Tajuk 3 Permainan Kanak

download Tajuk 3 Permainan Kanak

of 5

description

Tajuk 3 Permainan Kanak

Transcript of Tajuk 3 Permainan Kanak

TAJUK 3 PERMAINAN KANAK-KANAK

Matlamat utama mempelajari permainan kanak-kanak ini ialah :-

Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih.

Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap individu mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif

Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar Pendidikan Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak

Membantu guru pelatih untuk mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan dalam diri.

Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dalam permainan.

Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan danperlakuan motor.

Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan diri.

Membentuk keputusan bijak mengikut keadaan persekitaran dalam kehidupan

Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif,kognitif,efektif.

Bidang Psikomotor

Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu permainan kecil kategori jaringan/ dinding.

Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum

Dapat merekacipta satu permainan kecil yang sesuai untuk murid Tahap Satu dan Tahap Dua.

Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJM 3102) ini.

Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangjasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.

Bidang Kognitif

Dapat belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang bermutu.

Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah permainan serta peraturan permainan tersebut.

Dapat membandingbeza permainan kecil yang dilakukan dengan permainan tradisional yang sebenar.

Dapat mencipta satu set permainan yang sesuai dengan tahap murid yand dipilih.

Bidang Efektif

Dapat memupuk sikap berkerjasama dalam ahli kumpulan.

Dapat belajar membahagikan tugasan yang diberi bagi memastikan kerja dapat diselesaikan tepat pada masanya.

Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar.

Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.

Kepentingan Permainan Kanak-KanakPermainan kanak-kanak merupakan permainan yang mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek permainan kanak-kanak adalah untuk menghiburkan murid-murid, tetapi permainan kanak-kanak memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan kognitif, minda serta perkembangan diri murid-murid.Permainan kanak-kanak di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan kegiatan yang dipimpin dan diawasi oleh guru sentiasa dengan kawalan yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan murid tersebut.

Permainan kanak-kanak digalakkan di dalam Pendidikan Jasmani kerana permainan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang memudahkan guru menjalankan pengelolaannya. Selain itu, permainan tersebut berperanan mendedahkan murid-murid kepada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Di harap dengan pelaksanaan permainan yang berkesan akan melahirkan murid yang cemerlang baik dari segi akademik serta sahsiah yang tinggi dalam menempuh cabaran yang mendatang sebagai seorang murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Permainan adalah penting di sekolah rendah dan kanak-kanak berminat terhadapnya terutama aktiviti yang melibatkan pergerakan.

Permainan membantu kanak-kanak dalam aspek berikut: membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.

membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan.

meningkatkan keyakinan diri.

meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.

memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis.

sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram.

mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam permainan.

sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.

sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.

meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanakPembangunan Kemahiran Motor

membangunkan kemahiran lokomotor

membangunkan kemahiran bukan lokomotor

membangunkan kemahiran pengawalan bola

membangunkan kecergasan fizikal

Pembangunan Kognitif

meningkatkan keupayaan mematuhi arahan

menolong dalam pemahaman peraturan

menggalakkan kreativiti dan imaginasi

menambah perbendaharaan kata kanak-kanak Pembangunan Afektif-sosial mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial

menggalakkan keadilan

menggalakkan mematuhi peraturan-peratuan

membangunkan semangat kesukanan yang baik

membangunkan kualiti kepimpinan

membangunkan semagat bekerjasama

Ciri-Ciri

Memberi Pembelajaran yang Lebih Sempurna Mempraktikkan Ansur Maju Menimba Pengalaman Bermain Secara Berpasukan Pengalaman Bertanding Sebahagaian daripada Kurikulum Memupuk Kecergasan Fizikal

Kebaikan

Jenis permainan ini tidak kompleks Strukturnya ringkas dan sedikit kemahiran diperlukan

Membawa keseronokan,memberi kejutan keputusan dibuat serta-merta Bersifat hiburan dan membawa pelajar ke alam imaginasi Boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat Memerlukan sedikit atau tanpa alatan Senang ditadbir dan peraturannya sedikit