tamat latihan (jika ditawarkan pekerjaan oleh majikan penaja).

Tahukah anda apakah bentuk latihan perantisan yang ada di Malaysia pada

masa kini? Cuba bandingkan bentuk latihan perantisan di Malaysia dengan

negara maju yang lain.

Dapatkan maklumat lanjut di internet. Kumpulkan maklumat dan buatkan peta minda

untuk menunjukkan kefahaman anda mengenainya.

5.2 Institusi Formal

5.2.1 Sekolah Aneka Jurusan (Komprehensif)

Tahukah anda bahawa Bahagian Teknik dan Vokasional telah mengubahsuai Sistem

Pelajaran Teknik dan Vokasional di peringkat Sekolah Menengah Rendah pada

tahun 1965?

Dilaksanakan pada tahun 1965. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Komprehensif. Di mana

empat mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan daripada Tingakatan 1 hingga Tingkatan

3 yang dianggap sebagai mata pelajaran elektif iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian,

52

Page 53: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. Peralihan ini telah memansuhkan Sekolah Lanjutan

Kampung.

Dalam mata pelajaran elektif, diadakan latihan amali dan teori mengikut kehendak kursus.

Corak mata pelajaran teknik dan vokasional diterapkan kepada murid-murid dalam mata

pelajaran elektif di bawah sistem aneka jurusan.

Fikirkan sejenak! Apakah ciri-ciri sistem pendidikan aneka jurusan ini?

5.2.2 Sekolah Vokasional dan Teknik

Tahukah anda bahawa Sekolah Menengah Vokasional telah ditubuhkan pada tahun

1968. Pada tahun berapakah ia telah di naik taraf ke Sekolah Menengah Teknik?

Tujuan penubuhan Sekolah Menengah Vokasional adalah untuk memberi latihan dan

kemahiran kepada pelajar bersesuaian dengan pekerjaan di sektor perindustrian, perusahaan,

pertanian dan sektor-sektor lain yang berkaitan. Sekolah ini menawarkan empat bidang kursus

vokasional iaitu Pertukangan, Perdagangan, Pertanian dan Sains Rumah Tangga.

Di samping mempelajari mata pelajaran vokasional, murid-murid juga diberi peluang untuk

mempelajari mata pelajaran am. Satu pertiga daripada seluruh masa persekolahan ditumpukan

kepada mata pelajaran am seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Ilmu Hisab, Ilmu

Kemasyarakatan dan Pelajaran Agama Islam bagi pelajar Islam.

Setelah dua tahun mengikuti kursus di Sekolah Menengah Vokasional, murid-murid akan

menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia ( SPVM ) yang diakui setaraf

dengan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Selain menceburi bidang pekerjaan, pelajar yang

mempunyai pencapaian yang baik dalam bidang akademik boleh melanjutkan pelajaran

sehingga ke Politeknik dan Universiti.

53

Page 54: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Manakala Sekolah Menengah Teknik mempunyai pertalian dengan Treacher Technical Institute

(1906) yang ditubuhkan oleh pihak Inggeris. Tujuan Sekolah Menengah Teknik adalah untuk

memberi pelajaran am yang lebih cenderung kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran tinggi

di bidang teknikal. Terdapat tiga kursus utama yang ditawarkan iaitu Kejuruteraan Awam,

Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian. Kemudian Perdagangan diperkenalkan untuk memberi

peluang kepada pelajar perempuan bagi memenuhi cadangan Rancangan Malaysia Kedua.

Fikirkan, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan Sistem

Pendidikan Vokasional dan Teknik di Malaysia?

Dapatkan maklumat lanjut dari internet.

5.2.3 Institusi Pendidikan Tinggi Awam

Tahukah anda bahawa dalam tahun 1990-an, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengkaji

semula kurikulum PTV supaya ia memenuhi kehendak industri. Kajian telah dibuat untuk

melahirkan lebih ramai tenaga mahir selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Sehubungan dengan itu Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwujudkan lebih awal berbanding

institut lain di bawah MARA. UiTM memberi peluang kepada lepasan SPM/MCE untuk

menyambung pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam bidang pembangunan

industri. Graduan lepasan UiTM dapat menarik minat sektor perbankan, perdagangan,

perindustrian, sektor awam dan sektor swasta. Selain itu graduan ini juga boleh melanjutkan

pelajarannya di dalam dan di luar negara yang dibiayai oleh pihak JPA dan sebagainya.

54

Page 55: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

5.2.4 Institusi Swasta

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan konsep penswastaan institut teknikal

dan sekolah teknik kepada industri. Tahukah anda apakah tujuan penswastaan ini? Mari kita

bincangkan matlamat di bawah;

a. Memberikan latihan kepada pelajar vokasional menjalani latihan di industri-industri

pengeluaran;

b. Mendapatkan pengalaman yang lebih dalam bidang kursus yang dijalani; dan

c. Mengurangkan kos kerajaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesa sektor swasta menawarkan kursus teknikal

kepada pelajar lepasan sekolah. Pada tahun 1993, sektor kerajaan dan sektor swasta iaitu

Pertubuhan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) bergabung tenaga untuk memainkan peranan

yang sama bagi meningkatkan tahap kemahiran.

Dapatkan maklumat berkaitan apakah tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak

swasta ini dalam memperkembangkan sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional

di Malaysia.

5.3.1 Sekolah Ke Kerjaya (SKK)

Kenapa agaknya Sekolah ke Kerjaya di berhentikan sedangkan ia mempunyai

banyak faedah kepada pelajar?

Konsep Program SKK

SKK ialah satu program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi mengembangkan potensi

pelajar dengan membekalkan mereka pengetahuan dan kemahiran boleh guna melalui

pengalaman tempat kerja. Program SKK mengandungi dua komponen iaitu:

55

Page 56: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

i) Pengajaran dan pembelajaran menggunakan sukatan pelajaran yang minimum, dan

ii)Latihan di tempat kerja untuk mendapat kemahiran boleh guna melalui pengalaman

tempat kerja.

Objektif program SKK adalah seperti berikut:

i) untuk membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan pembelajaran

setaraf dengan kebolehan dan keupayaan mereka dari segi akademik

ii) untuk mengembangkan potensi dan kemahiran boleh guna pelajar dengan

melalui pengalaman tempat kerja, dan

iii) untuk memanfaatkan masa di peringkat sekolah menengah terutama bagi mereka

yang berpencapaian rendah dari segi akademik.

Sukatan Pelajaran Minimum

Tahukah anda bahawa sukatan pelajaran untuk SKK ini hanyalah sukatan minimum. Ia

mengandungi beberapa topik terpilih mata pelajaran teras dan elektif Tingkatan 4 dan 5.

Objektif sukatan pelajaran minimum ialah:

i) membantu pelajar yang berpencapaian rendah menguasai topik yang dipilih, dan

ii) membantu guru bagi membimbing pelajar untuk mencapai kelulusan dalam Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi mencapai objektif-objektif tersebut di atas, sukatan pelajaran yang minimum bagi mata-

mata pelajaran berikut telah disediakan untuk kegunaan sekolah. Sukatan pelajaran minimum

ini mengandungi topik-topik terpilih yang dijangka dapat membantu pelajar bersedia untuk

menghadapi peperiksaan SPM.

- Mata Pelajaran Teras

- Mata Pelajaran Elektif

- Bahasa Melayu Ekonomi Asas

- Bahasa Inggeris Kesusasteraan Melayu

- Sains Geografi

- Matematik

56

Page 57: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

- Sejarah

5.3.2 Latihan Tempat Kerja (LTK)

Latihan di tempat kerja bertujuan memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman

latihan di tempat kerja. Pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang

dipelajari di sekolah semasa berada di tempat latihan.

Objektif latihan di tempat kerja adalah untuk:

i) memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran tertentu di tempat latihan,

ii) membolehkan pelajar memilih kerjaya yang sesuai mengikut minat dan kebolehan, dan

iii) mengembangkan potensi pelajar dan meningkatkan keyakinan diri.

Model-Model Latihan Di Tempat Kerja (LTK)

Terdapat 3 model LTK yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Mari kita teliti model-model ini.

Model A: Latihan di Agensi Kerajaan dan Swasta

Dalam model A, pelajar dikehendaki menjalani latihan di pusat latihan agensi kerajaan atau pun

di tempat kerja swasta dalam tempoh masa tertentu. Proses pengajaran dan pembelajaran dan

LTK dilaksanakan secara berselang-seli atau berterusan untuk beberapa minggu.

Model B: Latihan Berasaskan Sekolah

Di bawah model ini, pelajar diberi pendedahan kemahiran bekerja di sekolah dengan

ditempatkan seperti di koperasi sekolah, kantin atau pun menjalani latihan kemahiran di bengkel

sekolah. Latihan kemahiran diberikan dengan menggunakan kemudahan dan tenaga yang

ada di sekolah. Tunjuk ajar diberikan oleh guru, staf sokongan dan komuniti yang berkemahiran

tertentu seperti jahitan, pendawaian, memasak, gunting rambut, semaian anak pokok dan lain-

lain. Pengajaran dan pembelajaran serta latihan kemahiran berjalan semasa waktu

persekolahan.

Model C: Gabungan Latihan Berasaskan Sekolah dan Di Agensi

Dalam model C, sebahagian pelajar menjalani latihan kemahiran di sekolah dan pada masa

yang sama sebahagian pelajar yang lain menjalani latihan kemahiran di agensi luar. Proses

57

Page 58: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

pengajaran dan pembelajaran serta latihan kemahiran di laksanakan secara berselang-seli atau

berterusan untuk beberapa minggu.

Fikir sejenak! Adakah anda bersetuju sekiranya program ini dibatalkan? Berikan

pandangan anda.

5.4 Pendidikan Tidak Formal

Pendidikan tidak formal telah lama wujud di Tanah Melayu, sebelum kedatangan

penjajah lagi. Ketika itu, kemahiran-kemahiran berkaitan sesuatu bidang dipelajari

daripada tukang-tukang yang mahir. Tiada kelas formal perlu dihadiri, biasanya

kemahiran diperolehi melalui penerangan dan penglibatan secara terus terhadap

pekerjaan tersebut.

Fikirkan, apaka maksud pendidikan tidak formal dan

bagaimanakah pendidikan tidak formal dapat membantu

perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia?

TAJUK 6 KURIKULUM DAN PENGAJARAN PTV DAN KHSR DI

MALAYSIA

Sinopsis:

Tajuk ini akan membincangkan mengenai kurikulum dan pengajaran PTV dan KHSR di

Malaysia dari aspek model kurikulum dan pengajaran, model-model semasa dan

berpotensi serta perbandingan kurikulum PTV di dalam dan luar negara.

Hasil Pembelajaran.

Diakhir pembelajaran, pelajar pelatih dapat:

58

Page 59: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

1. Membezakan antara model dan teori.

2. Menghuraikan berkaitan di antara kurikulum dengan pengajaran.

3. Menjelaskan model-model kurikulum yang digunakan dalam

membentuk kurikulum PTV.

4. Membina model kurikulum berdasarkan model-model kurikulum

yang telah dipelajari.

Kerangka konsep tajuk 6

6.1 Model Kurikulum dan Pengajaran

Cuba fikirkan apakah yang dimaksudkan dengan model? Apakah perbezaan antara

model dan teori ?

Definisi Kurikulum:

“The sum of the learning activities and experiences that a student has under the

auspices or direction of the School”

(Finch & Crunkilton, 1999)

59

Kurikulum Dan Pengajaran PTV

Model Kurikulum dan Pengajaran

Perbandingan Kurikulum Dalam dan Luar Negara

Model Semasa dan Yang Berpotensi

Page 60: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

“Kurikulum adalah perancangan untuk pembelajaran. Semua kurikulum mengandungi elemen

berikut:

(a) Pernyataan tujuan dan objektif spesifik

(b) Pemilihan dan organisasi kandungan pelajaran

(c) Pola pengajaran dan pembelajaran

(d) Penilaian hasil pembelajaran.”

(Taba, 1962)

“Satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi

strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati”

(Ornstein & Hunkins, 1998)

Perkaitan antara Kurikulum dan Pengajaran:

Cuba anda teliti Rajah 1 di bawah. Ia menunjukkan perkaitan antara kurikulum dan pengajaran

yang diutarakan oleh Finch dan Crunkilton (1999). Apakah yang boleh anda kupas dari rajah 1

berkenaan?

60

Page 61: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Rajah 1: Perkaitan antara kurikulum dan pengakaran

Bincangkan apakah perbezaan dan perkaitan antara kurikulum dan pengajaran?

Maklumat lanjut, sila baca buku ini…Hope, G. (2004). Teaching Design and

Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain:

Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial In-

Service Materials, Queensland: Queensland Studies Authority, dan Finch, C.R., &

Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum Development In Vocational And Technical:

Planning, Content And Implementation (5th ed), Boston: Allyn and Bacon.

6.2 Model Semasa dan Yang Berpotensi

Terdapat beberapa model kurikulum dalam literasi. Model yang terserlah adalah Model Hunkins

( 1080 ), Model Tyler yang dikemukakan oleh Ralph Tyler ( 1949 ) dan Model Johnson yang

dipelopori oleh Mauritz Johnson ( 1967 ). Model-model ini masih dominan kerana elemem-

elemennya konsisten dengan teori mengenai sekolah dan perancangan pendidikan.

Model Hunkins (1980),

61

Page 62: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Rajah 2: Model Kurikulum Hunkins

Model Tyler (1949).

Tyler mengemukakan empat persoalan sebelum sesebuah kurikulum boleh dibentuk. Pertama,

apakah matlamat yang hendak dicapai? Matlamat dan objektif kurikulum biasanya diperoleh

dari kajian mengenai pelajar, kehendak masyarakat dan industri serta subjek atau kursus yang

akan ditawarkan. Kesemua elemen-elemen ini disesuaikan dengan falsafah, visi dan misi

institut yang berkenaan. Objektif-objektif ini perlulah ditulis dengan tepat dan mestilah boleh

diukur dan dicapai.

Kedua , pembuat kurikulum mestilah mengenal pasti apakah bentuk pengalaman yang hendak

disediakan untuk mencapai matlamat dan objektif tersebut. Ketiga, bagaimana pengalaman

tersebut dapat disusun secara sistematik supaya dapat dilaksanakan secara berkesan? Dan

akhir sekali bagaimana kita menentukan matlamat dan objektif kurikulum tersebut tercapai?

62

4 persoalan Tyler

Apakah bentuk pengalaman yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut?

Apakah matlamat yang hendak dicapai?

Page 63: ptv

Tentukan matlamat

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Rajah 3 : Empat Persoalan Tyler

Model Johnson

Mauritzs Johnson ( 1967 ) pula mendefinisikan, kurikulum sebagai satu siri berstruktur hasil

pembelajaran yang dikehendaki ( a structured series of intended learning outcomes ). Model

beliau atau lebih dikenali sebagai Model Johnson mengandungi empat komponen utama iaitu

menentukan matlamat, memilih kurikulum, merancang kurikulum dan menilai kurikulum.

Jika diperhatikan secara teliti, terdapat persamaan antara Model Tyler dan Model Johnson.

Rajah menunjukkan carta aliran tentang Mosel Johnson. Johnson cuba membezakan antara

elemen proses dan produk dalam membina kurikulum. Bentuk bujur menunjukkan proses

manakala bentuk segi empat menggambarkan produk.

63

Bagaimana pengalaman ini hendak disusun supaya lebih berkesan?

Bagaimana menentukan sama ada matlamat ini tercapai atau tidak?

Empat Elemen Model Johnson

Merancang kurikulum

Memilih kurikulum

Menilai kurikulum

Menentukan matlamat kurikulum

Matlamat pendidikan

Page 64: ptv

Merancang kurikulum

Merancang pengajaran

Pengajaran

Pembelajaran

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Bujur – Proses

Segi empat - Produk

Model Gay

Gay mengutarakan empat model yang boleh digunakan

dalam proses penghasilan kurikulum; seperti berikut:

(a) Model Akademik.

Model ini menggunakan pemikiran secara ilmiah sebagai asas apabila membuat

keputusan mengenai kurikulum. Penekanan diberikan kepada penggunaan struktur

sedia ada sesuatu disiplin atau bidang untuk membentuk kandungan kurikulum.

(b) Model Experimental

64

Kurikulum

Hasil pembelajaran

Rancangan pengajaran

Page 65: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Model ini lebih menumpu kepada pembelajaran memusatkan pelajar di mana aktiviti

pelajar lebih diutamakan. Objektif pembelajaran lebih memfokus kepada individu dan

proses; dengan tujuan akan dapat dimanafaatkan oleh pelajar sebagai anggota

masyarakat.

(c) Model Pragmatic

Model ini memberi fokus kepada pembelajaran bersesuaian dengan keadaan

persekitaran setempat atau sekolah. Ini bermakna, kurikulum dirancang supaya

memenuhi setting sekolah, bukannya setting daripada luar sekolah.

(d) Model teknikal

Model ini menganggap pembelajaran sebagai satu sistem yang boleh dibahagikan

kepada komponen-komponen kecil dan dilaksanakan secara teratur dan terancang.

Antara komponen yang terdapat dalam model ini ialah:

• Melaksanakan analisis keperluan.

• Menyatakan objektif.

• Memilih kandungan yang sesuai dengan objektif.

• Menetapkan kaedah penilaian yang kukuh.

Anda mungkin tertanya-tanya “ Model manakah yang harus digunakan? “. Para perancang

kurikulum boleh menggunakan mana-mana model atau menggabungkan beberapa model.

Tetapi model yang digunakan akan bergantung pada latar belakang, falsafah, pengetahuan dan

minat mereka yang terlibat.

Pembangunan Kurikulum PTV (Finch & Crunkilton, 1999);

65

Page 66: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Bincangkan Model Kurikulum yang sesuai untuk RBT di negara kita

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology:

Initial In-Service Materials, Queensland: Queensland Studies Authority, dan Finch, C.R., & Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum Development In Vocational And Technical: Planning, Content And Implementation (5th ed), Boston: Allyn and Bacon.

6.3 Perbandingan Kurikulum Dalam dan Luar Negara

“ Kurikulum adalah segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau

sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan”

(Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979)

Bandingkan kurikulum RBT yang dilaksanakan di dalam dan luar negara kita

( di antara Malaysia dan beberapa negara di Asia, Eropah dan Amerika

Syarikat )

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial In-Service Materials, Queensland: Queensland Studies Authority, dan Finch, C.R., & Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum Development In Vocational And Technical: Planning, Content And Implementation (5th ed), Boston: Allyn and Bacon.

TAJUK 7 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PTV

Sinopsis.

Tajuk ini akan membincangkan mengenai pentadbiran dan penguruan PTV dari aspeks

organisasi pendadbiran, pengambilan pelajar, penyeliaan dan pemantauan program, artikulasi

dan koordinasi serta perbandingan sistem pentadbiran dan pengurusan PTV dalam dan luar

negara.

66

Page 67: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Hasil Pembelajaran:

Diakhir pembelajaran tajuk ini pelajar dapat:

1. Membezakan maksud pengurusan dan pentadbiran.

2. Menghuraikan organisasi pentadbiran PTV di sekolah

rendah dan organisasi PTV formal yang terdapat di Malaysia.

3. Mengetahui mengenai penyeliaan dan pemantauan PTV di

Malaysia.

4. Menjelaskan perbandingan sistem pentadbiran dan

pengurusan PTV di dalam dan luar negara.

Kerangka konsep tajuk 7

7.1 Organisasi Pentadbiran

Pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memerlukan

organisasi yang jelas dan mantap bagi membolehkan pelaksanaannya berjalan lancar

dan berkesan. Sehubungan itu, cuba fikirkan apakah yang dimaksudkan dengan

organisasi pentadbiran?

67

Pentadbiran dan Pengurusan PTV

organisasi pendadbiran

penyeliaan dan pemantauan program

pengambilan pelajar

artikulasi dan koordinasi

perbandingan sistem pentadbiran dan

pengurusan dalam dan luar negara.

Page 68: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Di sekolah rendah, struktur organisasi secara umumnya terdiri daripada Guru Besar, Penolong

Kanan, Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran. Setiap bahagian mempunyai fungsi dan

tanggung jawab tertentu. Sebagai contoh, Ketua Panitia bertanggung jawab mengurus,

merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

berjalan lancar.

Berdasarkan kepada pengalaman anda semasa di sekolah, bincangkan organisasi

pentadbiran RBT di sekolah rendah.

7.2 Pengambilan Pelajar

Di negara kita, pengambilan pelajar ke aliran PTV adalah berdasarkan kepada

keputusan peperiksaan awam. Sehubungan itu, cuba fikirkan apakah langkah

terbaik bagi menentukan pengambilan pelajar ke dalam aliran PTV ?

Mata pelajaran KHSR diperkenalkan kepada pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Manakala

mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

1, Tingkatan 2, dan Tingkatan 3 sebagai mata pelajaran elektif.

Bincangkan bagaimana pengambilan pelajar dilakukan bagi mengikuti pembelajaran

RBT di dalam sistem pendidikan di negara ini.

7.3 Penyeliaan dan Pemantauan Program

Cuba fikirkan apakah yang dimaksudkan dengan penyelian dan pemantauan program?

Kenyataan Dasar dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001 – 2010), ialah;

68

Page 69: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

(1) Memberi penekanan kepada Sains dan Teknologi (S&T) serta membangunkan

kemahiran dalam teknologi berasaskan maklumat supaya pengetahuan dapat diperoleh,

disebar, ditafsir dan digunapakai;

(2) Menambah jumlah tenaga manusia yang lebih ramai dalam bidang S&T bagi mengambil

peluang daripada kepesatan pengetahuan dan teknologi baru untuk mencapai

pertumbuhan mapan;

(3) Mempercepatkan pencapaian nisbah 60:40 antara pelajar sains dan sastera.

Malaysia sedang melaksanakan proses reformasi kepada PTV untuk menjadikannya lebih

fleksibel, berkualiti tinggi, berupaya menyahut dan bertindak balas terhadap keperluan pasaran

kerja yang dinamik dan mengurangkan kos terutama kepada pihak kerajaan. Sehubungan itu,

banyak program PTV diperkenalkan bagi menjayakan dasar di atas. Namun, keberkesanan

dan kejayaan program-program ini memerlukan penyeliaan dan pemantauan yang berterusan.

Bincangkan bagaimana penyeliaan dan pemantauan program PTV dilaksanakan di

negara ini.

7.4 Artikulasi dan Koordinasi

Artikulasi boleh dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu artikulasi mengufuk dan artikulasi

menegak. Artikulasi mengufuk merujuk kepada pemindahan kredit dari satu program kepada

program yang lain pada satu tahap sama ada dalam institusi yang sama atau institusi yang lain.

Manakala artikulasi menegak merujuk kepada pemindahan kredit dari satu institusi kepada

institusi yang lain pada tahap yang lebih tinggi

Bincangkan bagaimana artikulasi dan koordinasi PTV dilaksanakan di negara ini.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Finch, C.R., & Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum

Development In Vocational And Technical: Planning, Content And

Implementation (5th ed), Boston: Allyn and Bacon.

69

Page 70: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

7.5 Perbandingan Sistem Pentadbiran

Cuba fikirkan bagaimanakah Sistem Pentadbiran PTV di Malaysia ?

PTV di peringkat sekolah ditadbir oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala PTV pada

peringkat lepas sekolah menengah, ditadbir oleh agensi-agensi seperti Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Belia dan Sukan, dan

Kementerian Sumber Manusia. Selain itu, terdapat juga PTV yang dilaksanakan oleh pihak-

pihak swasta.

Bandingkan Sistem Pentadbiran PTV yang dilaksanakan di negara ini dan luar negara.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and

Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony Rowe

Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial In-Service Materials,

Queensland: Queensland Studies Authority, dan Owen-Jackson, G. (2002)., ICT in

design & technology, in Gwyneth Owen-Jackson (ed.), Aspects of Teaching Secondary

Design and Technology: Perspectives On Practice, New York: Routledge Falmer.

Aktiviti 7

Soalan Esei

Pengenalan

70

Page 71: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Bagi melonjakkan institusi pendidikan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 –

2010 pada Fokus 9.02 : Memberikan lebih autonomi kepada sekolah. Ia telah dirangka satu

strategi pelaksanaannya bagi meningkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada

sekolah menerusi perolehan bahan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kewangan

di sekolah.

Pengurusan kewangan perlu memanfaatkan sumber kewangan dengan kaedah pengurusan

yang berkesan berdasarkan perancangan, penyelenggaraan dan analisis yang cekap, amanah

serta berhemah.

Masalah

Pihak guru sentiasa menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan pesanan perolehan

barangan mahupun peralatan KHSR di sekolah kerana kekurangan atau ketiadaan peruntukan.

Setujukah anda bahawa masalah ini berpunca daripada kelemahan sistem pengurusan

kewangan sekolah di semua peringkat termasuklah kelemahan merancang belanjawan panitia

KHSR itu sendiri?

Tugas

Anda perlu jalankan satu tinjauan mengenai pengurusan kewangan berkesan di sekolah anda.

Tinjauan anda perlulah meliputi beberapa aspek berikut iaitu:

a. Enrolmen tahunan semasa

b. Peruntukan PCG bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

c. Pengagihan peruntukan kewangan mengikut rangka belanjawan tahunan semasa

d. Perancangan Belanjawan Tahunan Semasa Panitia Kemahiran Hidup

TAJUK 8 KEPIMPINAN DALAM PTV

Sinopsis

71

Page 72: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Membincangkan mengenai kepimpinan PTV dari aspek perkembangan profesional,

penambahbaikan kualiti pengajaran PTV, peranan dan tanggung jawab panitia, perancangan

pembelajaran dan strategi dan teknik pengurusan.

Hasil Pembelajaran:

1. mensintesis maklumat daripada pelabagai sumber tentang kepimpinan dalam PTV

2. menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan

3. mengamalkan pengetahuan dan kemahiran tentang strategi dan teknik pengurusan.

4. meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan melalui perkembangan profesional.

5. menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan

Kerangka konsep tajuk 8

8.1 Perkembangan Profesional

Cuba fikirkan bagaimanakah aktiviti perkembangan professional di sekolah anda

membantu anda meningkatkan kualiti kepimpinan anda dalam pengurusan KHSR di

sekolah?

72

KEPIMPINAN DALAM PTV

Perkembangan Profesional

Peranan dan Tanggungjawab Panitia

Penambahbaikan Kualiti Pengajaran

Perancangan Pembelajaran

Strategi dan Teknik Pengurusan

Page 73: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk sektor pendidikan bagi tahun

2009 hingga 2011. Kesanggupan kerajaan membuat pelaburan yang banyak membuktikan

bahawa bidang pendidikan merupakan bidang yang amat penting bagi mencapai matlamat

Wawasan 2020 iaitu ingin menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan

Serantau di samping melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Justeru itu, tanggungjawab yang amat berat ini terletak di bahu semua guru di sekolah, kerana

sekolah merupakan asas kepada bermulanya pendidikan formal seseorang individu itu. Oleh

itu, untuk memastikan pendidikan berjalan di atas landasan yang betul, sekolah memerlukan

pemimpin yang mampu menjana kecemerlangan pendidikan. Berdasarkan laporan A Nation At

Risk, 1983, Action For Excellence, 1983, Bettter Edcuation for Michigan Citizen : A Blue Print

For Action, 1984 di Amerika Syarikat dan kajian-kajian (Edmonds, 1979; Hussien Mahmood,

1993) didapati bahawa kepemimpinan pengetua atau guru besar merupakan penggerak utama

bagi kejayaan sesebuah sekolah.

Sebelum mempelajari dengan lebih lanjut, kita perlu tahu tentang definisi dan maksud

kepimpinan. Menurut Koontz And O’Donnei (1972) kepimpinan adalah kemahiran untuk

mempengaruhi kakitangan menyelesaikan tugas masing-masing dengan penuh minat dan

berkeyakinan serta proses mempengaruhi orang lain. Hodgets (1975) kepimpinan sebagai

satu proses untuk mengarah daya usaha kakitangan supaya dapat mencapai matlamat

organisasi, memimpin bermaksud membimbing daya tenaga kakitangan kearah

penyempurnaan matlamat organisasi manakala pimpinan bermaksud orang yang

bertanggungjawab untuk memberitahu kakitangan tentang rancangan yang akan dilaksanakan

dan strategi untuk mencapainya.

Kepimpinan membantu pekerja melalui beberapa peranan seperti:

(a) Kepuasan kerja

(b) Menyelesaikan masalah

(c) Memuji dan mengkritik

(d) Memberi bimbingan dan tunjukajar

73

Page 74: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

(e) Menentukan kriteria dan piawai prestasi

(f) Memberi sokongan moral

(g) Mendorong kearah pencapaian matlamat

Cuba anda bincangkan diantara rakan sekerja secara ringkas mengenai jenis

kepimpinan yang ada sekarang.

Jenis-Jenis Tingkahlaku Pengetua

Demokrat

(a) Mengambil kira pandangan kumpulan

(b) Perlaksanaan perancangan selaras dengan polisi yang ditentukan secar

perbincangan

(c) Mempertingkatkan daya kreatif, daya pengeluaran dan kepuasan

(d) Menghormati individu & Kumpulan pengikut

(e) Menunjukan minat untuk diterima ahli

(f) Komunikasi terbuka

Birokrat

(a) Mengambil keputusan secara sendirian / berpusat sebagai ketua

(b) Perlaksanaan perancangan tidak selaras dengan polisi yang ditetapkan atau

diperbincangkan

(c) Bertindak tanpa mengambil kira individu

74

Page 75: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

(d) Objektif dicapai secara paksaan

(e) Tidak mahu mencampuri atau melibatkan diri

(f) Tidak menggalakkan komunikasi secara terbuka

Gaya kepemimpinan ialah cara pemimpin memimpin (Smith, 1989) atau cara pengetua

mempengaruhi tingkah laku pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi. Kita boleh

menggunakan teori Laluan-Matlamat yang diperkenalkan oleh House dan Mitchell (1974).

Dalam teori ini House dan Mitchell memperkenalkan empat gaya kepemimpinan yang

diamalkan oleh pengetua/guru besar. Gaya-gaya tersebut adalah seperti berikut:

(a) Gaya kepemimpinan mengarah (Directive Leadership) iaitu merujuk kepada

tingkah laku pemimpin yang menjelaskan kehendak, memberikan arahan, tepat

dan mengarah orang bawahan mengikut peraturan dan prosedur.

(b) Gaya kepemimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement Oriented

Leadership) iaitu merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang menyediakan

matlamat yang mencari kemajuan pencapaian, mengutamakan kecemerlangan

dan menunjukkan keyakinan bahawa orang bawahan akan mencapai tahap yang

tinggi dalam tugas.

(c) Gaya kepemimpinan menyokong (Supportive Leadership) iaitu merujuk kepada

tingkah laku pemimpin yang bertimbang rasa, menunjukkan prihatin terhadap

kesejahteraan orang bawahan dan mewujudkan iklim kemesraan dalam kumpulan

kerja.

(d) Gaya kepemimpinan penyertaan (Participative leadership) iaitu merujuk kepada

tingkah laku pemimpin yang meminta pandangan orang bawahan dan

menggunakan pandangan mereka sebelum membuat sesuatu keputusan.

Fikirkan sejenak! Bagaimanakah pihak pengurusan anda membuat penambahbaikan

terhadap perkembangan profesionalisme anda di sekolah?

8.2 Penambahbaikan Kualiti Pengajaran PTV

Sebagai seorang guru kita perlu memikirkan bagaimana caranya untuk membuat

penambahbaikan kualiti pengajaran PTV di sekolah.

75

Page 76: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Di sini terdapat beberapa faktor yang perlu anda ketahui dalam penambahbaikan kualiti

pengajaran PTV iaitu

(a) Faktor Kurikulum

- Perubahan dari silibus

- Silibus berkaitan dengan industri dan kehendak semasa

(b) Faktor Infrastruktur

- Bangunan

- Peralatan dan kemudahan

(c) Faktor Latihan Perguruan

- Berasaskan kopentensi

- Kurikulum yang releven

- Pendedahan kepada kemahiran ICT

(d) Faktor Kaedah Pengajaran

- kaedah secara konteksual, kolabrotif

- penggunaan ICT

- Simulasi

(e) Faktor Perkembangan Staf bagi pengajar

- peningkatan kemahiran kepada guru (Kursus peningkatan diluar negara dan

dalam)

(f) Faktor Penilaian

- secara formatif dan summatif

- berasaskan ketrampilan

Untuk menambahkan pengetahuan dan maklumat mengenai kualiti pengajaran anda boleh

melayari laman web www.pkukmweb.ukm.my dan www.eprints.uum.edu.my

8.3 Peranan dan Tanggungjawab Panitia

76

Page 77: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Cuba fikirkan bagaimanakah Panitia KHSR di sekolah anda membantu anda dalam

pengurusan bilik darjah di sekolah?

Sebagaimana yang anda ketahui, anda pasti akan terlibat dengan satu atau lebih panitia mata

pelajaran di sekolah anda. Panitia merupakan sekumpulan guru yang mengajar mata pelajaran

yang sama khususnya Panitia KHSR. Ketua panitia memainkan peranan yang penting di

samping bertanggungjawab mengurus, merancang dan memastikan perjalanan proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan lancar.

Antara peranan dan tanggungjawab ketua panitia KHSR ialah;

(a) Menyelaras sukatan dan rancangan pelajaran tahunan, semester dan bulanan;

(b) Membuat anggaran belanjawan tahunan;

(c) Membuat pesanan bahan dan alatan;

(d) Mengagihkan tugas mengajar serta tanggungjawab pengurusan,

penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru-guru KHSR;

(e) Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang

kemaskini;

(f) Menjalankan mesyuarat panitia;

(g) Menguruskan sesi perkembangan professional staf.

(h) Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh

semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.

(Sekolah kecil boleh digabungkan panitia mata pelajaran.)

(i) Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang

dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah

(j) Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran

masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung di

antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.

77

Page 78: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

(k) Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-

perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan

pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua

atau Penolong Kanannya, sama ada untuk untuk mendapat penyelesaian atau

untuk makluman

(l) Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum

ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung

dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah

atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau

permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan

pembelajaran.

Fikirkan sejenak! Adakah ketua panitia KHSR anda menjalankan tugas di atas?

Antara peranan dan tanggungjawab panitia KHSR yang dianggap perlu dilaksanakan oleh

panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.

(a) Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan

ahli-ahli panitia;

(b) Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun

persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam

sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada

kaitan;

(c) Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk

digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak

sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.

(d) Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang

sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk

dibekalkan di pusat sumber sekolah;

(e) Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah ) yang

disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah.

78

Page 79: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

(f) Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap

peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan

mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran

dan pembelajaran;

(g) Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali

sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan jika perlu

(h) Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal

atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau

isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung denga kaedah

mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;

(i) Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah

mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;

(j) Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan

menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat

pengajaran dan pembelajaran;

(k) Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan

panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan

(l) Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah

memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;

(m) Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit

mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

(n) Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat,

surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan.

Sumber : SPI Bil: 4/1986

8.4 Perancangan Pembelajaran

Perancangan pembelajaran adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan

penbelajaran mengikut keperluan kurikulum KHSR. Rancangan pengajaran dan pembelajaran

perlu disediakan lebih awal supaya ia dapat digabungkan unsur pengetahuan, kemahiran dan

79

Page 80: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

nilai selaras dengan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual pelajar.

Perancangan pembelajaran ini boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu rancangan tahunan/

rancangan semester dan rancangan pengajaran harian (RPH).

Apakah yang akan anda titikberatkan semasa menyediakan rancangan ini?

8.5 Strategi dan Teknik Pengurusan

Strategi merupakan kaedah dan teknik yang dirancang dan digunakan dalam satu-satu

pengurusan pengajaran. Manakala teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung

dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru. Selaku

guru, anda biasanya sering mengamalkan pelbagai strategi dan teknik pengurusan yang

bersesuaian dengan keperluan dan kehendak sekolah seterusnya pelajar. Sebagaimana yang

kita ketahui bahawa kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi dan mengarahkan ahli-

ahli dalam panitia supaya mereka turut menyumbang ke arah pencapaian matlamat panitia dan

seterusnya sekolah.

Terutamanya kepada ketua panitia, mereka boleh memilih samada menggunakan strategi

pengurusan saintifik, pengurusan pentadbiran ataupun pengurusan birokrasi. Di mana ketiga-

tiga strategi ini saling berkaitan antara satu sama lain dan ia boleh digunakan mengikut

keperluan dan kesesuaian persekitaran budaya kerja di sekolah.

Kenalpasti ketiga-tiga jenis strategi berkenaan dan sila buat rujukan dari mana-mana

bahan bercetak mahupun media elektronik.

Aktiviti 8

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki

menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas PEMBELAJARAN KENDIRI

3:

80

Page 81: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

1. Antara pernyataan di bawah yang manakah bukan matlamat perkembangan profesional dalam pendidikan teknik dan profesional?

(A) Mencungkil potensi guru

(B) Meningkatkan keyakinan diri guru

(C) Menyambut seruan pendidikan sepanjang hayat

(D) Mengemaskini kemahiran seiring perkembangan terkini

2. Antara yang berikut , pernyataan manakah menjelaskan konsep pengelolaan dalam proses pengurusan

I. menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur.

II. membentuk struktur kuasa dan menyelaraskan jentera pelaksanaan.

III. mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu struktur yang mantap

IV. memimpin dalam proses perancangan dengan cara membuat keputusan yang tegas.

V mengenal pasti matlamat dan objek serta menetapkan kaedah pencapaian yang paling berkesan.

(A) I , II, dan III sahaja

(B) I , II dan IV sahaja

(C) II , IV dan V sahaja

(D) III , IV dan V sahaja

3. Soalan Esei

Memimpin sebuah organisasi bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan

gabungan ilmu, pengetahuan, personaliti dan visi, kepimpinan bukanlah satu misi yang

mustahil bagi setiap orang yang mahu menjadi seorang pemimpin yang berjaya.

81

Page 82: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Seorang pemimpin berkesan sentiasa melihat kejayaan organisasinya sebagai satu

usaha yang berterusan antara dirinya dengan semua anggota dalam organisasi itu.

Sungguhpun begitu, keberkesanan, keunggulan dan kecemerlangan bergantung kepada

kepimpinan sebuah organisasi. Hal ini jelas seperti apa yang dikatakan oleh Oliver

Wendell Holmes, “Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di hadapan

kita adalah perkara yang kecil berbanding dengan apa yang ada di dalam diri kita.” Jadi,

diri pemimpin dan apa yang tersirat di dalam dirinya adalah penting

dalam manifestasikannya menjadi sebuah realiti. Terdapat juga dikalangan pemimpin

yang memerlukan suntikan semangat dan wawasan bagi menterjemahkan bentuk

kepimpinannya yang tidak terlalu autokratik atau terlalu lembut kepada satu bentuk

kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.

Dalam hubungan ini, pepatah Arab berikut adalah relevan dan dapat dijadikan panduan

dalam kepimpinan,

“Jika engkau terlalu keras, nanti engkau dipatahkan. Jika engkau terlalu lembut,

nanti engkau diramaskan. Justeru, bertindaklah secara sederhana kerana

sederhana itu adalah bijaksana.”

Masalah

Adakah anda mengetahui serta dapat mengenalpasti gaya kepimpinan jenis manakah

yang menjadi amalan pihak pengurusan di sekolah anda?

Tugasan

Jalankan pemerhatian terhadap guru besar/penolong kanan dan ketua panitia KHSR

dengan menggunakan senarai semak di Lampiran 3. Kenalpasti gaya kepimpinan

manakah yang menjadi amalan mereka. Edarkan senarai semak seperti di Lampiran 3

82

Page 83: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

kepada responden yang telah anda pilih. Kumpulkan semula senarai semak berkenaan

dan buatkan analisis dengan menggunakan borang skor yang disediakan seperti di

Lampiran 4. Panduan analisis skor pada Lampiran 5 telah dilampirkan sebagai rujukan

anda.

TAJUK 9 PROSES PERANCANGAN, PERLAKSANAAN DAN

PENILAIAN PTV

Sinopsis

83

Page 84: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Membincangkan mengenai proses perancangan, perlaksanaan dan penilaian PTV dari aspek Pengajaran dan pembelajaran PTV, Pembinaan kit pembelajaran dan Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah.

Hasil Pembelajaran:

1. menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

2. mengenalpasti sumber yang berkaitan dengan konteks perancangan, pelaksanaan dan penilaian PTV.

3. membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjana idea baru dalam konteks PTV.

4. mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan mentaksir dalam pembinaan kit pembelajaran.

5. menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan kaedah menilai dan mentaksir dalam PTV

Kerangka konsep tajuk 9

9.1 Pengajaran dan Pembelajaran PTV

Fikirkan seketika, apakah maksud pengajaran dan bincangkan apakah perbezaan di

antara pengajaran dan pembelajaran?

84

PROSES PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PTV

Pengajaran dan pembelajaran PTV

Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah

Pembinaan kit pembelajaran

Page 85: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Sememangnya telah kita ketahui bahawa pengajaran merupakan satu proses memberi

maklumat, pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar secara langsung. Tujuan anda

mengajar adalah untuk menukarkan tingkahlaku hasil daripada pengetahuan dan kepercayaan

baru oleh pelajar. Pengajaran ini melibatkan hubungan satu hala ataupun dua hala. Di mana

berlaku komunikasi secara lisan ataupun bukan lisan bagi membolehkan berlakunya

pemindahan ilmu dan maklumat kepada pelajar khususnya dalam bidang PTV.

Menurut Vernon (1980), pembelajaran ialah satu proses yang melibatkan segala perubahan

atau modifikasi tingkah laku akibat daripada pengalaman yang berulang, latihan atau interaksi

dengan persekitaran. Perubahan ini hendaklah berlaku dalam jangka masa yang agak lama,

tekal dan kekal. Ia boleh jadi baik atau buruk.

9.1.1 Proses perancangan PTV

Cuba anda fikirkan seketika, tentang perlunya proses perancangan PTV yang

dilaksanakan di Malaysia

Sebelum mendalami lagi mengenai tajuk ini, anda perlu faham tentang perkara-perkara yang

menjadi panduan sebelum menyediakan sesuatu program. Perkara-perkara tersebut adalah

seperti berikut :

(a) Menentukan rasional

Sebab kenapa perlunya program diadakan.

Contoh:

Mewujudkan modal insan yang berkebolehan dan berketrampilan

(b) Visi

Merujuk kepada hala tuju yang menjadi matlamat jangka panjang program

mengikut perspektif yang lebih luas

(c) Misi

85

Page 86: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Sesuatu matlamat yang ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh tertentu selaras

dengan visi yang telah ditetapkan.

(d) Matlamat

Matlamat KHSR bertujuan membolehkan memperolehi kemahiran praktis

berasaskan teknologi keusahawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka

dapat menjalankan kerja buat sendiri serta cenderung berurusniaga dan mereka

cipta

(e) Objektif

Objektif merujuk kepada komitmen pengurusan & pentadbiran untuk mencapai

matlamat prestasi serta dalam masa yang telah ditetapkan – di mana hasil yang

dicapai mempunyai hubungan secara langsung dengan strategi, visi dan nilai

asas program tersebut

(f) Isi pelajaran

Kandungan mata pelajaran yang releven dengan keperluan masyarakat selaras

dengan dasar dan falsafah kebangsaan

(g) Kaedah penyampaian

Bagaimana isi pelajaran disampaikan dengan lebih berkesan dan bermakna.

Contoh:

tunjukcara, bercerita, kajian,simulasi, sumbang saran,maian peranan,

permainan, temu bual, tinjauan dan lawatan

(h) Keperluan Fizikal /Infrastruktur

Penyediaan infastruktur dan kemudahan pembelajaran seperti bangunan,

bengkel, kemudahan-kemudahan bengkel , kemudahan P&P, buku rujukan dsb.

(i) Tenaga Kerja

Guru terlatih, pembantu bengkel atau makmal, pembina kurikulum, penilai

(j) Rancangan pelaksanaan

86

Page 87: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Selaras dengan penekanan MP KHSR kepada penguasaan kemahiran,

pencapaiannya hendaklah dibuat melalui aktiviti. Pelaksanaan aktiviti mengikut

peringkat

i. Peracangan (merancang aktiviti projek, merancang bahan dan

alatan, merancang kaedah penyampaian)

ii. Penyampaian ( Motivasi, tunjuk cara kemahiran, arahan aktiviti,

pelaksanaan, penyeliaan & bimbingan)

iii. Penilaian

(k) Penilaian

Dapatan dari segi kemahiran, pengetahuan dan nilai serta hasil kerja

9.1.2 Penjanaan Idea Dalam Konteks PTV

Penghasilan idea yang kreatif dalam mereka bentuk produk. Ini dilakukan dalam kerja amali. Ini

dilakukan dalam subjek reka cipta. Bagi KHSR elemen ini merangkumi aspek pendedahan

kepada asas reka cipta, mengenal idea berdasarkan gambar atau objek, Kajian reka bentuk

dan kefungsian produk.

9.1.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Amalan Reflektif Kritis

Pengajaran dan Pembelajaran melalui amalan refleksi kritis dimana ia mengaitkan masa silam

pengalaman pelajar dengan membuat releksi secara kritis seperti kebolehan untuk menilai

kemunasabahan idea.

Terdapat beberapa pendekatan yang perlu diketahui oleh setiap orang pendidik. Adakah anda

tahu tentang pendekatan tersebut ?. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk perenggan

berikutnya:

9.1.3.1 Pendekatan Masteri

87

Page 88: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Bagaimanakah pendekatan masteri memberi kesan kepada pencapaian prestasi pelajar?

Berikan pandangan anda.

Pendekatan Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit

pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini

memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan.

Cuba perhatikan rajah3 di bawah. Ia menunjukkan prinsip asas pendekatan masteri yang

diperlukan bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Rajah 3: Prinsip Asas Pendekatan Masteri

Mari kita teliti model pendekatan masteri berikut;

88

Page 89: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Rajah 4: Model Pembelajaran Masteri

9.1.3.2 Pendekatan Konstektual

Tahukah anda bahawa konstektual berasal dari bahasa Latin (con = with + textum =

woven). Adakah pendekatan konstektual ini melibatkan aktiviti hands-on sahaja

ataupun aktiviti minds-on sahaja? Berikan pandangan anda mengenainya.

Pendekatan konstektual merupakan satu pendekatan membolehkan murid memproses

maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna. Kita ketahui bahawa minda

individu akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang

bermakna dan relevan dengan persekitarannya.

Kaedah pembelajaran konstektual adalah merupakan :

a. Ia juga merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan

b. Pembelajaran yang dirancang mengikut konteks yang berasaskan kepada

kurikulum dan objektif pembelajaran

89

Page 90: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

c. Pembelajaran secara kontekstual menyediakan secara konkrit yang melibatkan hands-on dan minds-on

d. Hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna kepada mereka

e. Melibatkan pelbagai aspek seperti Bilik darjah, Makmal, Tempat kerja dan kehidupan seharian

Konsep pembelajaran secara konstektual adalah seperti berikut;

a. Guru sebagai fasilitator dan pengajaran berpusatkan murid

b. Menerapkan konsep ‘Competency Based Education’

c. Tayangan video berkaitan dengan tajuk dan situasi tempat kerja

d. Perbincangan sebelum dan selepas setiap unit menerusi interaksi murid dengan murid, murid dengan guru

e. Menggunakan pendekatan ‘Cooperative learning’

f. Melaksanakan aktiviti kerja amali di makmal secara ‘hands-on’ berkaitan situasi tempat kerja

Kaedah pembelajaran konstektual juga boleh disimpulkan dalam satu model yang dinamakan

REACT (Relating, Experiencing, Applying, Cooperating dan Transfering) dan semasa proses

pembelajaran secara konstektual, murid akan melalui satu ataupun lebih proses berikut:

a. R (Relating) – menghubung kait

b. E (Experiencing) - mengalami

c. A (Applying) - mengaplikasi

d. C (Cooperating) - bekerjasama

e. T (Trasfering) – memindahkan

Relating (Menghubung kait)

90

Page 91: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

- Pelajar belajar dalam konteks menghubungkait pengetahuan atau konsep baru

dengan pengalaman hidup mereka.

Contoh: Memahami konsep baru tentang aliran elektrik, guru membawa pelajar

melawat ke stesyen penjana elektrik atau tempat air terjun di kawasan sekolah

Experiencing (Mengalami)

- Belajar dengan cara meneroka, penemuan dan reka cipta.

Contoh: Mengesan pengaliran arus elektrik dengan membuat penyambungan

litar mudah menggunakan mentol, bateri.

Applying (Mengaplikasikan)

- Konsep yang dipelajari boleh digunakan dalam situasi lain. Membuat projek atau demonstrasi

dimana konsep ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Cooperating (Bekerjasama)

- Bekerjasama, memberi maklumbalas, berinteraksi dan berkomunikasi.

Contoh: Melakukan kerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah

Transferring (Memindahkan)

- Pemindahan pengetahuan yang sedia ada kepada pengetahuan baru.

Contoh: Telah mempelajari teori elekronik dan memindahkan dalam mereka

bentuk projek elektronik

Fikirkan sejenak!

Bagaimanakah aplikasi pendekatan konstektual ini dalam mata pelajaran KHSR?

9.1.1.3 Pendekatan Konstruktivis

91

Page 92: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Tahukah anda bahawa terdapat dua corak pemikiran utama dalam konstruktivisme.

Apakah perbezaan di antara pendekatan konstruktivisme dengan pendekatan

konstektual?

Jika kita teliti maksud konstruktivisme, ia memberi penekanan kepada proses pelajar membina

pengetahuan melalui proses psikologi yang aktif. Ilmu pengetahuan di bina ke dalam struktur

kognitif murid hasil pengalaman mereka dengan alam sekitar. Tahukah anda bahawa struktur

pengetahuan ini kadangkala menjadi penghalang yang kuat kepada pembelajaran dan

perubahan konseptual murid-murid.

Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara baru yang wujud dalam

struktur kognitif murid-murid. Pengalaman pembelajaran dibilik darjah akan mempengaruhi

schemata struktur kognitif mereka (Osborne & Wittrock, 1983). Penstrukturan semula idea

mesti dilakukan untuk mengasingkan atau mengukuhkan pengalaman lalu dengan pengalaman

baru.

Pengalaman lalu yang berbeza dengan fakta sebenar perlu ditinggalkan. Secara tidak

langsung pendekatan konstruktivisme ini akan mengubah kaedah pengajaran guru yang biasa

kepada kaedah yang menjurus kepada membina dan menyusun skema konsep yang lebih

mantap ke arah kecemerlangan dalam akademik.

9.1.1.4 Perkembangan kemahiran

Perkembangan kemahiran individu dilakukan melalui proses latihan yang merangkumi

kemahiran berfikir, komunikasi, melakukan aktiviti & tugasan mengikut spesifikasi, bersosial,

penulisan, merancang, analisa, menilai, belajar, urus diri dsb.

9.1.1.5 Kemahiran perkembangan idea melalui lukisan

92

Page 93: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Kemahiran mengeluarkan idea dan berkongsi pandangan melalui gambar atau lukisan. Ini

boleh dilakukan dalam aktiviti Prekaan Projek contohnya dengan;

(a) Menghasilkan rupa dan bentuk projek secara lakaran.

(b) Melakar dari berbagai-bagai sudut pandangan.

(c) Menghasilkan lakaran awal reka bentuk idea yang telah di pilih.

(d) Menghasilkan lakaran-lakaran perkembangan idea selanjutnya.

(e) Menganalisis lakaran-lakaran reka bentuk yang telah disediakan.

(f) Menghubung kait lakaran-lakaran idea yang telah dibuat, bersesuaian dengan idea asal.

9.2 Pembinaan Kit Pembelajaran

Tahukah anda apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih kit

pembelajaran yang sesuai bagi mata pelajaran bidang PTV?. Sila senaraikan

jenis-jenis kit pembelajaran yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran bidang

PTV.

Kit pembelajaran ialah alat yang membantu proses P&P supaya lebih berkesan. Ia boleh dalam

bentuk perisian, CD ROM model, simulasi atau kit ujikaji.

9.3 Kaedah Menilai dan mentaksir Pengetahuan dan Kemahiran bagi Mata Pelajaran

Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah

Setiap guru perlu tahu mengenai maksud kaedah penilaian dan mentaksir pengetahuan dan

kemahiran iaitu

a. Penilaian dan pentaksiran merupakan suatu proses pengumpulan maklumat

tentang perkembangan dan kemajuan pelajar dengan enggunakan pelbagai

kaedah.

b. Penilaian bukan sahaja terhad kepada ujian dan peperiksaan malah penilaian

juga merupakan sebahagaian daripada proses pengajaran dan pemelajaran.

c. Proses ini hendaklah dijalankan secara berterusan. hasil daripada penilaian ini

maka kekuatan dan kelemahan para pelajar dapat dikenal pasti.

93

Page 94: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

d. Ini membolehkan para guru mengambil tindakan susulan yang berkesan,

terancang dan lebih strategik. Memastikan murid bertambah maju

e. Penilaian dan pentaksiran dijalankan di peringkat sekolah dan peringkat pusat.

Kedua-dua peringkat penilaian ini saling melengkapi dan bertujuan untuk

memastikan matlamat pendidikan negara tercapai.

f. Sebaliknya penilaian menekankan kepada murid dapat menguasai semua aspek.

g. Penilaian juga dilakukan terhadap tahap penguasaan dan pencapaian

kemahiran, perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dan sikap murid.

h. Ia dilakukan secara pemerhatian aktiviti dan juga projek yang dijalankan.

i. Penilaian perlu dicatatkan.

j. Senarai semak adalah satu kaedah merekod maklumat penilaian

k. Semua penilaian hendaklah direkodkan kedalam rekod profil dan buku rekod

mengajar.

9.3.1 Penilaian Secara Ujian Bertulis

a. Ia merupakan penilaian yang melibatkan aktiviti penyemakan, pemeriksaan atau

pentaksiran terhadap hasil kerja bertulis dan karya pelajar

b. Aspek yang dinilai secara ujian bertulis ialah:-

i. Penguasaan pengetahuan

ii. Penguasaan kemahiran belajar

iii. Pemahaman konsep

iv. Kemahiran bahasa

v. Kemahiran berfikir

vi. Pewujudan emosi dan perasaan

vii. Perkembangan minat

viii. Perkembangan bakat

ix. Amalan nilai positif

x. Perkembangan daya kreatif

xi. Perubahan sikap.

94

Page 95: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Fikirkan sejenak! Bagaimanakah bentuk penilaian berasaskan rubrik? Bagaimanakah ia

dilaksanakan dalam bidang PTV? Dapatkan maklumat lanjut mengenainya.

9.3.2 Penilaian Melalui Pemerhatian

Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang

ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran. Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan

psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.

Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai

semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain. Dapatan dari proses ini boleh

membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.

J e n i s P e m e r h a t i a n

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati, iaitu:-

a. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement)

b. Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”

c. Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

9.3.3 Strategi Pelaksanaan

95

Page 96: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu.

Antaranya ialah

a. dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang

b. menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang

merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran

c. dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian

d. tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan

e. jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan

keperluan

9.3.4 Fungsi Pendekatan Masteri

Penilaian melalui pemerhatian :

• digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam

sesuatu proses pembelajaran

• dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau

rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran

• dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek

2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindakan susulan

yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti

• menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan

• meningkatkan motivasi pelajar

• mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan

keupayaan serta prestasi pelajar

3. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap

keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

4. Pemerhatian yang terancang membantu guru :

96

Page 97: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

a. Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang

mendorong/menolak minat tersebut

b. Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif

c. Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar

d. Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar

e. Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan

f. Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran, rakan

sebaya dan terhadap diri sendiri

Anda boleh gunakan contoh senarai semak seperti di Lampiran 6 untuk menilai kerjasama

antara ahli dalam kumpulan semasa membuat aktiviti pemerhatian di dalam kelas anda semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

9.3.3 Penilaian Portfolio

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti

pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu. Tahukah anda bahawa portfolio

berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan

penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai

kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan

maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Jika diteliti kandungan portfolio, kita dapati ia boleh ditentukan oleh pelajar atau guru atau

secara kolaborasi oleh kedua-dua pihak. Kandungan boleh terdiri daripada;

a. bahan bukti pembelajaran (learning evidences) yang releven dan dihasilkan oleh

pelajar sendiri - seperti esei, laporan, latihan, lembaran kerja, grafik organizer,

(cetakan, disket, CD, rakaman audio/video)

b. bukti prestasi pelajar seperti kertas ujian yang telah disemak, penilaian rakan

sebaya,penilaian kendiri atau penilaian guru

97

Page 98: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

c. bahan-bahan rujukan, refleksi pelajar yang dibuat dari semasa ke semasa

berkaitan tugasan, aktiviti/pengalaman pembelajaran yang dilalui (sama ada

dengan menggunakan grid refleksi atau format bebas) dan lain-lain yang releven.

Terdapat 3 peringkat dalam menilai portfolio iaitu;

1.Penilaian Awal

Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio.

2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut kriteria dengan skala

Contoh:

Sangat Tinggi (5)

Tinggi (4)

Sederhana (3)

Rendah (2)

Sangat Rendah (1)

Kriteria penilaian:

1. Pemikiran dan isi

2. Struktur dan organisasi

3. Strategi pengurusan

4. Variasi isi yang sesuai

- Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlainan

3. Senarai ciri-ciri paling penting Ini akan menentukan markah portfolio

4. Penentuan gred Mengambil kira markah yang diberi kepada tiap-tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota anekdot dan refleksi pelajar.

Anda boleh menggunakan contoh senarai semak portfolio di lampiran 7 sebagai panduan

semasa membuat penilaian ke atas portfolio murid anda.

Bincangkan apakah perbezaan di antara penilaian berasaskan kompetensi,

dengan penilaian berasaskan projek?

Dapatkan maklumat lanjut mengenai penilaian berasaskan kompetensi dalam website

berikut:

98

Page 99: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

http://agtraining.tamu.edu/handouts/Competency-Based-Performance-Ag.pdf

http://www.ncver.edu.au/teaching/publications/2022.html

http://www.ncver.edu.au/research/proj/nr9035.pdf

Aktiviti 9

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki

menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Antara yang berikut ciri manakah tidak terdapat dalam proses perancangan PTV.

(A) Menentukan misi

(B) Menentukan ideologi

(C) Menentukan rasional

(D) Menentukan matlamat

2. Antara yang berikut , aktiviti manakah yang menjadi utama sekiranya pengajaran dan pembelajaran berasaskan refleksi kritis digunakan ?

(A) menambahkan bilangan idea

(B) menyusun idea dalam susunan baru

(C) membuat keputusan yang muktamad

(D) menyenarai pendek saranan kepada beberapa pilihan

3. Dalam pembinaan kit pembelajaran , ciri manakah yang sepatutnya dijadikan perkiraan utama ?

(A) mengintegrasikan pelbagai idea

(B) memupuk pembelajaran secara bestari

(C) menarik perhatian murid – murid secara berpanjangan

(D) menggalakkan pembelajaran secara kolaborasi sahaja

99

Page 100: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

4. Apakah bentuk pentaksiran jika murid sendiri , dari masa ke masa ; membandingkan hasil kerja pertukangan mereka dengan model yang ditinggalkan oleh guru ?

(A) kendiri

(B) berasaskan projek

(C) pendekatan masteri

(D) berasaskan kompetensi

5. Terdapat pelbagai kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran RBT di sekolah rendah selain daripada ujian bertulis .

(a) Huraikan secara ringkas dua butiran yang perlu ada pada rubrik penilaian

(b) Senaraikan tiga ciri portfolio yang layak dipertimbangkan untuk markah ‘baik’ .

6. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menilai dan mentaksir pengetahuan serta kemahiran dalam RBT

(a) Terangkan apa yang anda faham tentang pendekatan kontekstual dalam penilaian mata pelajaran RBT di sekolah rendah .

Berikan contoh – contoh yang berkaitan

(b) Pendekatan penilaian berasaskan kompetensi menawarkan kelebihan kepada para pelajar RBT .

Jelaskan sekurang – kurangnya lima kelebihan tersebut .

100

Page 101: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

TAJUK 10 PROSPEK PTV DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

NEGARA DAN LUAR NEGARA

Sinopsis

Membincangkan mengenai prospek PTV dalam pembangunan pendidikan negara dari aspek

peluang kerjaya dan masa depan PTV, prospek PTV, perbandingan prospek PTV dalam dan

luar negara.

Hasil Pembelajaran:

1. pelajar mengenalpasti sumber yang berkaitan dengan peluang kerjaya dan masa depan RBT.

2. mensintesis maklumat daripada pelabagai sumber tentang prospek RBT dalam dan luar negara.

3. membina dan mempertahankan hujahan yang berasas tentang isu pendidikan RBT dalam dan luar negara

Kerangka Konsep Tajuk 10

10.1 Peluang Kerjaya Dan Masa Depan RBT

101

Peluang kerjaya dan masa depan PTV

Perbandingan prospek PTV dalam dan luar negeri

Prospek PTV

Prospek PTV Dalam Pembangunan Pendidikan Negara

Page 102: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Pendidikan Teknik dan Vokasional terus berkembang dan kekal relevan dalam

memacu pembangunan negara. Sehubungan itu, cuba fikirkan apakah cabaran yang

dihadapi dalam mengembangkan PTV dalam pembangunan pendidikan negara?

Dalam Laporan Kabinet mengenai Pelaksanaan Polisi Pendidikan Negara (1979), telah

mencadangkan agar pendidikan teknik dan vokasional dikembangkan bagi memenuhi

keperluan tenaga kerja. Pendidikan teknik dan vokasional diperluaskan melalui penambahan

bilangan institusi-institusi pendidikan teknik dan vokasional. Manakala RBT diperkenalkan bagi

menyediakan murid untuk terlibat dalam bidang teknologi yang sentiasa berubah-ubah dengan

pantas. Murid akan dilatih dalam bentuk “working technologically” yang menyediakan peluang

kepada pelajar belajar dalam konteks sebenar.

Bincangkan peluang kerjaya dan masa depan RBT di negara kita.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and

Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony Rowe

Ltd., dan Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial In-Service

Materials, Queensland: Queensland Studies Authority

10.2 Prospek RBT

Dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang

tahun 2020, pembangunan modal insan dalam bidang teknik dan vokasional perlu

dilakukan secara serius dan berterusan. Sehubungan itu, cuba fikirkan prospek

pendidikan teknik dan vokasional di negara kita?

“By ‘working technologically’ students develop knowledge, practices and dispositions that enable them to identify and capitalise on opportunities in innovative, creative or practical ways. They create products in response to needs, wants or opportunities, and evaluate their products and those of others. They also consider the impacts or consequences of such products on individuals, communities and environments.’

(Queensland Studies Authority, 2003: page 4)

102

Page 103: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

“As an area in the curriculum which always causes pupils to look into the future and produce answer to needs by practical application, Design and Technology is uniquely placed both to consider the issues of sustainability and to deliver understanding via practical project-work. The critical thing in all of this is that pupils are aware of their ability to choose, or design, a certain course of action; and, having done it, are made aware of the consequences of their decisions and endeavours. We are suggesting that this fundamental aspect of the subject has the ability that no other curriculum area has, to equip pupils for their futures.”

(Googin, P. & Lawler, T., 2002; in Owen-Jackson, G (ed).)

Berdasarkan kepada pernyataan di atas, bincangkan prospek RBT di dalam sistem

pendidikan di negara kita.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and Technology 3 –

11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony Rowe Ltd.,

Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial In-Service materials,

Queensland: Queensland Studies Authority, dan Owen-Jackson, G. (2002)., ICT In

Design & Technology, in Gwyneth Owen-Jackson (ed.), Aspects of Teaching

Secondary Design and Technology: Perspectives On Practice, New York:

Routledge Falmer.

10.3 Perbandingan Prospek RBT Dalam dan Luar Negara

Mata pelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan dalam sistem pendidikan di negara

kita. Sehubungan itu, cuba fikirkan apakah kepentingan mata pelajaran

kemahiran didedahkan kepada murid ?

Bagaimanakah RBT dilaksanakan di negara kita? Bandingkan prospek RBT di dalam

dan luar negara kita.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and

Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony

103

Page 104: ptv

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial In-Service

Materials, Queensland: Queensland Studies Authority, dan Owen-Jackson, G. (2002),

ICT In Design & Technology, in Gwyneth Owen-Jackson (ed.), Aspects of Teaching

Secondary Design and Technology: Perspectives On Practice, New York: Routledge

Falmer.

Aktiviti 10

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki

menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Program apakah yang dilaksanakan bagi memantapkan kepakaran dan pengetahuan guru sekolah teknik?

(A) Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK )

(B) National Occupational Skills Standards ( NOSS )

(C) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ( MLVK )

(D) Competency- Based Education and Training ( CBET )

104